Monday, 21 July 2014

PESAWAT MH17: KECUAIAN ATAU SABOTAJ PENERBANGAN



Pesawat MAS Boeing 777 penerbangan MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014 (Khamis), dilaporkan terhempas di Selatan Ukraine, kawasan pertempuran antara kerajaan Ukraine dengan pejuang-pejuang yang inginkan kemerdekaan daripada Ukraine yang pro-Rusia. Jika benar pesawat MH17 terhempas kerana ditembak ia adalah suatu kecuaian kerana kawasan tersebut adalah kawasan peperangan, yang semua dunia tahu pada ketika ini. Maka perancang-perancang laluan penerbangan wajar disiasat dikhuatiri terdapat unsur-unsur sabotaj, tidak boleh diketepikan sebagaimana pesawat MH370 dilari dan disorok oleh dajal sehingga kini belum dimuktamadkan.

Bagi mendedah dan melihat kecuaian manusia, beberapa elemen perlu diambil perhatian:-


  1. Pesawat MH370 Beijing-Kuala Lumpur, pada 8 Mac 2014 (Sabtu), sehingga kini sukar untuk dijelaskan kedudukannya, walaupun ia berada dalam pengawasan berprofil tinggi dan isu yang sensitif.

  1. Pesawat MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014 (Khamis), sama ada menggunakan laluan yang memang dikenalpasti berisiko tinggi untuk ditembak atau diletupkan di ruang udara peperangan sebagai unsur sabotaj kepada MAS.

  1. Mengenalpasti sama ada laluan yang digunakan oleh pesawat MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur, adalah laluan benar dan tepat, atau ada pelencongan penerbangan di sana. Kerana dalam tempoh kurang daripada 6 bulan, hanya pesawat MAS sahaja kehilangan nyawa yang begitu besar seramai 534 orang belum dapat dijejaki: Pesawat MH370, 239 orang dan pesawat MH17, 295 orang.

  1. Jika dalam keadaan selesa, aman dan dalam pengawasan pun, pesawat MH370 Beijing-Kuala Lumpur, disabotaj, dilari dan disorok oleh dajal, apatah lagi di kawasan peperangan berhampiran laluan pesawat MH17, tidak sukar untuk disabotaj dan minta ditembak kerana kawasan peperangan. Pesawat lain mengelak tetapi pesawat MAS lalu di situ.

  1. Pihak kerajaan hendaklah bertanggungjawab kepada keseluruhan tragedi tersebut kerana tidak peka dan sensitif dengan nyawa manusia berbanding dengan duit.





1 comment:

  1. www.homestaymelaka14.blogspot.com RM180 SEHARI Homestay bandar melaka mempunyai DUA UNIT RUMAH BERSEBELAHAN EMPAT BUAH BILIK DUA BILIK MANDI-TIGA BILIK BERHAWA DINGIN..Lokasinya yang terletak berhampiran jalan utama Sg. Udang-Ayer Keroh sangat sesuai sebagai penginapan kepada pelanggan kerana berhampiran jalan utama untuk ke lokasi-lokasi menarik di Melaka...Kadar Sewa RM180 SEMALAM
    Taman-Taman Berhampiran homestay dalam lingkungan 5 KM Taman Paya Emas, Taman Cheng Setia, Taman Cheng Perdana, Taman Bukit Cheng, Taman Sri Bertam, Taman Bertam Impian, Taman Bertam Indah, Taman Paya Rumput Permai, Taman Paya Rumput Indah, Taman Krubung Jaya, Taman Krubung Perdana, Taman Sri Krubung
    Lokasi-lokasi Menarik
    Dalam 1-5 minit
    TESCO Cheng, Bandar Cheng
    Dalam 5-10 minit Econsave Sg. Udang, Bandar Sg. Udang, Petronas Penapisan Melaka, Kem Terendak, MRSM Terendak, Pantai Puteri, Mydin MITC, MIBC, Kota Fesyen, Politeknik Kota, Malim, Pokok Mangga, UITM Bandaraya, UTEM Kampus Bandar, Zoo Melaka, Melaka Wonderland, Taman Botanikal, Melaka River Cruise, Taman Rempah, Batu Berendam, Jusco, TESCO, Melaka Sentral, Bukit Rambai dll..
    Dalam 10-15minitUTEM Kampus Induk, Seri Negeri, Bukit Katil, Jusco Ayer Keroh, MBMB, MPHTJ, MMU Bukit Beruang, AKMAL, UITM Lendu Alor Gajah, MRSM Alor Gajah, Pantai Puteri, dll…
    Dalam 15-30 minit Masjid Tanah, Kolej Matrikulasi Londang Melaka, Pantai Pengkalan Balak dll..
    Kadar Sewa
    RM180 SEHARI-SEBUAH RUMAH Sudah Termasuk Cuti Am Cuti Sekolah Sabtu dan Ahad..Check in = 1.00 pm
    Check out = 12.00 pm.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )