Wednesday 3 April 2013

Buta mata hati disebabkan oleh perbuatan sendiri



A046


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” ( Q.S. Al-Hajj:46 )

Imam abul Hassan as-Syazili berkata:

Buta mata hati dengan tiga perkara:

     1. Tidak mengongkong anggota badan daripada melakukan maksiat.
     2. Tidak ikhlas dalam melakukan ibadah( melakukan ibadah semata-mata kerana manusia)
     3. Tamak dengan apa yang ada pada tangan makhluk Allah s.w.t.
   
Jika salah satu daripadanya dimilik oleh individu maka ia telah mati akan mata hatinya.

Daripada Abdullah r.a. dia berkata: 

"Telah bersabda rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya penipuan membawa kepada fujur dan fujur membawa kepada neraka, dan seorang lelaki yang senentiasa menipu sehingga Allah (menuliskan pada buku catatannya) sebagai seorang penipu.”

Dipadaripada Abdullah r.a. dia berkata: 

"Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Tanda-tanda orang munafik itu tiga:

      1. Apabila ia berkata maka perkataannya itu bohong,
      2. Dan apabila ia berjanji maka ia akan memungkiri janji,
      3. Dan apabila diberi amanah maka  ia akan khianati amanah tersebut.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 

“Hindarilah diri kamu dari berdusta keran sesungguhnya orang yang berdusta itu segolongan dengan orang yang melakukanfujur (zina), dan kedua-duanya berada di dalam api neraka.”

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 

"Tiga jenis manusia yang tidak dipandang olehb Allah s.w.t. pada hari kiamat.
     1. Orang tua yang berzina,
     2. Pemerintah yang berdusta,
     3. Orang miskin yang bermegah diri."


Daripada Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 

"Barangsiapa yang mempelajari ilmu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah s.w.t., tidak ia mempelajarinya kecuali kerana ingin mendapat habuan di dunia, sesungguhnya ia tidak akan dapat mencium bau syurga.”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )