
Dahulu main sorok-sorok dilakukan di luar rumah dan
kebiasannya di kebun di belakang rumah. Kini, saya dapati kanak-kanak suka main
sorok-sorok di dalam rumah; ruang tamu, kawasam parkir kereta, bilik tidur,
dapur dan sehingga bersembunyi di dalam tandas. Kelibat anak-anak akan
kelihatan; menutup mata tetapi kepala nampak, menutup badan tetapi kaki nampak,
menutup seluruh tubuh dengan selimut tetapi bergoyang-goyang dan bersembunyi di
belakang pintu, di belakang kerusi, dalam almari, di bawah katil. Pendek cerita,
kanak-kanak zaman sekarang apabila main sorok-sorok pasti kelihatan kelibatnya kerana
mereka bermain dalam ruang lingkup yang terbatas,
boleh dipantau dan diimbas oleh mata kasar. Pada zaman kanak-kanak saya, kebun di
belakang rumah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok; ada pokok pisang,
nangka, rambutan, ubi kayu, kekabu, asam, cempedak, terap, mangga dan pokok-pokok
liar yang tumbuh semula jadi menjadi medan sorok-sorok.
Main sorok-sorok telah
mendewasakan saya dan memberi pendidikan yang bernilai. Suatu hari nanti bila
diberi peluang bermain sorok-sorok untuk mencari sesuatu benda yang hilang
sebesar rumah, saya boleh membantu, Insya Allah.
Permainan Sorok-Sorok menurut zamannya
Permainan ini
berlaku 35 tahun dahulu. Peraturan permainannya barangkali berbeza dengan
kanak-kanak tahun 2014. Kerana permainan ini telah melalui 3½ dekad tetapi masih
releven dalam konteks semasa. Allah s.w.t. hendak menunjukkan sesuatu supaya
kita istiqamah, bersyukur, sabar dan bertawakal kepadaNya. Allahu akhbar.
1. Peraturan Permainan
Permain
bebas bermain dalam lingkungan kawasan yang ditentukan. Walaupun begitu, sifatnya permainan, tetap dibolosi
juga peraturannya kerana bermain dalam suasana yang menyeronokkan. Peraturan,
perjanjian dan persetujuan sudah tidak diendahkan lagi apabila melakukan
penyorokan. Yang cerdik, cergas, bersungguh-sungguh, ada rangkaian akan memenangi
permainan. Yang dungu-dungu, ‘palui-palui’, tak nak berfikir, saja-saja, tiada kesungguhan dan ikut-ikutan
menjadi gurauan rakan-rakan sepermainan. Masa yang berlalu boleh mengubah apa
jua perjanjian.
2. Kumpulan Dibahagikan Kepada Dua:
a. Kumpulan Menyorok
Kumpulan
ini tugasnya menyorok supaya tidak tertangkap oleh kumpulan pencari. Mereka
bebas menyorok dengan syarat berada dalam lingkungan permaianan. Mereka sedaya
upaya menyorok supaya tidak tertangkap.
b. Kumpulan Pencari
Kumpulan
pencari tugasnya mencari kumpulan menyorok untuk ditangkap. Apabila ahli kumpul
menyorok telah ditangkap seorang atau lebih maka kumpulan pencari meminimumkan pencarian,
sebaliknya lebih kepada bertahan disekitar ahli-ahli menyorok yang tertangkap kerana
pada bila-bila masa sahaja ahli-ahli kumpulan menyorok yang bebas akan berusaha
membebaskan ahli-ahlinya.
3. Ahli Menyorok Tertangkap Dimasukkan Ke Penjara
Ahli-ahli
yang menyorok apabila disentuh sahaja oleh kumpulan pencari maka ia telah
dianggap tertangkap. Mereka yang tertangkap akan diletakkan pada satu tempat
dan diletakkan dalam penandaan/bulatan sebagai penanda bahawa ahli-ahli menyorok
tertangkap. Mereka dilarang melangkau penandaan/bulatan yang telah ditandakan
itu. Mereka telah dipenjara. Dikurung di satu kawasan lapang supaya mudah
diperhatikan olen kumpulan pencari dan/serta dilihat oleh ahli-ahli mereka dari
kumpulan menyorok.
4. Pembebasan Ahli-Ahli Tertangkap
Ahli-ahli
kumpulan menyorok yang tertangkap boleh dibebaskan setelah ahli-ahli kumpulanya
melakukan sentuhan kepada tubuh mereka. Ahli kumpulan menyorok yang berusaha
membebaskan ahli-ahli mereka boleh melepasi bulatan dan memasukinya kerana ia
dianggap bebas daripada bulatan yang ditandakan kerana melakukan pembebasan
kepada ahli-ahli. Jika ahli kumpulan menyorok melakukan penyelamatan dengan
menyentuh ahli-ahli mereka yang tertangkap maka secara automatik yang
tertangkap itu bebas dan boleh menyorok lagi. Tetapi semasa ahli-ahli kumpulan menyorok
melakukan pembebasan kepada rakan-rakan mereka tiba-tiba dapat disentuh oleh
kumpulan pencari maka ia juga tertangkap atau ditangkap dan dimasukan ke penjara
di dalam bulatan.
5. Pergantian Permainan
Permainan
sorok-sorok ini akan bertukar ganti
sekiranya kesemua ahli kumpulan menyorok, telah tertangkap maka permainan
berubah - berganti tempat. Kumpul menyorok menjadi kumpulan pencari, manakala
kumpulan pencari menjadi kumpulan menyorok. Lagi cepat tertangkapnya kumpulan
menyorok lagi cepat pergantian permainan.
6. Permain Culas
Dari
segi teorinya permainan saling bertukar ganti tetapi yang tidak menyeronokkan
kerana ada di antara ahli-ahli kumpulan menyorok belot dan ingkar dengan peraturan.
Mereka menyorok ‘terlampau menyorok’ menjadikan pencarian mengambil masa yang
lama. Sebagai contoh ada ahli-ahli kumpulan menyorok telah mengalihkan
perhatian kumpulan pencari dengan bersembunyi di luar kawasan permainan. Menyorok
di dalam rumah; makan dan minum di rumah kemudian baru memulakan permainan
semula. Kumpulan pencari ada yang merungut:
‘Hebat sungguh awak bersembunyi, tak dapat
dikesan.’
‘Tengoklah siapa orangnya,’ jawab seorang
kumpulan penyorok.
‘Eemmm.’
7. Pemenang Permainan
Permainan
ini bebas. Tiada pengadil. Tiada hadiah,
tiada kalah atau menang. Pemenangnya ialah keseronokan pada diri
kanak-kanak.
8. Penamatan Permainan
Permainan
untuk pertama kalinya, menyeronokkan. Semua ahli-ahli terlibat akur dengan peraturan,
disiplin dan patuh perjanjian, tetapi apabila berulangkali bermain, maka
masing-masing tidak lagi mematuhi peraturan. Sehingga pada satu peringkat seseorang berkata:
‘Penipu, engkau menyorok tempat lain!’
‘Mana adil, bapa engkau membantu menyorok
kamu!’
‘Oyong tak betul, balik rumah makan!’
‘Saya dah sentuh, tapi lari dan menyorok lagi!’
‘Tak perlu mainlah, baik aku tidur di rumah!’
Dan
bermacam-macam lagi sikap kanak-kanak pada zaman tersebut.
Permainan
sorok-sorok ini bukan sahaja digemari pada zaman saya kanak-kanak, tetapi
berkesinambungan sehingga kepada zaman anak-anak saya. Saya melihat permainan
sorok-sorok ini telah dikembangkan sehingga ia berbentuk komersial seperti
dalam rancangan variasi: ‘Running Man’ terbitan bersiri kelakar dari Korea melalui
saluran 393. Manakala channel 708
menyajikan terbitan bersiri mencari misi dari Jepun dengan tajuk: ‘Run For
Money’ yang kedua-duanya disiarkan oleh ASTRO beberapa bulan yang lalu sebelum tragedi MH370.
Menelusuri permainan
sorok-sorok ini, dan ia berkembang menurut zamannya sebagaimana tragedi MH370
yang ditemui setelah masuk hari ke-15 atau dua minggu baharu dapat dikesan
melalui satelit Inmarsat milik Britain yang belum didetailkan secara spesifik.
Setelah melalui pencariannya, maka terhasillah satu teori seperti yang
dinyatakan dalam satu artikel: Teori Kejutan: Teori Mencari Pesawat MH370, yang
mengemukakan 15 teori, antaranya, melalui: Teori Ahad: Mencari Pesawat MH370. Teori ke-4 tersebut menyatakan:
4. Teori
Ahad: Teori ini menjelaskan bahawa
sebelum pencarian, telah dilakukan penandaan di kawasan tertentu, tempoh
tertentu dan jarak tertentu, maka semasa pencarian orang yang terlibat
keletihan kerana kawasan yang ditandakan banyak dan luas sedangkan benda yang
dicari telah dialihkan atau tiada di situ.
Main sorok-sorok
terus berkembang, dipertingkatkan dan dijadikan strategi. Sebagai cetusan, apabila
meletusnya peperangan, melakukan
penyorokan adalah suatu kewajiban, sebagai pertahanan sebelum menyerang balik
pihak lawan. Dan begitulah pihak lawan pula akan menyorok untuk menyelamatkan
diri apabila diserang. Ia silih berganti.
Berjayalah
mereka yang berpengalaman tentang main sorok-sorok kerana ada nilai pendidikan
di sana.
No comments:
Post a Comment