Thursday 6 March 2014

KEMARAU: KRISIS YANG BELUM BERAKHIR



Kemarau adalah suatu tragedi kerana ia banyak memberi keinsafan dan kedegilan kepada manusia. Kenapa, kerana bekalan air daripada kawasan tadahan-empangan sehari ke sehari semakin menyusut dan sukar diramalkan bila kawasan tadahan tersebut akan menunjukkan peningkatan airnya, yang pasti pada ketika ini ia akan terus menyusut. Di  kawasan-kawasan tertentu telah menunjukkan kerekahan tanah-kering, terutamanya di ladang-ladang pertanian. Para petani yang terlibat mula merungut tentang kerugian yang dialami kesan daripada kegersangan tanah dan kekeringan air untuk tanah pertanian mereka.

Di Lembah Kelang, saban tahun berlaku kemarau. Apabila kemarau maka kawasan empangan akan menyusust kandungan airnya, maka bermulalah krisis air.

Apabila bekalan air terputus bermakna ada sesuatu perkara yang menyekat air untuk sampai. Ia berlaku disebabkan kemarau, paip pecah, menaik taraf paip air atau tersumbat di mana-mana. Kadang-kadang bekalan air juga terputus disebabkan oleh pili air rumah disel, dipotong, dikunci, diputuskan kerana bil air dan tunggakan tidak dijelaskan mengikut tempoh yang ditetapkan. Bekalan air disekat maka bekalan air ke rumah tersebut kering. Bila kita hendak melakukan penyambungan semula bekalan air  yang diputuskan itu, maka tunggakan perlu dijelaskan, denda pemotongan RM 25.00 dan denda penyambungan RM 25.00. Jumlahnya RM 50.00 wajib dibayar.

Ketika berlakunya  krisis air ini, bekalan air ke rumah saya pada ketika ini syukur Alhamudillah mengalir seperti biasa. Tiada masalah. Tiada catuan walaupun saya tinggal di kawasan yang menerima catuan. Saya selalu mengingatkan anak-anak supaya beringat bahawa pada ketika ini kawasan Lembah Kelang menghadapi krisis air. Krisis ini pula telah menjalar ke kawasan-kawasan di luar Lembah Kelang. Ini menunjukkan bahawa negeri kita sedang menghadapi masalah besar krisis air kerana:

1.    Tanah-tanah ladang telah memperlihatkan kedukaannya/mengering,

2.     Ikan-ikan ternakan bermatian kerana keadaan air menyusut dan memanas.

3.     Air empangan/tadahan menunjukkan penyusutan yang ketara.

4.    Keadaan udara panas siang hari, terbawa bahangnya hingga ke malam.

5.    Kebakaran hutan disebabkan kekeringan daun dan pokok-pokok.

6.    Hujan sekali sekala turun dan berlaku sepintas lalu.

7.     Pemanasan global sedang berlaku di negeri kita

Mesej tentang krisis air ini mengingatkan bahawa perlunya kita bersiapsiaga dalam apa juga keadaan supaya perkara seumpama ini jika berlaku lagi dapat diatasi dengan segera. Demikian juga masalah banjir, gempa bumi, peperangan dan krisis kemanusiaan yang melibatkan ribuan manusia. Oleh itu, pihak berwajib wajar menyediakan plan kontingensi bagi mengelakkan kegusaran dan kepanikan orang ramai apabila menghadapi sesuatu musibah.

Bagi krisis ini, pihak berkuasa wajar bertegas mengatasi beberapa perkara, antaranya:

1. Semua kawasan tadahan dan lingkungan pokok-pokok kawasan tadahan hendaklah bebas daripada penebangan, pembangunan, pembinaan perumahan, perladangan, kebun, dilarang berkelah yang boleh menjejaskan kebersihan air dan pembuangan sisa-sisa makanan kerana ia sukar dikawal. Jika mereka telah diberi geran tanah maka hendaklah ditarik balik dan digantikan dengan kawasan yang jauh daripada pusat tadahan.
 
2. Membuka dan menyediakan pembinaan air bawah tanah bagi mengatasi masalah yang berbangkit. Kawasan bawah tanah terutamanya di Lembah Kelang memang diakui menpunyai simpanan air yang banyak

3. Pihak berkuasa menyalurkan bantuan kepada penyediaan peralatan yang diperlukan untuk pembinaan pam penyedut air bawah tanah di kampung-kampung dan taman-taman yang bermasalah air.

4.  Penggunaan air oleh orang awam hendakalah dijadikan sebagai pemberian kerajaan kepada rakyatnya tanpa mengenakan harga yang tinggi.  Dan jangan mendenda mereka jika terlewat membayar bil dan kalau mereka ingin pemyambungan semula bekalan air ke rumah-rumah yang penuh barakah itu kerana tanggungjawab sosial pemerintah adalah meringankan beban rakyat-memberi kerahmatan kepada pemerintah.

5.  Mengecualikan bayaran bil kepada masjid, surau, madrasah, sekolah, rumah orang-orang tua dan fakir miskin.

Semoga kerahmatan untuk kita semua.






Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )