MH370:
WARIS-WARIS BERSUARA
Kerajaan
telah mengeluarkan kenyataan tentang nahas MH370 dan teksnya dibacakan oleh
Ketua Pengarah DCA, bukan lagi dilafazkan oleh Menteri Pengangkutan yang
bertanggungjawab berhubungkait dengan agensi-agensi kementerian dibawah
kawalannya.
Nampaknya
menteri pun menyerahkan penyelesaian MH370 ditangani oleh pegawai-pegawai yang
boleh diturun naikkan pangkat-pangkat mereka.
Apakah
tanggungjawab menteri dalam isu melibatkan penyorokan MH370 itu?
Setelah
diadakan penyelidikan, dimakmalkan, percambahan minda, dibisik-bisikkan,
dirumuskan maka terhasillah suatu ‘Sinopsis tesis: Deklarasi MH370 ‘. Maka
diarahlah pegawai-pegawai membacakan kenyataan rumusan itu tanpa soal jawab. Ia
bukan suatu perutusan sebagai ucapan-ucapan mengenang peristiwa-peristiwa yang
akan diraikan beberapa hari akan datang tetapi ia adalah suatu penjelasan
tentang perkara-perkara yang berbangkit yang melibatkan aset, duit-duit amanah
dan nyawa orang-orang tersayang. Dinasihatkan kepada golongan dajal jangan lagi
mendajal. Jangan terpalit busuk-busuknya. Tengok Amerika Syarikat senyap dan
diam.
Ambil
ingatan, tolong ya.
Kini
waris-waris dalam negara mula bersuara tentang keintegritian menangani isu-isu
nyawa orang-orang tersayang tanpa kesan. Hilang bersama pencarian-pencaraian
kosong-kosong. Jangan lepas tangan. Kurang ketelusan. Memaling-malingkan isu
sebagaimana Amerika Syarikat menjuling-julingkannya.
Ia belum
lagi melibatkan warganegara luar terutamanya dari negara China . Sudahlah
mereka itu kekurangan waris disorok pula, lagi mengecillah keluargannya.
Berbeza dengan keluarga besar yang memiliki zuriat melebihi lima orang. Walaupun mereka mempunyai
keluarga besar mereka juga tidak boleh menerima ghaibnya orang-orang tersayang
angkara-angkara anasir-anasir dajal.
Samalah
dengan isunya mendajal, kepada orang-orang tersayang yang diperlakukan dalam
kes-kes Peristiwa Memali, kem tentera dirompak 5 minit dan Pengganasan Lahad
Datu. Ia juga ada hubungkait dengan orang-orang yang masih hidup dikeluarkan
sijil-sijil kematian. Inilah yang diperkatakan sebagai sumpahan. Jangan ulangi
kesilapan-kesilapan yang lalu. Tolong.
Pemerintah
wajib mencari bukti-buktinya seperti abang-abang Yusuf membawa bukti-bukti
palsu untuk dikemukakan kepada bapa mereka. Walaupun buktinya lemah, difahami
oleh bapa mereka kerana Allah s.w.t. mengilhamkan kepadanya, Nabi Yaakub a.s.
dan merasai Yusuf dalam keadaan selamat dan hidup, maka ia menerimanya sebagai
suratan takdir, maka luahan bapa mereka dirakamkan dalam al-Quran, pada surah
Yusuf ayat 18:
"Dan (bagi
mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu.
Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu
suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku
dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya,
mengenai apa yang kamu katakan itu."
Sebelum
kehilangan Yusuf disorok oleh abang-abangnya, Nabi Yakub a.s. telah didatangi
oleh Yusuf menceritakan tentang beberapa peristiwa mimpi beliau. Apabila
anak-anaknya berkomplot menghaibkan Yusuf, Nabi Yakub a.s. telah memahaminya
seperti yang dirakamkan oleh al-Quran, surah Yusuf ayat 4-7:
“(Ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku
melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Bapanya
berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada
saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan
jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Dan
demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta
akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana
Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Demi
sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi
beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk
mengambil iktibar).”
Halaman ini
tidak mengajar kepada dajal-dajal bagaimana menyatakan dan mengemukakan
bukti-bukti praktikal secara palsu bagi melegakan keresahan waris-waris kerana
insan tersayang tidak diketahui.
Bagaimanakah
pemakanan mereka; masakan Melayukah, atau masakan Cinakah, atau masakan Western
sahaja, atau dibenarkan minum arak, kopi Hang Tuah? Tempat tidur mereka; adakah
selesa atau banyak kutu? Adakah mereka bahagia atau tertekan? Siapakah yang
menyorok mereka? Pengawal-pengawal yang menyelia itu; bengiskah orangnya atau
berprikemanusiaan? Apakah dosa-dosa mereka sehingga dijadikan mangsa keadaan?
Siapakah teman tidur mereka; tidur sekatilkah, berpasangankah, atau
beramai-ramaikah, atau atas lantai beralaskah? Adakah mereka merindui keluarga
di rumah? Ataukah perlu sifu Amerika Syarikat diajar oleh pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah supaya tidak mendajal, menghilangkan bukti-bukti,
melenyapkannya dan sembunyikan kapal terbang? Ataukah cacing-cacing
berkomunikasi dengan ulat-ulat? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang
memerlukan penjelasan.
Jadilah
manusia jangan mendajal.
No comments:
Post a Comment