Dalam masalah kesihatan, imam syafi’I berpesan:
1. Empat perkara dapat menguatkan tubuh iaitu:
a. Makan daging,
b. Mencium wangian harum-haruman,
c. Sering mandi dan
d. Memakai pakaian daripada kapas.
2. Empat perkara yang melemahkan tubuh iaitu:
a. Terlalu banyak bersetubuh,
b. Terlalu banyak bersedih,
c. Terlalu banyak meneguk air liur,
d. Terlalu sering memakan masam-masam.
3. Empat perkara yang mempertajamkan penglihatan
iaitu:
a. Duduk menghadap kaabah,
b. Mencelak mata setiap malam,
c. Memandang yang hijau-hijau,
d. Membersihkan tempat duduk.
4. Empat perkara yang dapat mengaburkan mata
iaitu:
a. Melihat yang kotor-kotor,
b. Melihat orang yang disalib,
c. Melihat kemaluan wanita,
d. Duduk membelakangi kaabah.
5. Empat perkara yang dapat menambah kekuatan akal
iaitu:
a. Meningalkan perkataan sia-sia,
b. Bersugi,
c. Menghadiri majlis ilmu orang-orang soleh,
d. Majlis para ulama.
No comments:
Post a Comment