Sunday 16 March 2014

TEORI KEJUTAN: TEORI MENCARI PESAWAT MH370



Gambar hiasan: Plat kenderaan serupa dengan kod MH370
MH370 adalah pesawat yang menggunakan kod penerbangan Kuala Lumpur - Beijing, China, pada 8 Mac 2014, berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada pukul 1.07 pagi.  Pada pukul 7.24 pagi, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 Kuala Lumpur-Beijing, China, hilang. Hilangnya kerana pesawat MH370 tidak mendarat di Beijing, China, pada pukul 6.30 pagi, membawa bersamanya seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal. Rentetan daripada kenyataan tersebut dan sehingga catatan ini, kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari ke-9, masih misteri dan belum ditemui sama ada di daratan, di lautan apatah lagi mustahil terapung-apung di udara. Kebanyakan perkhabaran diterima berlegar-legar dalam bentuk teori, teori-teori, spekulasi, spekulasi-spekulasi, andaian dan andaian-andaian.

Pesawat MH370 hilang, tidak dapat dijejaki, misteri dari radar, jerebu menghalang dari satelit, pelbagai teori selepas sejam penerbangan, laporan kecanggihan pesawat pelbagai teori, pelbagai teori-teori setiap hari dan sokongan serantau dalam pencarian tanpa penyelarasan. Maka, walaupun kemajuan teknologi telah dibangunkan sama ada oleh negara ketiga, negara sedang membangun atau negara maju tetapi masih lagi kegelapan dalam pencarian. Semoga dijernihkan fikiran dengan ucapan: ‘Asyhadu Allah Ilahah Illallah Wa Asyahu Anna Muhammad Rasulullah’: Aku bersaksi tiada tuhan yang sebenarnya disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Rasulullah, bagi memutih naluri pencarian pesawat MH370. Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut maka beberapa teori dikemukakan setelah mencongak-congak, merungkai masalah itu. Antara teori tersebut adalah:

  1. Teori Kejutan: Teori ini menjelaskan bahawa sesuatu musibah boleh berlaku tanpa diduga seperti tangan tersentuh arus elektrik. Ia  juga bergantung kepada isu, sama ada ia bencana/kejadian semula jadi atau dirancang. Bala boleh berlaku secara tiba-tiba kerana ketentuan yang ditetapkan di Lauh Mahfuz. Contohnya;  kemalangan, tragedi dan gempa bumi. Perancangan pula berlaku disebabkan oleh komplot jahat pengganas kerana sesuatu muslihat seperti serangan WTC di Amerika Syarikat, rompakan senjata kem tentera Grik di Perak dan serangan Lahad Datu di Sabah.

  1. Teori Usamah: Teori ini menjelaskan bahawa pencarian perlu diselaraskan dan semua yang terlibat mesti mendengar arahan penyelaras, sama ada penyelaras itu dari kalangan hamba, berkedudukan atau berkuasa kerana kepelbagaian sumber yang terlibat sukar untuk dimaksimumkan penggunaannya. Masing-masing dengan kaedah tersendiri. Sebagai contoh, acara mencari harta karun yang tidak diketahui di mana kedudukannya. Jika ada ketua, setelah berbincang maka mudah untuk menyelaras kerja dan bertindak, walaupun ia mengambil masa berjam-jam, namun seronok dalam pencarian itu kerana ia kerja berpasukan.

  1. Teori Hadaina: Teori ini menjelaskan bahawa para cerdik pandai sedang memerhati telatah dan ‘body language’ mereka yang terlibat dalam pencarian secara intensif, tanpa mengabaikan kegelisahan yang dialami oleh keluarga yang hilang, dijelmakan dalam pengucapan dan kebajikan. Bagi  mencantikkan suasana wajar dilantik beberapa individu untuk membaca kenyataan media disamping kenyataan rasmi supaya pertentangan kenyataan dan jawapan kepada umum dapat dielakkan. Kenyataan rasmi menjadi seragam, tepat dan segar.

  1. Teori Ahad: Teori ini  menjelaskan bahawa sebelum pencarian, telah dilakukan penandaan di kawasan tertentu, tempoh tertentu dan jarak tertentu, maka semasa pencarian orang yang terlibat keletihan kerana kawasan yang ditandakan banyak dan luas sedangkan benda yang dicari telah dialih atau tiada di situ.

  1. Teori Amrah: Teori ini menjelaskan bahawa pakar strategi memahami dan sedang meneliti keabsahan sesuatu isu, lalu mereka ingin menyumbang dalam menambah baik di mana-mana yang boleh dibaiki, disanggah dan dinafikan, kerana teori ini menjadi pencerahan kepada mereka yang berminat dalam strategi gelagat manusia yang sifatnya berkembang menurut peredaran zaman.

  1. Teori Ashif: Teori ini menjelaskan bahawa barangan yang hilang akan ditemui setelah melalui proses imbasan (scan). Kadang-kadang kehilangan tersebut dirasai, adanya firasat, dapat dikesan dan diangkat sebelum mata berkerdip kerana Allah s.w.t. memberinya ilmu dalam bidang tersebut. Umpamanya, belum sempat Nabi Sulaiman a.s. mengerdipkan matanya, istana telah ada dihadapan Baginda a.s.

  1. Teori Mubasysyir: Teori ini menjelaskan bahawa lapangan terbang KLIA adalah antara yang terbaik di dunia. Sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar pesawat boleh mendarat dan berlepas. Secanggih-secanggih pesawat termasuklah jenis B777-200. Ia boleh menampung berpuluh-puluh pesawat pada satu-satu masa. Sama ada ketika berlepas, mendarat atau berlabuh/parkir. 

  1. Teori Qutbah-Qutbah. Teori ini menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang isunya memerlukan suatu strategi yang konstruktif, konkrit dan menurut skrip pengarah kerana untuk memalingkan pandangan umum kepada sesuatu isu dan membangkitkan isu baru bagi menenggelamkan sesuatu. Teori ini untuk melalaikan fikiran kerana ada sesuatu diplagiat.

  1. Teori Mak Andih: Teori ini menjelaskan bahawa bukan dia sahaja yang kematian anak, kerana setelah melihat ada pula orang lain kematian anak. Maknanya,  jika perkara kematian tersebut berlaku kepadanya, ia juga berlaku kepada orang lain. Oleh itu, setiap yang hidup akan merasai mati.

  1. Teori Hotel Budget: Teori ini menjelaskan bahawa banyak hotel budget menawarkan harga penginapan semurah dua jam, bagi memudahkan orang awam berpendapatan rendah menikmati perkhidmatannya. Hotel tersebut diawasi oleh CCTV bagi mengelak perlakuan liwat yang boleh mencetuskan malapetaka. Moga-moga kita terhindar daripada golongan terbabit dan terkutuk itu.

  1. Teori Konspirasi Melangit: Teori ini menjelaskan bahawa penglibatan pakar-pakar dan kuasa pemusnah kerana ada isu yang sedang dan akan berlaku. Memahami teori ini dengan melihat kepada kos lepas dalam teori ekonomi. Kos lepas maknanya mendapatkan sesuatu dengan melepaskan sesuatu. Maka wajar diberi perhatian kepada pesawat MH370 kerana ia adalah perdagangan komersial. Ia tidak terkecuali daripada teori-teori misteri kerana di situ ada halimunan.

  1. Teori Cemburu: Teori ini menjelaskan bahawa jika ia bermasalah dan mengidap psikiatri, maka wajar mereka yang kukuh, ceria, ikhlas dan tenang digoncang supaya keresahan akan berlaku pula kepada mereka, sama seperti yang dialami olehnya. Mereka bertindak secara spontan kerana akalnya tidak waras ketika itu. Mana boleh mereka ambil gadis comel itu.

  1. Teori Jerebu: Teori ini menjelaskan bahawa jarak penglihatan terhad, yang memiliki alahan sensitif dengan debu dan pergerakannya terbantut kerana keadaan IPU diparas bahaya dan memudaratkan. Ia bukan sahaja menghadkan aktiviti tetapi juga turut membawa bersamanya kemarau, hutan belukar terbakar di sana sini dan air empangan menyusut mengakibatkan beberapa kawasan terpaksa dilakukan catuan. Akhirnya pandangan menjadi samar-samar. Teori ini hampir sama dengan teori hujan. Bezanya jerebu kering dan hujan basah.

  1. Teori Muktamad: Teori ini menjelaskan bahawa setiap persetujuan mesti dimuktamadkan dengan kadar segera kerana melengah-lengahkan akan merugikan kepada kedua belah pihak. ‘Theory: supply in demand’ - permintaan dan penawaran wajar diteliti. Dalam perniagaan runcit, istilahnya pembeli dan penjual. Ibarat daging jika terdedah siang malam tidak terjual akan membusuk, akhirnya berulat. Kedua-dua pihak kerugian kerana lambat sangat memuktamadkan perjanjian.   

  1. Teori Islam: Teori ini menjelaskan bahawa Islam itu tinggi. Tiada yang tinggi kecuali Islam. Bagi mereka yang memahami, menelaah dan membuat penelitian kepada Al-Quran, Sunnah Rasul dan kehidupan Para Sahabat, maka jelas di sana bahawa golongan Yahud dan Nasara hendak membodoh-bodohkan kaum muslimin tetapi sebenarnya mereka membodoh-bodohkan diri mereka sendiri. Walau bagaimanapun persengkongkolan telah difahami oleh ‘Khaira Ummah’.

Teori ini adalah respon kepada pelbagai teori yang sehingga kini belum dapat dibuktikan kebenarannya kerana teori-teori tersebut termasuk 15 teori ini kerap berubah-ubah dari saat ke saat, dari minit ke minit, dari jam ke jam, dari masa ke semasa dan dari hari ke sehari. Yang penting pencarian misterinya MH370 diteruskan.

Teori-teori itu hampir sama atau menyamai dengan istilah spekulasi, andaian, mengikut, berdasarkan, ramalan, tilikan, 20,000 nelayan laut dalam digerakan mencari, pendapat, pada pendapat saya, siasatan menyentuh 4 aspek: dirampas, disabotaj, keadaan psikologi dan masalah peribadi, barangkali, kebarangkalian, mungkin, kemungkinan, tafsiran, pada tafsiran saya, menurut, sekiranya, saksi melihat pesawat terhempas atau terbakar, seorang petani mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah ekornya terbakar merentasi Tumpat, Kelantan pada pukul 2.00 pagi, saya lihat, saya dengar, saya ingat, pada pandangan saya, saya membuat laporan kerana, kemungkinan juruterbang berpatah balik, seperti ada u-turn, air turn back, memeriksa sama ada secara sengaja mengubah haluan, transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar, transponder dimatikan antara Malaysia dengan Thailand,  merentasi Banjaran Titiwangsa, Laut China Selatan, Teluk Thailand, Selat Melaka, Laut Benggal, Laut Andaman, Laut Hindi, pencarian di pantai Chennai, utara Thailand, sempadan Kazakhstan, tidak mustahil di kawasan gurun, hutan belantara, Laut Pasifik atau  Laut Atlantik,  kawasan Artik atau Antartik - kawasan terpancil dan pelbagai teori lagi. Semua teori tersebut tidak ada kesahihannya.  Maka, bertasbihlah dengan memuji Allah s.w.t. dan mohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya Dia adalah maha penerima taubat. Yang penting ialah: ‘Wa ana minal muslimin’.    






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )