Sunday, 6 July 2014

KANAK-KANAK PERGUNUNGAN TO-AP



Gambar ilustrasi sahaja
Lima kanak-kanak dilapor hilang dari perkampungan kawasan pergunungan To-ap yang hanya ditemui rangkanya selepas 11 tahun 6 bulan.


KOREA  SELATAN pernah mengalami kehilangan 5 kanak-kanak dari kampong To-ap yang bermain-main di kawasan gunung To-ap. Kehilang kelima-lima kanak-kanak tersebut direkodkan pada 5 Mac 1991. Kehilangan tersebut disedari apabila kelima-lima kanak-kanak tersebut tidak balik ke rumah masing-masing daripada pagi hari hingga kepada larut malam pada hari kejadian. Kerisauan ibu bapa terbabit yang amat sangat,  runsing, telah membawa ibu bapa kepada kelima-lima kanak-kanak tersebut membuat laporan Polis tentang kehilangan anak-anak mereka. Keesokan harinya ( hari ketiga ) pihak berkuasa telah mengarahkan pencarian kanak-kanak yang hilang itu. Peristiwa tersebut berlaku beberapa hari sebelum pengundian peringkat tempatan  untuk memilih wakil. Kebetulan pada hari kejadian adalah cuti sekolah dan ramai ibu bapa tidak turun bekerja.

Kanak-kanak apabila  bertemu dengan kawan-kawan atau rakan-rakan sebayanya, walaupun baharu beberapa minit berjumpa dan berkenalan; keriangan, permainan, seronok, dan nasihat ibu bapa seperti tidak diendahkan lagi kerana asyik dengan sifat kekanak-kanakan mereka. Jika dipelawa makan atau minum, ia lebih memilih untuk bermain lagi kerana sifatnya suka kepada keceriaan, gembira dan cerdas.



Pada hari pencarian, anggota keselamatan dan penduduk kampong telah berganding bahu melakukan pencarian  bukan sahaja di kawasan perumahan, kampong, tasik, hutan belukar, bukit bukau, gunung-ganang tetapi sehingga kepada menyelongkar lori sampah yang lalu di kawasan tersebut. Dianggarkan semasa dalam pencarian itu pihak keselamatan dan orang kampong yang terlibat seramai 300,000 orang. Tetapi pencarian tidak mendatangkan hasil, hambar.

Pelbagai teori dan kaedah pencarian dilakukan namun hasilnya kosong. Kesan-kesan, petunjuk dan maklumat daripada orang kampong tidak dapat mengesahkan kedudukan terakhir kanak-kanak tersebut, kerana semasa mereka keluar dari rumah sebahagian ibu bapa tinggal duduk di rumah. Mereka pula tidak memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing hendak ke mana, buat apa, kawasan permainan dan tempat yang dituju.

Tiga tahun selepas  kehilangan tersebut, beberapa cubaan untuk merungkai kehilangan tersebut dilakukan sehingga melibatkan seorang profesor matematik membuat culaan, telaahan dan pengiraan  secara saintifik menurut perkiraan matematik, jangkaan dan saat pergerakan sesuatu objek berlaku.  Teori profesor itu pula diangkat sokong oleh seorang penerbit yang sedang meningkat naik namanya dalam dunia penerbitan. Setelah beberapa percubaan untuk penyiasatan semula diadakan berdasarkan maklumat terbaru, impirikal dan analisis terkini.

Di antara  percubaan tersebut mengaitkan suspek utama yang dikaitkan dengan kehilangan 5 kanak-kanak tersebut adalah ibu bapa kepada salah seorang daripada lima kanak-kanak tersebut. Keadaannya memang sukar kerana untuk  membuktikan seseorang itu terbabit tidaklah semudah diperkatakan, membuat tuduhan, andaian, jangkaan, dan mensabitkan kepada seseorang itu terlibat secara nyata dengan peristiwa tersebut.

Apabila dilakukan siasatan semula, kertas siasatan dibuka semula dan ditetapkan siasataan, jangka masa, tempat siasatan, suspek utama dikenalpasti namun tetap tidak juga mendatangkan hasil.  Sebab utamanya kerana kes tersebut telahu melalui tiga tahun. Pihak  yang terlibat membuat tuduhan dan andaian kepada suspek telah kehilangan reputasi  dan pekerjaan sehingga yang meminta siasatan semula diadakan bercerai berai. Mereka adalah profesor matematik dan penerbit yang sedang menempah nama.

Masa terus berlalu, selepas 11 tahun 6 bulan, pada September 2002, kawasan perkampungan To-ap termasuk sekitarnya, bukit-bukau dan gunung-ganangnya telah dilanda taufan selama dua hari berturut-turut. Kesan daripada taufan tersebut hujan lebat telah turun mencurah-curah di kawasan perkampungan To-ap dengan membawa bersamanya banjir lumpur, menebangkan pokok-pokok, menghakis tanah-tanah bukit dan aliran air memenuhi sungai dan perparitan.

Selepas taufan redah, orang ramai menjalankan aktiviti perekonomian masing-masing seperti biasa. Beberapa orang telah mendaki bukit To-ap untuk mencari buah-buahan dan salah seorang daripada pendaki tersebut telah tersepak/ terpandang rangka tulang manusia. Maka heboh seluruh Kampong To-ap tentang penemuan tulang-belulang tersebut.

Setelah melalui analisis makmal dan bukti-bukti dikumpulkan; pakaian, jenis rangka,   alatan dan benda-benda yang boleh dijadikan pengecaman. Maka, pada 12 November 2002 setelah berlalunya tempoh yang begitu lama akhirnya diisytiharkan bahawa rangka-rangka yang ditemui di Bukit To-ap itu adalah sepadan dengan lima kanak-kanak yang hilang 11 tahun yang lalu.

Yang menjadi misterinya ialah kawasan yang ditemui rangka-rangka tersebut selepas 11 tahun 6 bulan berlalu adalah dan telah dilalui dalam kawasan pencarian oleh 300,00 orang  di samping dibantu bersama oleh anjing-anjing pengesan  tetapi tidak menemuinya ketika itu.  Setelah Allah s.w.t. menghantar angin taufan untuk tempoh dua hari tanpa henti-hentinya baharulah rahsia  tersebut terbongkar dengan suspek utama salah seorang bapa kepada 5 kanak-kanak yang hilang itu  telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat sakit barah.

Persoalanya ialah, siapakah sebenarnya dajal yang menyebabkan kehilangan dan kematian kanak-kanak yang tidak berdosa itu? Apakah kaitannya dengan suspek salah seorang daripada bapa kepada kanak-kanak tersebut? Mari kita ikuti kisahnya untuk dimuktamadkan.


Sumber: Filem Children, Siaran Astro  saluran FX HD 726


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )