Friday, 21 March 2014

PENIPUAN



Penipuan tidak pernah berubah; cuma ia menggunakan helah baru, teknik, taktik, penyamaran, mengaburi,  mengguna teknologi semasa serta gabungan antara pengalaman dan pembelajaran masakini yang sukar untuk dikesan kerana sifatnya yang canggih seperti nasihat ulama; “ Syirik Khafi itu umpama semut hitam, berjalan di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat.”

Sifatnya yang boleh mengubah dan berubah corak, bentuk, warna dan latar belakangnya yang sukar untuk dikesan menyebabkan perlakuannya berleluasa di samping didokong, disokong dan dipertautkan oleh geng-geng yang bergerak secara terbuka dan di belakang tabir.

Sesuatu perlakuan yang sifatnya bergerak akan dapat dikesan juga akhirnya apabila takat perlakuannya sampai kepada peringkat klimaks. Barangkali  teknologi terkini boleh membantu mengesan dan menyelesaikan pergerakan sesuatu objek sama ada yang berada di udara, daratan atau lautan.  Bahkan alat-alat pengesan pergerakan itu  pun telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa menurut keutaman, keperluan dan kepentingannya oleh negara-negara yang mempunyai teknologi kendiri. Negara-negara pengguna pun mendapat manfaat daripadanya.

Umat Islam wajar memanfaatkan kehebatan teknologi yang sedia ada di samping memikirkan tentang  kaedah, peluang dan ruang untuk mendapatkannya. Kekayaan yang kita miliki, sama ada di udara, daratan dan lautan akan punah dan sia-sia jika kita tidak memiliki kekuatan dan kehebatan. Kita mudah dibuli, diberi kata dua, diugut dan ditelanjangkan. Akhirnya pengganas, penjahat, lanun, penyamun, perompak dan pencuri bersekongkol untuk saling bekerjasama untuk manfaat bersama. Sebaliknya kita sebagai penegak undang-undang ternganga, meleleh air, tercegat, tercengang tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita terkepung oleh kelemahan kita sendiri.

Anak-anak bangsa kita yang pakar dalam bidang masing-masing wajar disatukan, digembleng dan digerakkan kepakarannya. Manfaatkan semaksimumnya. Kita khuatir keseronokan yang tiada kawalan, perhiasan beraneka ragam/gaya sehingga terlondeh tubuh, hiburan yang melampau dan wanita murahan yang boleh di jamah di hotel bajet dua jam boleh membelitbinasakan, yang pada akhirnya akan merugikan negara, merugikan umat ini dan merugikan diri kita sendiri.

Mengapa penipuan itu berlaku sedangkan kita mengetahuinya atau barangkali kita menipu diri kita sendiri? Allahu Akhbar.



GELAP DAN SAMAR-SAMAR SUKAR UNTUK
PENCARIAN BARANG-BARANG TERCICIR

























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )