Thursday, 12 June 2014

LIHAT DAN FIKIR





Allah s.w.t. memberi pancaindera yang sempurna kepada manusia untuk dimanfaatkan bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga untuk manusia sejagat. Manusia yang diberi kesempurnaan tetapi tidak digunakan untuk kebaikan, nantikan balasannya kerana sesuatu nikmat yang diberikan tidak disalurkan untuk kebaikan akan ditarik baik sebagaimana Allah s.w.t. memberikan kekuasan memerintah di dunia akan ditarik balik apabila telah menyalahi norma-norma kesejahteraan manusia sejagat. 

Kesempurnaan pancaindera ditinjau dari aspek-aspek berikut:-



  1. Mata untuk melihat kejadian-kejadian dan kewujudan alam.

  1. Akal untuk berfikir tentang keagungan makhluk dan penciptaannya.

  1. Telinga untuk mendengar seruan-seruan ketaatan dan kepatuhan.

Jalinan erat antara kesepakatan elemen-elemen tersebut menjadi asas untuk manusia berbeda sama ada sesama manusia atau dengan makhluk lain. Mereka berbeda dengan pelbagai ragam; naluri citarasa, sifat, pandangan dan tindakan, wawasan, kehidupan dan kematian.

Allah s.w.t. memberi manusia panduan melalui surat Qaaf ayat 6-11:



A006
A007
A008
A009
A010
A011



“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?

(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).

Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;

Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;

(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).”

Tetapi manusia cacat seperti dajal melari dan menyorok MH370. Bagi manusia normal memahami dan tidak sukar menafsir tabiat mereka kerana Allah s.w.t. memberinya pengetahuaan dan akal berfikir. Golongan cacat dikenali sebagai golongan OKU. Kenapa mereka OKU? Kerana:

  1. Allah s.w.t. memberi mereka mata tetapi buta. Mereka buta kerana tidak nampak kebenaran kerana pandangan mata zahirnya diselaputi mamai katarak, menjadikan ia mamai di malam hari. Kemamaian tersebut bukan hanya berlaku pada malam hari tetapi terbawa-bawa kepada siang hari, sehingga panas mantari waktu Zohor pun masih mamai lagi. Kemamaian tersebut berterusan seperti bersifat inifiniti.

  1. Allah s.w.t. memberi mereka akal tetapi cacat. Mereka cacat terencat kerana akalnya telah sewel tidak dapat menilai antara dajal, penipuan, menunjuk kebodohan diri, meludah ke langit terkena muka sendiri dan terkencing berak dalam seluar kerana seronok dalam khayalan fatamorgananya. Mereka berlanjutan dibuai ilusi, bisikan-bisikan dan mimpi-mimpi gangguan.

  1. Allah s.w.t. memberi mereka telinga tetapi pekak. Mereka pekak kerana berkomplot dengan dajal, enggan menerima nasihat hikmah, suka membuncitkan perut dan tidak mesra nyawa insan. Kepekakannya itu bukan sahaja terkena pada tubuh batang si pekak tetapi turut tempias kepada pengemis-pengemis yang berhijrah ke sini yang dikendalikan oleh cicit kepada dajal.

Benarlah firman Allah s.w.t. berkaitan golongan-golongan yang dimurkai itu melalui surat Qaaf ayat 36-37. Allah s.w.t. menerangkan:




A036
A037



“Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?

Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.”


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )