Dalam meniti kehidupan tenang dan serba mencabar, manusia memerlukan rakan dalam kehidupan supaya fungsi perasaan dan kehidupan dapat dinikmati secara harmoni. Manusia yang ingin hidup secara solo adalah manusia yang telah hilang daripada sifat kemanusiaan. Manusia saling bergantung hidup bukan sahaja untuk keperluan hidup zahir tetapi mereka juga memerlukan kelangsungan hidup untuk keperluan batin. Mereka hidup bermasyarakat.
Haiwan-haiwan di muka bumi ini juga termasuk kelompok yang berhajat kepada keperluan zahir dan batin.
Marilah raikan hidup ini dengan panduan Islam.Hidup bertamadun.