Perancangan rapi, tetapi cacat di
sana sini, sukar diyakini kerana sehingga kini ( ketika catatan ini diutarakan
) pencarian MH370 walau secebis semut pun belum ditemui. Dajal memiliki rangkaian,
melari dan menyorok. Maknanya, penumpang-penumpangnya masih hidup. Doakan
mereka selamat dan dibebaskan.
Pada pagi 8 Mac 2014, pihak MAS
mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 hilang kerana tidak mendarat di
destinasi yang di tuju, Beijing. Kenyataan dikeluarkan selepas berlalunya 6
jam. Sehingga catatan ini, ramai terpinga-pinga kerana sumber-sumber yang tepat
sukar menjelaskan seperti:
i. Siapa dajalnya.
ii. Bagaimana perancang melakukannya.
iii. Kenapa pilih MAS.
iv. Di mana pesawat MH370 sekarang.
v. Apa motifnya.
vi. Yang penting Si Luncai terjun dengan
labu-labunya. Biarkan! Biarkan!
Terlajak perahu boleh di undur,
terlajak perbuatan dan tindakan pulihkan semula
dan bebaskan penumpang-penumpang MH370. Sebelum lakunan-lakunan dajal
dibocorkan.
No comments:
Post a Comment