Saturday 13 April 2013

Nasihat kumpulan doktor raja-raja dahulu





Ketika seorang raja bertanya kepada sekumpulan doktor perawatnya, bagaimana caranya memelihara kesihatan, maka jawapan yang diperolehinya adalah sebagai berikut:

       1.  Jangan kahwin kecuali yang masih muda.
       
       2.  Jangan makan daging kecuali yang segar.

       3.  Jangan minum ubat kecuali Kerana memang sakit.

       4.  Jangan makan buah-buahan yang tidak pada musimnya.

       5.  Kunyahlah makanan sampai halus benar.

       6.  Tidur siang hari selepas makan tidak salah, tetapi jangan tidur setelah makan malam kecuali berjalan-jalan sekurang-kurangnya 50 langkah.

       7.  Jangan makan kecuali telah lapar.

       8.  Jangan memaksa wanita untuk bersetubuh.

       9.  Jangan menahan-nahan membuang air kecil.

     10.  Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.

     11.  Jangan memakan sesuatu yang tidak dapat dikunyah oleh gigi kerana  perut juga tidak  sanggup mencernanya.

     12.  Sebaik-baik simpanan adalah darah dalam tubuh maka jangan buang kecuali ketika  diperlukan benar dan memang harus dilakukan.


     13.  Istirehatlah dengan tidur kerana ada beberapa penyakit yang hanya dapat dikeluarkan dari  alam tubuh dengan melalui tidur.
    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )