Sunday, 29 March 2015

IKTIKAD AKAL ADALAH KHAYALAN SYAITAN



Allah s.w.t. memberi manusia akal fikiran untuk membermanfaat kepada diri mereka sendiri. Allah s.w.t. memberi hati supaya memahami ayat-ayatNya, diberi mata supaya melihat dengannya bukti-bukti keesaan Allah s.w.t. dan diberi telinga supaya mendengar ajaran dan hikmah. 

Bukan menggunakan kurniaan Allah s.w.t. itu untuk tujuan-tujuan kejahatan; seperti: mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah s.w.t., mempunyaai mata tetapi tidak mahu melihat bukti-bukti kebesaran Allah s.w.t. dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat berguna. 



Jika mereka memiliki tiga-tiga perkara tersebut tetapi tidak memanfaatkannya untuk kebaikan maka mereka sama seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Allahu akhbar.


A178
A179
A180
A181
A182
A183


“Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.” ( Al-Quran, surah Al-A'raaf  ayat 178-183 )


-------------------


Monday, 28 October 2013
Iktikad akal adalah khayalan-khayalan Syaitan


A036
A037


“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”  ( Al-Quran, surah Az-Zukhruf ayat 36-37 )


 A116

 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” ( Al-Quran, surah An-Nisaa' ayat 116 )


A120


“Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.” ( Al-Quran, surah An-Nisaa' ayat 120 )





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )