Wednesday, 16 January 2013

Perubatan Islam menekankan kepada pemeliharaan, mencegah dan penyembuhan




Islam menekankan bahawa dasar ilmu kedoktoran ada tiga iaitu:

    1. Memelihara kesihatan.

    2. Mencegah timbulnya penyakit.

    3. Mengubati/menghilangkan penyakit.


Sistem perubatan Rasulullah s.a.w. tidaklah sama dengan sistem perubatan para doktor kerana perubatan yang dilakukan/ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. sangat menyakinkan, benar dan berdasarkan tuntutan illahi, keunggulan citra kenabian serta hasil pemikiran yang sempurna; sedangkan perubatan para doktor biasanya hanya berdasarkan perkiraan/persangkaan dan percubaan. Perubatan mereka pula tidak pernah melebihi perubatan kenabian.

Sesungguhnya, ubat hanya bermanfaat (menyembuhkan) jika dapat diterima oleh tubuh pesakit dan ia mempunyai keyakinan bahawa ubat itu akan menyembuhkan pesakitnya. Penerimaan ubat yang paling sempurna adalah dengan iman dan perasaan rendah diri di hadapan Illahi.

Al-Quran sebagai ubat bagi penyakit. Jika tidak dinaungi oleh iman dan kesediaan merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t. tidak akan dapat menyembuhkan penyakit jiwa/hati: bahkan bagi golongan munafik, hanya akan menambahkan penyakit dan dosa yang ada pada mereka.

Bagaimana pula dengan perubatan jasmani? Sistem perubatan kenabian adalah sistem terbaik untuk jasmani, sebagaimana al-Quran adalah perubatan terbaik untuk penyakit jiwa (psikatri). Bagi mereka yang  meninggalkan cara perubatan yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w. samalah dengan meninggalkan perubatan dengan al-Quran yang telah diakui dan dibuktikan sebagi ubat yang paling mujarab.

Ketidaksembuhan penyakit yang telah diubati dengan sistem perubatan Nabi s.a.w. bukan bererti ubat itu tidak sesuai, tetapi adalah disebabkan sudah rosaknya bahagian tubuh yang menerima ubat dan tubuh tidak dapat menerima ubat yang diberikan.

Demikianlah sebahagian di antara rahsia dan hakikat sistem perubatan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dari segi kesempurnaan, rahsia dan hakikat yang sebenarnya, hanya dapat dicapai oleh orang yang baik cara berfikirnya, tinggi tingkat kecerdasannya, luas pengetahuaannya dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.

Semoga Allah s.w.t. member taufik, hidayah dan inayahnya kepada kita semua.

Amin ya rabbal alamin!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )