Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran |
Sunday, 6 October 2013
Doa-doa insan teraniaya tidak
berhijab kepada Allah s.w.t.
Pemerintahan Mesir tidak pernah
mengganggu kuasa lain. Ia juga tidak pernah menyekat rezeki orang lain. Kerana
rezeki itu keperluan asasi manusia. Ia juga tidak pernah mengganggu
jiran-jirannya, sama ada jiran setempat atau jiran bersempadan dengan negara.
Mereka yang mengguasai kerajaan
Mesir melalui Ikhwanul Muslimun adalah manusia yang diberkati oleh Allah s.w.t.
kerana mereka berikrar untuk meninggikan syariat Islam. Keikhlasan mereka
memerintah Mesir boleh diperhatikan melalui tempoh pemerintahan mereka yang
singkat sebelum rampasan tentera dan persengkongkolan jahat. Mereka tidak
mengancam musuh sebaliknya musuh terancam disebabkan perancangan jahat mereka
bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t. akan membalas tunai
kepada individu, kelompok atau persekongkolan yang berazam merosakkan Islam dan
umat Islam, sehingga terbantutnya perlaksanaan syariat Islam di sana .
Sejarah melakarkan bahawa jatuh
bangun sesuatu tamadun bangsa disebabkan oleh bangsa itu sendiri.
Yakinlah bahawa bantuan untuk
rakyat Mesir hampir tiba kerana saat-saat yang dinantikan akan menjelang tiba,
bila sampai tempohnya.
Ke mana mereka hendak mengelak?
Umat Islam tidak akan bertepuk
tangan ketika mereka merai kejayaan. Berpesta-pestaan adalah perangai jahiliah.
Mereka merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana mereka senentiasa dibimbing menerusi kitabullah dan sunnahtul rasul. Ia juga kerana menjadikan
saya, tuan/puan, kamu, kita dan mereka menjadi pengganut Islam.
Umat Islam tidak akan bersangatan
bencinya kepada pengkomplotan kejahatan. Tetapi akan tetap menunaikan janji
seperti yang dipersetujui. Ikrar seorang muslim adalah Al-Quran.
Masa terus berlalu;
Sampai bila mereka boleh
menghalang hembusan angin yang membawa maut.
Sampai bila mereka menghalang
angin puting beliung melanda daratan.
Sampai bila mereka boleh
menghalang hujan yang mengakibatkan banjir.
Sampai bila mereka boleh
menghalang arus ombak yang mengganas.
Sampai bila mereka boleh
menghalang gempa bumi.
Sampai bila mereka boleh bertahan
dengan sistem ekonomi riba.
Sampai bila mereka menggunakan
akal sihat mengaburi kehidupan dirinya sendiri.
Sampai bila?
Allah s.w.t. memberi akal,
fikiran, hati, perasaan dan penglihatan supaya kita merasai nikmatnya, sabar
dengan kesulitan dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.
Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala
urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya
bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka
demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar,
maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” ( H.R. Imam Muslim )
Mengkufuri nikmat akan
memusnahkan diri sendiri.
Berjayalah mereka yang yakin dengan
kekuatan iman yang telah meresap ke dalam urat nadi dan jantung umat ini.
No comments:
Post a Comment