DAUN-DAUN KERING GUGUR
Wednesday, 10 December 2014
Pelakun-pelakun umur 60 tahun ke
atas. Insaflah. Menjadilah
penasihat-penasihat dihormati. Jangan mendajal. Minta ampun kepada waris-waris
MH370 kerana berkomplot dengan dajal menghilangkan pesawat tersebut lalu
merawang di dalam khayalan-khayalan supaya insan-insan yang tidak mempercayai
dogengan-dogengan itu disogok juga dengan pelbagai cerita-cerita, lalu senyap
cerita-cerita MH370 bersama senyapnya para panglipurlara.
Sewajarnya badan-badan penyiaran menerus dan menyediakan dana-dana yang banyak untuk memanggil para panglipurlara lagi atau suatu temujanji untuk diwawancara sehingga penyorokan MH370 dimuktamadkan.
Sewajarnya badan-badan penyiaran menerus dan menyediakan dana-dana yang banyak untuk memanggil para panglipurlara lagi atau suatu temujanji untuk diwawancara sehingga penyorokan MH370 dimuktamadkan.
Menggunakan sidang siaran
langsung dari lokasi-lokasi terpilih
terutamanya cerdik-cerdik pandai dari Amerika Syarikat dipanggil memberikan
pandangan supaya para pendengar akan terbuai-buai sambil minum kopi atau bagi
mereka yang suka minum arak bersama ketulan aisnya, bukan menunjukkan dari
lokasi kapal-kapal pencari yang sukar dipertanggungjawabkan sebagaimana plot
cerita-cerita kehilangan MH370 bermula pada pukul 12.41 tengah malam pada pagi
8 Mac 2014 sehingga mengalami tragedi di Lautan Hinda sukar
dipertanggungjawabkan. Kesahihannya zero. Budak-budak sekolah rendah pun faham
cerita-cerita panglipurlara.
Sebulan dua ini senyap kisah
MH370. Barangkali memberi laluan kepada isu penembakan MH17 kerana MH370 dan
MH17 adalah adik-beradik sekandung dari ibu bapa yang sama. Tetapi cerita MH17
malap, seperti menurut telunjuk. Dalam kes MH17 macam pesawat MAS itu bukan
milik negara, ia lebih dimonopoli oleh Amerika Syarikat, Belanda dan Kesatuan
Eropah. Supaya difahami bahawa MH17 ditembak di Grabovo, Donetsk .
Senyapnya kisah MH370 itu kerana
sukarnya untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan taktikal yang
melibatkan binatang sumpah-sumpah. Bacaan surah al-Fatihah di radio dan
televisyen juga turut senyap. Senyap bersama perginya puting beliung yang
melanda beberapa kawasan negeri-negeri di negara ini.
Dajal-dajal penembak MH17 pula
telah dikenal pasti tetapi masih lagi mendapatkan bukti-bukti sahih sebagaimana
diberitahu oleh kerajaan Malaysia ,
ia memerlukan setahun lagi untuk melengkapkan siasatan.
Begitu juga kisah lembu betina
pada zaman Nabi Musa a.s. Pelbagai dalih digunakan bagi membuktikan bahawa yang
melakukan pembunuhan kepada Pak Ciknya itu orang lain buka diri pengadu.
Pelbagai alasan dikemukakan. Anak saudara pula tamak sanggup membunuh Pak
Ciknya untuk mewarisi harta-harta itu.
Kerana simati mewarisi harta yang banyak. Jika zaman ini barangkali
harta peninggalan tersebut bernilai berjuta-juta jumlahnya. Lalu dicarilah
perkara-perkara yang wajar dicari dan diusul satu demi satu. Dipendekkan
ceritanya, akhirnya kebenaran terbukti juga apabila saksi-saksi memberitahu
siapakah pembunuhnya, bagaimana cara ia dibunuh dan kenapa ia dibunuh? Kes-kes
MH370 dan MH17 juga akan terbongkar kerana zaman akan berubah. Jika mereka yang
terlibat juga senyap akan disumpah menjadi binatang sumpah-sumpah dan dibisikkan
ditelinga mereka:
“Wahai pesakit psikiatri,
ambillah ketenangan dari bisikan-bisikan dari makhluk yang membisik-bisik,
taubatlah kerana pejuang-pejuang ninja akan mengajar penceroboh-penceroboh dan
pembunuh-pembunuh termasuk yang berkomplot mendajal menyorok MH370. Taubatlah.
Taubatlah. Taubatlah. Jangan sampai nyawa sudah dihujung halkum pada ketika itu
tiada maaf bagimu sebagaimana pengintip-pengintip, penceroboh-penceroboh dan
mereka yang dungu-dungu bersekongkol apabila ditawan oleh pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah tiada ampunan bagi mereka lagi, kerana telah diberi amaran dan peringatan, sebelum
jatuh hukum. Beringatlah.”
CEO MAS telah gugur. Diganti
dengan CEO anak watan yang berkaliber. Suatu keistimewaan CEO MAS dahulu ketika
menghadiri sidang akhbar beliau gugup dan sukar untuk melontarkan pandang
kerana semua sumber yang diketahuinya sukar diluahkan kerana beliau hanya
pegawai yang dilantik: ‘saya yang menurut perintah’. Pada suatu peringkat
beliau hanya dijadikan hiasan sahaja berdiri tanpa bercakap. Begitulah nasib
individu yang ikhlas akan dipergunakan kebaikan-kebaikannya oleh golongan
dajal.
Apabila khidmat beliau tidak
diperlukan lagi maka berlakulah episod-episod untuk memantapkan MAS supaya
menjulang mercu namanya pada masa akan datang. Sebenarnya anak-anak watan yang
berkaliber amat ramai di negara ini. Memandangkan anak-anak watan itu tidak
pandai menyapu cat rumah, pendidikan mereka pula dalam negara sahaja, Muet
mereka dibawah band 4 dan hubungan akrab mereka dengan masyarakat kurang mesra
menjadikan nama-nama mereka menjadi pemain simpanan sahaja. Mereka pula akan
kekal menjadi pemain simpanan sampai bila-bila, walaupun nama-nama mereka
kadang-kadang dibisik-bisikkan bagi memaling-malingkan isu sebenarnya.
Dalam kes kehilangan MH370 ada
beberapa individu yang bersuara:-
1. PM - Enggan berjumpa dengan waris-waris.
2. Pemangku Menteri Pengangkutan -
Jurucakap sehingga berbuih-buih mulut.
3. CEO DCA - Menjadi ketua panglipurlara.
4. KPN-Bercakap sambil senyum, tidak
serius.
5. CEO AirAsia - Mengulas mendahului sidang
akhbar Menteri.
6. CEO MAS - Menjadi mangsa keadaan.
Selepas ini kita hendak melihat
betapa kukuhnya ikatan besi yang dipateri. Sekeras-kerasnya apabila terkena
embun dan matahari sampai saatnya ia akan berkarat dan merelaikan besi-besi
tersebut.
Menjadilah emas tulen, jangan
menjadi emas tiruan yang kerap dicelup untuk menggilapnya.
Datuk Ahmad Jauhari bin Yahya
saya percaya kepada Datuk. Jasamu dikenang.
No comments:
Post a Comment