Wednesday, 1 January 2014

KALENDER BARU AZAM 2014



Apakah azam baru kita sempena kalender 2014?

Setiap individu memilik azam, hasrat dan cita-cita yang hendak dicapai. Ia bukan hanya direalisasikan secara tekun tetapi memiliki keberanian. Mereka yang berani pastinya akan memenangi perjuangan.

Bagaimana kaedah yang digunakan untuk mencapai niat tersebut bergantung kepada kerajinan, kecekapan, pengalaman dan pendidikan individu tersebut. Kombinasi daripada sifat-sifat positif mempercepatkan kejayaan. Teruskan usaha tersebut.

Terdapat pula individu bercita-cita melangit tetapi tindak-tanduknya banyak kepada berteori berbanding melakukan secara praktis. Bercakap mengalahkan pemidato, cekap mematahkan hujah lawan dan mengulas secara logik, petah berhujah, enggan memberi ruang kepada lawan  untuk meluahkan pandangan; mengganggu dalam perbincangan, tidak serius mendengar pandangan dan meremehkan hujah lawan yang akhirnya mengeruhkan keadaan. Maka polimik berlanjutan tanpa penamat.

Pandangan bernas lawan disanggah? Maklumat yang sewajarnya diterima diabaikan, ditolak ke tepi kerana ucapan dan cadangan tersebut diluahkan oleh lawan.

Jenis manusia apakah yang sensitif dengan teguran? Atau memang tabiat diri seperti itu.

Bukan salah ibu mengandung. Bukan juga silap zuriat ayah membenihkan? Atau kita perlu mesra alam. Cinta kedamaian. Duduk bersunyian dan bersahabat dengan malaikat.

Marilah kita amati dan mengambil ikhtibar daripada persidangan ketua-ketua negara; saling berganding bahu, bergambar bersama, mencari titik-titik persamaan dan merungkaikan pandangan-pandangan berbeda untuk menentukan keputusan muktamad. Keamanan dapat dizahirkan.

Akhirnya bulat air kerana pembentung; bulat manusia kerana muafakat.


Salam 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )