Sunday, 23 March 2014

SINOPSIS TEORI KEJUTAN: PENCARIAN MISTERINYA MH370



Misteri  Pesawat MH370 Angkara Halimunan
Selagi misteri MH370 belum ditemui adalah digalakkan memberi pandangan dalam pelbagai medium media supaya masalah dapat dirungkai dengan kadar segera kerana golongan yang mengetahui, faham dan pakar menggunakan disiplin ilmunya secara berhikmah untuk kepentingan negara, bangsa dan agama. Tidak guna kita mengaji tinggi-tinggi, dibiayai oleh kerajaan tetapi kedekut menyumbang dalam pencarian misterinya MH370. Bila kita melontarkan teori; sama ada betul atau salah, jika benar diterima jika salah ditolak, kerana teori itu adalah pandangan, andaian, spekulasi, ramalan, firasat dan penelitian.  Maka, tidak berbangkit mengganggu siasatan kerana tiada yang disiasat, yang isunya:


MISTERINYA PESAWAT MH370, DI MANA, CARI.


Selagi kelibat pesawat MH370 belum ditemui;  misterinya, pencarian, perbincangan, wacana, dialog dan teori misterinya MH370 diteruskan, jangan dijadikan seperti ‘permainan game’, seronok-seronok, tidak serius, main-main. Maka,  sekiranya pencarian melepasi hari ke-30 misterinya pesawat MH370 belum kelihatan kelibatnya, sayugia dicadangkan jalan penyelesaian dengan istilah:


TEORI MISTERI PESAWAT MH370: BAGAIMANA MENANGANI DAN MENYELESAIKAN


Sebelum sampai hari ke-30 atau selepasnya, dilontarkan semula: Teori Kejutan: Pencarian Pesawat MH370. Antara teori-teori tersebut adalah:

1.              Teori Kejutan.
2.              Teori Usamah.
3.              Teori Hadaina.
4.              Teori Ahad.
5.              Teori Amrah.
6.              Teori Ashif.
7.              Teori Mubasysyir.
8.              Teori Qutbah-Qutbah.
9.              Teori Mak Andih.
10.          Teori Hotel Budget.
11.          Teori Konspirasi Melangit.
12.          Teori Cemburu.
13.          Teori Jerebu.
14.          Teori Muktamad.
15.          Teori Islam.

Teori ini adalah respon kepada pelbagai teori yang sehingga kini belum dapat dibuktikan kebenarannya kerana teori-teori tersebut termasuk 15 teori ini kerap berubah-ubah dari saat ke saat, dari minit ke minit, dari jam ke jam, dari masa ke semasa dan dari hari ke sehari. Yang penting pencarian misterinya MH370 diteruskan.

Teori kejutan ini membawa kita kepada perlakuan yang spontan tetapi mengejutkan, terperanjat, tidak dijangka, tiada amaran awal bahkan amaran setelah berlalunya 6 jam baharulah dimaklumkan kepada dunia. Golongan  dajal cerdik cara mereka, tetapi tidak secerdik orang-orang muslimin dan beriman.   









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )