Sunday, 26 January 2014

AWASI PERGERAKAN ANDA



Pergerakan kita senentiasa diawasi sama ada oleh isteri, suami, anak-anak, saudara mara, handai taulan, musuh, pihak lain atau pihak berkuasa. Pergerakan itu pula mula diawasi apabila berlaku sesuatu isu sama ada  yang melibatkan perihal tingkah laku, tindakan negatif, masalah kewangan dan persepsi serong terhadap seseorang. Pengawasan biasanya bukan hanya dilakukan melalui intipan, risikan, penglihatan, pendengaran, soalselidik, tinjauan tetapi ia juga melalui maklumat pihak kedua. 

Tujuannya bagi menjustifikasikan pengawasan tersebut.

Kadang-kadang pengawasan itu dilakukan untuk tujuan pencegahan supaya kebobrokan tidak terjadi akibat sesuatu malapetaka yang akan berlaku secara spontan tanpa dijangka atau ia berlaku kerana direncanakan. 

Perlakuan-perlakuan yang berlaku secara spontan itu boleh terjadi sama ada perkara-perkara tersebut berunsur baik atau sebaliknya. Dan memang ada sesuatu perlakuan itu dilakukan melalui perancangan teliti oleh seseorang atau kumpulan dan kekadang sukar untuk dibezakan di antara kebenaran tindakannya dengan kesalahan samar yang dilakukannya.

Walau bagaimanapun, kita senentiasa dalam pengawasan.

Bagi mengawasi pergerakan seseorang atau kumpulan ada beberapa peralatan teknologi telah dibangunkan untuk tujuan-tujuan tertentu terutamanya untuk tujuan pengawasan. Teknologi itu pula  dibangunkan dengan kos perbelanjaan yang besar. 

Antara medium yang digunakan untuk tujuan pengawasan tersebut, adalah:

1.    Penggunaan kod
2.    Pengenalan kad
3.    Kad imbasan
4.    Komputer
5.    Telefon
6.    CCTV
7.    Isyarat
8.    Satelit
9.    Jejari
10.   Peluh
11.   Bauan
12.   Getaran
13.   Imej
14.   Kamera
15.   Alatan bunyi
16.   Nada suara
17.   Coretan tangan
18.   Sentuhan tangan
19.   Jejak langkah
20.   Raut muka
21.   Susuk tubuh
22.   Gelombang
23.   DNA
24.   Air liur
25.   Pancaran
26.   Facebook
27.   Emel
28.   Internet
29.   GPS
30.   Pesawat
31.   Radar
32.   Dan banyak lagi dengan pelbagai nama.


Awas! Pergerakan anda sentiasa diawasi.       





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )