Haiwan adalah makhluk yang
bernyawa. Pelbagai jenis haiwan telah diklasifikasikan oleh
pengkaji-pengkaji haiwan sama ada haiwan
jenis: karnivor, herbivor, omnivor dan sebagainya atau mamalia, reptilia,
amfibia dan kuman menurut kelas-kelasnya, pemakanannya, tabiatnya dan kawasan
persekitaranya. Daripada sebesar-besar haiwan sehingglah sehalus-halusnya.
Haiwan adalah makhluk yang bebas,
tidak terkongkong, sama ada terbang di udara, bergerak di daratan, hidup di dalam tanah, atau menyelam
di dalam air kerana ia bergerak di kawasan habitatnya. Ia tidak akan pergi jauh
kerana sifatnya dan memahami tentang keadaannya. Ia faham persekitaranya, ia kenal
dunianya, ia tahu kedudukannya, ia tidak akan melampaui batas dari segi
keupayaan dan kemampuannya. Ia faham situasinya, ia tahu kehidupannya dan cara
mengatasinya. Ia hanya berhijrah jika kawasanya diceroboh atau berlaku bencana
alam.
Manusia juga dikenali sebagai
haiwan. Haiwan yang berakal dan boleh berkata-kata. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai Al-Hayawanun al-Natiq. Haiwan natiq. Ia faham bahawa perlakuannya diawasi oleh
CCTV, ia tahu tindakanya diperhatikan, ia tahu risiko sesuatu perbuatan yang ia lakukan. Ia faham dirinya. Walaupun perlakuannya diawasi ia tetap juga melakukan dajal kerana
beranggapan bahawa haiwan natiq lain sakit otak, buta, pekak, bisu, pekak dan bisu, kecacatan kekal. Ia berbuat
sedemikian walaupun haiwan-haiwan tersebut memahami dan faham perlakuan nakalnya cacat itu, tetap ia buat juga.
Mengapa
sifatnya begitu kerana ia faham tentang sifat-sifat golongan tersebut?:-
- Sakit otak
Haiwan sakit
otak sifatnya sukar memikir, akalnya terencat, dungu. Sakit otak itu
kadang kala disebabkan oleh sifat semula jadi atau terencat, tekanan, masalah
hidup. Haiwan ini tidak peka dengan persekitaran, selamba, tiada kerisauan dan hidup dengan dunianya dan kadang-kadang bersifat ligat. Gerak hatinya
pasif, tidak terurus, perlu kepada khidmat, ikut-ikutan dan seperti
kebudak-budakan.
- Buta
Haiwan buta
sifatnya sukar melihat melalui pancaran matanya. Buta itu kadang
kala disebabkan oleh sifat semula jadi atau rabun, katarak, masalah kornea. Tetapi haiwan
ini peka melalui pendengaran, akal, perasaan dan peka dengan keadaan. Gerak hatinya
kuat menyatakan sesuatu persoalan dan jawapannya adalah tepat walaupun dalam
keadaan samar-samar.
- Pekak
Haiwan pekak
sifatnya sukar mendengar melalui cuping telinganya. Pekak itu kadang kala disebabkan oleh sifat semula
jadi atau gegendang telinganya pecah, rosak, tersumbat, pendengarannya tidak
jelas. Tetapi haiwan
ini peka melalui penglihatan, isyarat, penulisan, akal dan perasaan. Penglihatanya
sensitif, dan gerak hatinya kuat menyatakan sesuatu persoalan dan jawapannya
adalah tepat walaupun dalam keadaan samar-samar.
- Bisu
Haiwan bisu
sifatnya sukar bercakap melalui bibir mulutnya. Ia hanya mampun menggerakkan
bibirnya tanpa difahami. Bisu itu kadang
kala disebabkan oleh sifat semula jadi atau lelangitnya pendek, sukar bercakap,
tersekat, lidahnya cacat, masalah percakapan. Tetapi haiwan
ini peka melalui penglihatan, bunyi, pendengaran, akal, perasaan dan memahami
isyarat setelah melalui pembelajaraan. Gerak hati kuat dan
penglihatannya menyatakan sesuatu persoalan dan jawapannya adalah tepat.
- Pekak Dan Bisu
Haiwan pekak dan
bisu sifatnya sukar mendengar dan bercakap sama ada melalui telinga atau
mulutnya. Pekak dan bisu itu
kadang kala disebabkan oleh sifat semula jadi dan kebiasanya kedua-dua sifat
itu beriringan sejak lahir, memang sifatnya begitu. Tetapi haiwan
ini peka melalui penglihatan, isyarat, akal dan perasaan. Gerak hatinya
kuat dan penglihatannya sensitif menyatakan sesuatu persoalan dan jawapannya
adalah tepat.
- Kecacatan Kekal
Haiwan kecacatan kekal disebabkan oleh semula jadi
atau cacat kekal yang mendatang akibat daripada kemalangan. Kecacatan kekal itu kadang kala disebabkan oleh penyakit
yang sedia ada menyerang mengejut atau tiba-tiba menimpa dirinya disebabkan
oleh persekitaran dan perubahan cuaca. Tetapi haiwan ini peka melalui penglihatan,
isyarat, akal dan perasaan, jika perkara tersebut tidak menimpa dirinya. Ia sensitif
dalam isu yang melibatkan peribadinya. Yang penting ia bukan kecacatan kekal
yang melibatkan sakit otak. Sesuatu persoalan dan jawapannya adalah tepat
kerana ia berhati-hati dalam kata-katanya.
Jika seorang mengalami satu atau
lebih daripada perkara di atas ia boleh datang ke hospital atau klinik untuk
mendapatkan rawatan perubatan kerana ia terencat, terbantut dan cacat. Ia boleh mendaftarkan diri dengan Jabatan
kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan kad atau gelaran:
- OKU - orang kurang upaya ( perlu pengesahan JKM ).
atau
- OKU - orang kekal upaya ( tidak perlu pengesahan JKM ).
Antara contoh OKU:-
- Dajal melari dan menyorok MH370.
- Dajal mengaburi isu MH370.
- Dajal memaling-malingkan isu MH370.
- Dajal lenyapkan radar dan satelit isu MH370.
- Dajal rancang masa depan isu MH370.
Tuan/puan boleh menyeneraikan
golongan OKU menurut prespektif tersebut dan perakuan ditentukan oleh JKM yang
penting surat pengesahan daripada doktor, ya.
No comments:
Post a Comment