Sembelit
adalah proses ‘qada hajat’ yang menghadapi masalah kerana najis
sukar untuk dikeluarkan, tersekat, kering, keras dan berketul.
Kadang-kadang seperti tahi kambing. Disebabkan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum itu tidak menurut norma yang sepatutnya. Ia bukan
hanya berlaku kepada individu dewasa tetapi ia juga berlaku kepada
bayi. Ia bukan hanya berlaku pada tubuh badan yang sakit tetapi juga
berlaku dalam tubuh badan yang kelihatan sihat tetapi pemakanannya
tidak berdisiplin. Pengetahuaan mengenai keseimbangan pemakanan
adalah suatu tuntutan untuk kemaslahatan tubuh badan.
Islam
meletakkan disiplin pemakanan wajib dipatuhi supaya anasir-anasir
sampingan tidak merosak tubuh badan dan seterusnya meletakkan
seseorang berada dalam ‘zon’ sihat, kuat dan waras. Adakalanya
seseorang yang mengidap sembelit kelihatan tidak keharuan kerana
menghadapi penyakit tersebut terutamanya bagi individu yang
berhampas pulas meneran sehingga mengeluarkan najis bercampur darah.
Ini kerana lubang dubur terluka disebabkan kerasnya najis yang hendak
dinyahhapuskan itu.
Biasanya
sembelit berlaku kerana sifat keaktifan, perlanggaran norma-norma
pada diri, melengah-lengahkan ‘qada hajat’, disiplin pemakanan
bercampur baur, lama duduk dan kurang berjalan dan pembuangan yang
tidak lawas mengundang kepada perubahan sifat.
Jika kita
perhatikan bayi-bayi, makanan asasinya adalah susu ibunya. Mereka
menyusu menurut jadual dan sukatan yang telah ditentukan oleh naluri
bayi-bayi tersebut. Keceriaan akan terpancar pada raut wajah mereka
yang mendapat sukatan makanan yang mencukupi dan seimbang. Manakala
bagi bayi-bayi yang diberikan makanan tambahan di samping susu ibunya
maka proses penyembelitan akan mula mendatanginya dan jika tersilap
memberikan sukatan makanan akan berterusanlah bayi-bayi tersebut
mengidap ‘sembelit’. Ia juga membawa kesan samping kepada
penyakit lain
Demikian
juga bagi kanak-kanak, orang dewasa dan wargatua yang dahulunya aktif
bertukar menjadi pasif, lembik, lemah, kurang aktif memudahkan
sembelit bertapak pada dirinya. Bukan itu sahaja, pelbagai penyakit
samping mulai mencari ruang untuk berlabuh dibadan, simptom-simpton
sembelit, toksin berlebihan dan terperap turut menyumbang.
Manakala
parasit-parasit mulai datang dan bertapak kerana kita menyediakan
ruang untuknya membuat perumah. Apabila berlaku proses penyingkiran
dan penghapusan parasit-parasit tersebut dengan keadaan perumahnya
teguh kukuh dan agak sukar untuk dibuang dan diruntuhkan. Maka
akhirnya kita perlu melakukan pengorbanan untuk menghapuskannya.
Antara
pengorbanan dan pendekatan yang selalunya kita lakukan dengan
mengeluarkan wang tabungan, membeli insuran, melakukan pinjaman
kewangan, merayu meminta simpati daripada orang ramai dan melakukan
perkara-perkara diluar batas akhlak untuk mendapatkan perkara
dihajati walaupun ia menyalahi disiplin kemanusiaan kerana terdesak.
Manakala agensi yang boleh menyalurkan sumbangan terbatas dan
kadang-kadang kita mendengar tohmahnn-tohmahan, prajudis, sifat
negatif dan hanya mereka yang mengalaminya sahaja merasai perkara
tersebut.
Adakalanya
mereka yang terjebak dengan situasi tersebut sukar untuk dijelaskan
kerana segala tenaga, upaya dan usaha telah dikerahkan untuk
mendapatkannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya untuk memuktamadkan
sesuatu perkara adalah dengan jalan matlamat menghalalkan cara.
Semoga
kita terhindar daripada penyakit sembelit.
No comments:
Post a Comment