Makanan adalah keperluan manusia untuk
hidup. Bagi menjaga sahsiah diri, pemakanan wajar diambil perhatian kerana ia
mempengaruhi kehidupan harian individu. Walau bagaimanapun, bukan semua manusia
membuat pertimbangan tentang pemakanan mereka. Kekadang pemakanan itu
dipengaruhi oleh persekitaran dan punca makanan yang didatangkan kepada mereka.
Sumbernya, khasiatnya, kesan akibatnya dan boleh ditelan sudah tidak menjadi
persoalan kepada seseorang jika dalam keadaan kesusahan. Tetapi kaum muslimin,
ia menjadi keutamaan, mereka sensitif dengan pemakanan. Maka berhati-hatilah
bila menyumbat makanan ke dalam perut supaya ia bebas daripada anasir-anasir
haram, subahat dan meragukan.
Makanan
halal manusia
Al-Quran menerusi surah Al-Baqarah ayat 168
hingga 172 memberi panduan tentang punca dan ikutan-ikutan yang wajar
dipertimbangkan supaya tabiat pemakanan itu tidak bersifat kebinatangan yang
akhirnya menjadi bersifat syaitan.
“Wahai
sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Ia
hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan
(menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak
ketahui (salah benarnya).
Dan
apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan
oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut
apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka
menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang
perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?
Dan
bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman
itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat
memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah
orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat
menggunakan akalnya.” (Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 168-171)
Setelah Allah s.w.t. menjelaskan tentang
pemakanan halal kepada manusia dengan melarang mengikuti jejak syaitan yang
salah memerangkap diri kerana sifatnya yang ingkar dan menurut hawanafsu yang
menjerumuskan kepada kehinaan seperti dijadikan perumpamaan sebagai binatang
yang sifatnya pekak, bisu dan buta bahkan lebih hina lagi dari binatang.
Makanan
halal manusia beriman
Dalam surah al-Baqarah ayat 168 hingga 171,
Allah mengingatkan manusia tentang pemakanan mereka. Manakala pada ayat 172
hingga 173, surah yang sama ditekankan pula khusus kepada orang-orang beriman
jenis makanan yang diharamkan, meragukan dan nikmat yang diperolehi itu wajib
disyukuri. Dalam ayat tersebut mengingatkan orang-orang beriman tentang jenis
makanan yang diharamkan, antaranya; bangkai, darah, daging babi, binatang
sembelihan bukan diniatkan atas nama Allah kecuali kerana darurat yang tidak
melampaui batasan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik
(yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada
Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana
Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan
itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 172-173)
Pengajaran dari ayat di atas menjelaskan
bahawa kedudukan geografi sesuatu kawasan mempengaruhi jenis pemakanan individu
yang menetap di sesuatu kawasan tertentu. Seruan kepada semua manusia dan
peringatan kepada orang-orang beriman, pemakanan itu wajib untuk kemaslahatan
diri, akal dan tindakan individu selepas daripada itu. Pemakanan juga mempengaruhi
sikap di kalangan individu berinteraksi.
No comments:
Post a Comment