Gula adalah benda manis. Suatu benda yang bersifat manis sama ada terhasil daripada bahan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau campuran pelbagai jenis tumbuhan, buahan atau bahan-bahan kimia yang telah melalui proses. Ia juga boleh didapati daripada pelbagai jenis debunga. Bagi lebah, disedut dan terhasil daripadanya benda berkhasiat yang dikenali sebagai madu. Sedikit gula dihasilkan melalui makanan laut.
Gula-gula umum memahaminya sebagai makanan ringan yang diminati oleh kanak-kanak dan golongan remaja. Ia adalah senaman kepada mulut. Gula-gula mempunyai beberapa pengertian bagi menjelaskan maksudnya menurut konteks penggunaan ayat oleh seseorang. Ini tidak bermaksud menafikan pengertian gulu-gula itu menurut konteks asalnya, makanan ringan, untuk senaman mulut.
Di sana ada beberapa pengertian lain berkaitan gula-gula itu, sama ada kita perasan atau tidak, kita mengambil iktibar daripadanya atau tidak, kita terjebak dalam kemelut yang kita cipta sendiri atau tidak, dan/atau melalui perancangan-perancangan teliti yang dilakukan oleh perancang-perancang dajal untuk melakukan kedajalan diri dan masyarakat secara amnya. Mereka berada di sekeliling kita, pada waktu yang ditetapkan, dipautkan oleh sesuatu, mungkin merancang dari luar tingkap atau dari dalam pejabat yang mereka tahu rahsia-rahsia sulit.
Ringkasnya ada beberapa pengertian: gula-gula itu, antaranya adalah:
1. Gula-gula di makan sebagai perasa lidah.
2. Gula-gula penyegar dan senaman mulut tetapi risikonya memudaratkan gigi.
3. Gula-gula menunjukkan banyaknya gula.
4. Gula-gula sebagai umpan menjinakkan atau bahasa mempersonakan.
5. Gula-gula isyarat tentang ada sesuatu maksud yang tersirat.
Menelusuri penggunaan istilah gula dan digandakan menjadi gula-gula, adalah wajar dijelaskan perkara tersebut supaya nyata dan pasti penggunaannya supaya mudah difahami. Dalam dunia yang serba-serbinya memerlukan keagresifan untuk menangani sesuatu isu, kerana, penghuni-penghuninya juga cerdik menggunakan diplomasi mengelirukan manusia yang mudah keliru, tergula-gula, dengan merangkaikan sesuatu isu dengan isu yang lain, mempergunakan intrumen-intrumen yang boleh dipergunakan, mengaitkan sesuatu isu dengan isu yang tidak terperasan, maka, gula-gula wajar diserapkan dalam minda individu yang sibuk dalam perkara-perkara yang remeh kerana isu yang besar telah dihijabkan oleh golongan dajal.
Tanda-tanda dajal ialah ia ingin memenangi sesuatu dengan merancang sesuatu; untuk mendapatkan sesuatu, ia wajar menggunakan individu yang bermasalah untuk dipergunakan, dan bagi menjustifikasikan matlamat itu, ia akan dipautkan dengan pelbagai rangakaian yang seolah-olahnya mendokongnya tetapi sebenarnya masing-masing ada kepentingan di sana. Ibarat bertukar-tukar cenderamata, beri-memberi, bertukar-ganti, bertukar barang, dan/atau dalam bahasa perdagangan: ‘barter trade’.
Bila melibatkan negara bangsa ia perlu berhati-hati, ia bukan hanya bertukar ganti barangan, tetapi untuk melihat kehebatan manusia berjiwa besar, kena berhati-hati, bukan kerana puji-pujian, terhijab sesuatu di belakangnya.
Banyak kaedah yang boleh dimanfaatkan untuk melepaskan diri daripada kedajalan golongan yang mendajal. Antaranya; melalui berterus terang, membina rangkaian, memperbanyakkan rangkaian dan merangkaikan semua daripada yang kuat sehinggalah yang kuli. Ahli politik kena cerdik.
Berikut adalah antara pengertian gula-gula:-
1. Gula-gula di makan sebagai perasa lidah
Kebiasaannya kanak-kanak atau anak-anak gadis remaja suka makan gula-gula. Pelbagai rasa perisa dan jenisnya menjadi suatu tarikan kepada golongan tersebut, memakannya. Masalah kerosakan gigi, itu menjadi persoalan kedua. Yang penting kegemaran dan kesukaan kepadanya. Sebagai suatu jualan yang ada nilai komersial maka pelbagai bentuk, saiz, warna-warni dan jenis dijual di pasaran. Modalnya kecil tetapi pulangnya lumayan.
2. Gula-gula penyegar dan senaman mulut tetapi risikonya memudaratkan gigi
Gula-gula dimakan bagi aktiviti mulut. Kanak-kanak yang cerdas, aktif dan berkeyakinan suka makan gula-gula, dikunyah sambil bersembang dengan kawan-kawan. Kadang-kadang kawan-kawan menyapanya: “Engkau makan apa, minta sebiji, barulah segar mulut”. “Wah! Nampak ceria selalu, apa rahsianya.” Lalu kawan-kawan menunjukkan bungkusan gula-gula. Masalanya ialah, jika gigi tidak dijaga, boleh memudaratkan, kerana bahan manisan tertinggal dan terperam dicelah-celah gigi, membantu bakteri mempercepatkan kerosakannya. Berhati-hati dengan memakan gula-gula, terutamnya coklat dan biskut.
3. Gula-gula menunjukkan banyaknya gula
Ia adalah penggandaan ayat yang menunjukkan bahawa banyaknya gula. Seperti contoh ayat: Gula di dalam almari. Gula-gula di dalam almari. Maksudnya banyak gula di dalam almari berbungkus-bungkus. Jika silap sebut, maknanya makanan ringan yang manis.
4. Gula-gula sebagai umpan menjinakkan atau bahasa mempersonakan
Ibu bapa akan menggunakan kehendak selera anaknya jika menemui kegusaran dalam menangani sesuatu isu. Tujuannya untuk meleka-lekakan anak, membuai-buainya, membisik-bisik sesuatu yang muluk-muluk, menarik perasaan hatinya dan memaling-maling sesuatu perkara kepada perkara lain. Kadang-kadang yang tidak menariknya, golongan dajal menggunakan kaedah modus-operandi tersebut untuk melakukan kedajalan bagi meleka dan melalaikan penerimanya melalui suatu ‘perantaraan’ yang dilakukan tanpa disedari oleh penerimanya. Kadang-kadang penerima itu menjadi pembela kedajalan yang dilakukan oleh dajal. Kerana ia telah terjebak di dalamnya. Ia adalah suatu kisah yang menarik untuk dibicarakan.
5. Gula-gula isyarat tentang ada sesuatu maksud yang tersirat
Untuk merai sesuatu yang sukar dirungkai, petuanya; bawa bersiar-siar, makan bersama.
No comments:
Post a Comment