Tuesday 22 April 2014

FERI SEWOL KARAM DI KOREA SELATAN



Takziah kepada mangsa tragedi feri karam di Korea Selatan, negara yang dijadikan provokasi dengan Korea Utara. Negara Korea yang akan bersatu suatu hari nanti, Insya Allah. Feri karam kerana perkara-perkara yang diluar daripada jangkaan dan kawalan, kadang-kadang kesilapan berlaku disebabkan kelalaian manusia dan masalah teknikal; suatu tragedi akibat daripada kabus yang menyelubungi laluan ke destinasi yang dituju daripada Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan Jeju di kawasan laut Korea Selatan. Laluan yang dipenuhi oleh terumbu karang dan kawasan pantainya cetek.

Apabila sesuatu tragedi berlaku, maka sudah tentulah ada penyebabnya. Maklumat awal yang diterima daripada Kementerian Maritim Korea Selatan menunjukkan feri berkenaan membuat pusingan tajam sebelum menghantar isyarat kecemasan pertama. Dan sebahagian pakar mendakwa, pusingan tajam itu menyebabkan muatan kargo berat menjadi tidak stabil, lalu mengakibatkan feri berkenaan terbalik.

Laluan pinggir Laut Korea Selatan dipenuhi oleh terumbu karang dan kawasan-kawasan tertentu airnya cetek. Dalam keadaan feri condong menyenget, ditambah pula dengan cuaca sejuk, peningakatan arus air dan keadaan kabus menjadikan sukar untuk digambarkan situasi ketika itu, manakala penumpang-penumpangnya bukan sahaja manusia tetapi juga pelbagai jenis kenderaan. Apabila feri condong berlakulah pergerakan muatan mengakibatkan sengetan berlaku  pada feri kerana keseimbangan tidak stabil. Kesannya feri condong/senget dan air laut mula memasuki feri mempercepatkan feri kehilangan keseimbangan. Ia akan terus menyenget/condong kerana air memenuhi ruang-ruang feri melimpah-limpah masuk, beban muatan beralih kearah bawah. Dalam keadaan panik ada penumpang menyorok di bucu dinding sebagai penyelamatan diri. Mereka yang duduk berdekatan dengan pintu-pintu kecemasan mencari ruang memanjat walaupun kapal telah condong. Pergerakan drastik penumpang-penumpang dalam keadaan panik bergerak ke sana sini mencari pintu-pintu keselamatan kerana tingkap-tingkap feri walaupun lut sinar terkunci ketat menyukarkan penumpang menyelamatkan diri. Akhirnya feri beransur-ansur tenggelam - perlahan-lahan bersama penumpang-penumpang yang terperangkap terutamanya pelajar-pelajar wanita. Ia amat menyayat perasaan. La hawla wala quwwata illa billahil aliiyil azim.


Beberapa pengajaran yang dapat diambil daripada tragedi feri karam di Korea Selatan itu, antaranya:

1. Di mana-mana sahaja tragedi berlaku disebabkan oleh faktor luar 
    jangkaan dan pemikiran manusia, akan diketahui juga akhirnya.
2. Tragedi yang berlaku di luar kawasan orang awam paling lama dapat  
    dikesan dan diketahui dalam tempoh seminggu.
3. Tragedi kerana faktor takdir diketahui dengan kadar segera.
4. Berbeza dengan isu MH370 didajalkan tersorok, sehingga diyakini bersih, tiada keraguaan yang munasabah baharulah ia dimuktamadkan kerana ada muslihat di sana.
5. Mana-mana manusia mempermain-mainkan sesuatu isu untuk 
    kepentingan kuasa dan wang ia tidak akan bertahan lama, akan 
    tersungkur.


 Tragedi kapal-kapal; kapal laut dan kapal udara. Feri karam di Korea Selatan dan pesawat MH370 didajalkan di Malaysia mempunyai perbezaan, antaranya:

Feri Sewol Karam Di Korea Selatan

1. Isunya feri Sewol karam di Korea Selatan di kawasan perairan negara 
    tanpa keraguaan, tiada pransangka, tiada prejudis. Bona fide.
2. Majoriti penumpang-penumpangnya budak-budak sekolah. Belayar 
    selepas sarapan pagi.
3. Perjalanan feri Sewol pada waktu pagi dalam keadaan kabus tebal.
4. Muatannya berat dengan kenderaan.
5. Budak-budak sekolah itu suci bersih. Jika ditakdirkan akan ada individu yang masuk Islam. Mempermudahkan penyatuan Korea: Korea Utara dan Korea Selatan tanpa provokasi.
6. Membuat pusingan di laut.
7. Tragedi nampak secara nyata.
8. Ketua budak-budak sekolah: Membunuh diri.

Pesawat MH370 Didajalkan Di Malaysia

1. Isunya tragedi MH370 di Malaysia, didajalkan, dirancang,  akhirnya 
    diisytiharkan di Lautan Hindi. Terdapat keraguaan. Malice.
2. Majoriti penumpang-penumpang pelancong.Terbang selepas beberapa 
    jam keputusan penghakiman kes liwat.
3. Perjalanan MH370 tengah malam diselubungi jerebu.
4. Muatannya selesa, sederhana dan sesuai dengan kapasiti pesawat.
5. Dajal menyusup masuk berkomplot, menyorok MH370 kerana ada kuasa 
    dan harta di sana.
6. Membuat pusingan di udara.
7. Tragedi ghaib dilarikan oleh dajal
8. Ketua mendajalkan MH370: Bebas seperti tikus.


Persamaan Peristiwa Feri Karam  di kawasan laut Korea Selatan Dan Isu MH370 Didajalkan di kawasan ruang udara Malaysia

Persamaan tragedi tersebut adalah:

1. Isunya tragedi.
2. Anggkara manusia.
3. Jenis pengangkutan awam.
4. Bergerak keadaan samar-samar.
5. Guna minyak.
6. Membuat pusingan.
7. Cuaca sejuk
8. Feri Sewol bona fide dan pesawat MH370 malice.

Kepada dajal MH370, sudah-sudahlah mendajal kerana rambut dah beruban, kubur kata mari. Bertaubatlah. Jangan ikut perangai ular-ular.






































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )