Tuesday, 21 October 2014

MH370 MELAMBAI-LAMBAI


Lautan Hindi melambai-lambai duit ringgit Malaysia. Sebagai pelarasan ditukar nilai duit ringgit itu kepada nilai USD (dolar Amerika). Pertukaran nilai mata wang itu berlaku kerana Lautan Hindi melambai-lambai kepada mereka yang faham lambaiannya kerana di situ ada jin yang suka menyedut-nyedut terutamanya yang bernama MH370. Untuk mengeluarkan MH370 itu, terpaksa melalui jin-jin penunggu yang mewajibkan membayar tol dan caj penyimpanan (parkir) kerana jika ingin melihat MH370 terapung-apung di atas lautan. Bayaran dan caj itu pula dikenakan ketika masuk dan keluar. Berapa jumlah keseluruhan bayaran dan caj-caj yang dikenakan dan diskaun yang diberikan hendaklah berurusan dengan jin-jin itu.

Maka golongan-golongan dungu tertumpu akalnya ke arah jin-jin yang bermastautin di Lautan Hindi, meneropong dan terkedip-kedip, manakala yang juling-julingan sukar dipastikan agakan matanya ke arah mana tumpuannya.

Hari ini pencarian MH370 diteruskan setelah tergendala kerana gara-gara MH17 ditembak, pertempuran di Donetsk, peperangan 52 hari Israel-Gaza Palestin, peperangan di wilayah Daulah Islamiyah, dan kes Ebola di Sierra Leone, Liberia dan Guinea mematuk kawasan-kawasan yang dikehendakinya, sebagaimana diberitakan bahawa: 'manusia mudah lupa, pencarian yang tertangguh dan kerja-kerja yang belum selesai'.

Kadang-kadang kita mendengar iklan: 'jangan ke mana-mana nantikan rancangan ini selepas iklan'. Atau 'harap maaf rancangan tergendala sebentar'. Begitulah kaedah pencarian MH370.

Walau bagamimanapun, kerja-kerja pencarian itu seperti terbantut kerana Amerika syarikat dan Australia sibuk menghadapi ISIL yang telah ditutup aktivitinya dan ditukar namanya kepada KDI.

Mungkah ada persamaan antara pencarian MH370 yang belum dilabuhkan di Lautan Hindi kerana jin-jin yang mengawalnya mengenakan tol dan caj bayaran parkir yang tinggi. Semua itu memerlukan bajet yang besar.

Jika saya mengetuai operasi pencarian MH370 yang disedut oleh jin Lautan Hindi itu, ada tiga kaedah yang digunakan supaya bajet pencarian tidak terhalang dan selesa dalam pencarian nanti, iaitu:-


1. Mengecilkan jawatan lantikan politik dan menyelaraskan perjawatan yang bertindih.

2. Memanggil semula duit-duit hitam dan memuktamadkan harta-harta rampasan.

3. Memberi pelepasan cukai kepada penderma-penderma dan menambah perbelanjaan luar jangka.


Ataukah Amerika Syarikat dan Australia tersekat kerana berperang melawan ISIL yang tidak wujud? Barangkali kerana nama ISIL telah dihapus musnahkan pada 29 Jun 2014.

Tahun 2014 adalah tahun pembebasan. Crimea bebas daripada Ukraine. Luhansk ingin bebas daripada Ukraine. Donetsk juga ingin bebas daripada Ukarine. Scotland ingin bebas dari British. Catalonia ingin bebas daripada Sepanyol. Iraq pula seperdua negara itu telah bebas. Syria juga seperdua negara tersebut telah dibebaskan. Iraq dan Syria telah membentuk wilayah Daulah Islamiyah. Yaman ingin bebas daripada pemerintahan Ali Abdullah Saleh dengan penggantinya Abdrabuh Mansour Hadi. Libya masih bertempur untuk pembebasan. Indonesia mendapat presiden baru daripada SBY kepada Jokowi. Pemilihan Presiden Brazil belum ada keputusannya sama ada presiden dari Parti Buruh, Dilma Rousseff dapat mengekalkan jawatannya? Sierra Leone, Liberia, Guinea berhempas pulas ingin bebas daripada Ebola. Peter Edward Kissig masih melambai-lambai.

Pada keseluruhannya tahun 2014 adalah tahun pembebasan dan berketuakan yang baru. Cuma yang sukar mencari penyelesaiannya, masalah pada ketika ini adalah MH370 kerana ia ditindih oleh jin-jin, sehingga lambaian-lambaian mereka terhadang daripada penglihatan kecuali dirasai oleh insan-insan mulia.

Persoalanya, adakah MH370 akan dibebaskan sebelum akhir tahun 2014, iaitu pada 31 Disember 2014, sebelum pukul 11.59 malam? Agak-agaknya bolehkah?

Jika tidak dibebasakan atau belum dapat ditimbulkan kerana ditindih oleh jin-jin, maka jangan harap pakatan bersekutu pimpinan Amerika Syarikat boleh memenangai peperangan menentang ISIL seperti yang digunakan oleh akhbar-akhbar dan media massa antarabangsa. Kerana mangsa-mangsa teraniaya makbul doanya, manakala ISIL telah dimansuhkan.

Ataukah dilanjutkan tempoh pencarian itu kerana duit-duit ringgit kukuh dipasaran dan kerana ada tanda-tanda ekonomi dunia akan suram sebab itu harga pasaran minyak dunia yang diniagakan turun harganya. Bahkan Arab Saudi menyatakan ia tidak akan mengurangkan keluaran eksport minyaknya, berbanding dengan harga minyak domestik telah dinaikkan termasuk Indonesia melalui presiden barunya ada ura-ura akan menaikkan harga minyak di negara tersebut.

Amat penting, MH370 melambai-lambai mohon digamit, walaupun sukar menyelesaikan permainan orang dewasa main sorok-sorok.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )