Sunday 9 June 2013

Ziarah Tok Batin Gombak


Saya berkesempatan menziarah Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Kala, Batu 12 Gombak, Selangor Darul Ehsan, Hussein Ngah Yin, semasa saya dalam perjalanan balik daripada Janda Baik, Bentong, Pahang Darul Makmur ke Kuala Lumpur, setelah menghadiri Bengkel Strategik peringkat Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Semasa pertemuan tersebut beliau mengharapkan supaya ada agensi yang sedia membantu masyarakatnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja di perkampungan tersebut. 

Untuk kelas dewasa katanya, khusus kepada kaum wanita pihak JAIS telah menyediakan tenaga pengajar seramai empat orang untuk mengajar fardu ain. Beliau berharap sangat jika ada pihak yang sanggup membantu mereka di sana dan mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIS kerana membantu mereka dalam memberikan kefahaman agama.

Saya telah memaklumkan kepada Tok Batin bahawa perkara tersebut akan saya usulkan kepada Jawatankuasa Agung Jam'iyah dalam tempoh yang terdekat untuk manfaat masyarakat setempat.   

Secara peribadi, di samping Jam'iyah menjadikan Kampung Orang Asli Hulu Tamu, di Batang Kali, Selangor Darul Ehsan, sebagai anak angkat wajar juga Jam'iyah melangkah setapak lagi untuk menjadikan perkampungan Orang Asli Batu 12 Gombak, Selangor Darul Ehsan, sebagai anak angkat ke-2.

Nampaknya medan dakwah dilebarkan lagi selangkah.


Pemandangan astaka, disebelah belakangnya adalah surau.
Jamaah surau Kampung Orang Asli, Gombak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )