Kerajaan ingin mengisytiharkan
bahawa penumpang-penumpang MH370 telah menemui ajalnya dan berhasrat untuk
mengeluarkan ‘Sijil Kematian’ kepada waris-waris penumpang MH370 bagi
memudahkan urusan dokumentasi kepada waris-waris dalam urusan berkaitan
tuntutan, pengesahan dan status terkini penumpang MH370. Walau bagaimanapun, waris-waris penumpang
MH370 menolak cadangan pemerintah. Matlamat menghalalkan cara.
Bila ‘Sijil Kematian’ dikeluarkan
maka secara rasmi 239 penumpang yang menaiki MH370 pada 8 Mac 2014 (Sabtu),
penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing, ghaib tanpa batu nisan, tiada majlis pembakaran
dan upacara pengkebumian, berbeza dengan feri Sewol karam di Korea Selatan,
walaupun isunya sama: ‘tragedi’. Maka, dianggap telah mati.
Apabila pengisytiharan kematian
dilakukan oleh pemerintah maka akan berlakulah beberapa implikasi, antaranya:-
- JAKIM, Jabatan Islam negeri-negeri, masjid, surau, sekolah-sekolah, madrasah-madrasah, gereja, temple, kuil dan waris-waris akan mengadakan majlis kematian dan bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat kepada mangsa-mangsa dan sekurang-kurangnya bacaan fatihah dihadiahkan kepada kaum muslimin supaya Allah memberi petunjuk kepada dajal-dajal bermata dua.
- Jika penganjuran dapat menghimpun orang ramai pada satu kawasan dalam majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat untuk disedekahkan kepada arwah-arwah MH370 melebihi 500,001 orang maka rekod selawat perdana yang diadakan di Putrajaya pada Mac 2014, mengumpul 500,00 orang telah diatasi. Maka rekod baru tercipta.
- Pencarian MH370 yang telah diisytiharkan kematian penumpang-penumpangnya sepatutnya juga berakhir, kerana dengan pengisytiharan tersebut maka berakhirlah pencarian. Pencarian MH370 sudah tidak releven lagi walaupun pengisytiharan mendahului pembuktian.
- Apabila pengisytiharan dilakukan maka roh-roh atau hantu-hantu MH370 sedang mencari peluang mengigit dajal-dajal yang kini bebas merancang masa hadapan. Terutama kepada dajal yang ternganga mulut dan terbeliak mata.
- Roh-roh atau hantu-hantu MH370 akan mencari dajal-dajal yang melari dan menyorok MH370. Hantu-hantu itu akan mengigit di leher, kepala botak, mata yang terkebil-kebil dan mulut-mulut yang berpemutar belit. Hantu-hantu akan menyerang dajal yang berbincang di bilik kosong itu. Awas dajal, bersedialah menghadapi gigitan hantu-hantu MH370.
Itu adalah antara kesan pengisytiharan MH370.
No comments:
Post a Comment