Saturday, 30 August 2014

RTM: DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA



Thursday, 21 August 2014


RTM TV NASIONAL


RTM: Warisan negara sempena mengingati hari kemerdekaan. Mengilap semula potensinya.

RTM adalah ringkasan dari Radio dan Televisyen Malaysia. Operasinya di Bukit Putra, Kuala Lumpur, dikenali sebagai Angkasapuri, di kawasan Pantai, saya pernah dua kali menjejaki kaki di sana pada tahun 1985 dan tahun 1993. Mengambil sempena nama tersebut maka wujudlah nama: Parlimen Pantai, dan wujudlah juga nama: Perkim Pantai yang tuan puan tatapi sekarang. RTM diwujudkan oleh golongan ikhlas untuk menjulang martabat umat setanding dengan badan-badan penyiaran antarabangsa yang ada pada hari itu supaya dasar-dasar kerajaan dapat dipancarkan terus kepada rakyat. Menjiwainya dan memandang dengar dengan mata kepalanya sendiri. Semoga Allah merahmati golongan-golongan yang suatu ketika dahulu memercu kegemilangannya untuk Islam. Didik kasih kepada Perdana Menteri yang telah mendahului kita, iaitu; Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein On. Al-Fatihah.

RTM pada tahun 70an dan 80an amat dikenali dan senentiasa ditunggu-tunggu siarannya oleh orang kampong terutamanya tentang siaran-siaran yang mereka minati, antaranya; filem Melayu, luar negara, Hindustan, berita dunia dan kanak-kanak pula suka kepada cerita-cerita fiksyen - kartun. Berita luar negara yang digemari dan senentiasa ditunggu-tunggu melibatkan negara Palestin yang dikeroyok oleh golongan kuffar. Sehingga hari ini aksi-aksi mereka mengepung Palestin, berkomplot masih aktif di sana. Ketika itu siaran TV adalah hitam putih.


Perubahan mengubah persepsi hidup

Apabila siaran TV berubah daripada TV hitam putih kepada TV berwarna, maka peningkatan penontonnya juga turut meningkat dan pengunjung-pengunjung pawangan-pawagan semakin menurun. Video-video berkembang pesat cetakan keluarannya. RTM badan penyiaran turut berkembang. Selepas itu wujudlah permohonan lesen baru yang dilesenkan atas nama TV3. Apabila dua siaran ke udara serentak dan dalam masa yang sama keluarga serumah hanya memiliki sebuah TV, citarasa selera menonton pula berbeza-beza, maka yang abang akan memenangi untuk dipusingkan pemancar siaran TVnya, menetapkan siaran yang dikehendakinya.

Keistimewaan RTM pada ketika itu, ia memiliki kuasa ‘de facto’ ke atas pengeluaran lesen-lesen penyiaran, walaupun pada ketika itu tiada pesaing RTM. Ia adalah pemilik tunggal.

Walau bagaimanapun teknologi dunia berkembang. Duit terpampang di hadapan mata.


Agensi kerajaan cemerlang merudum dipukau dajal

Pemilik tunggal itu maksudnya memonopoli sesuatu perniagaan yang telah dipatenkan kepadanya oleh pihak penguasa. Jika hendak berniaga perkara yang sama hendaklah berunding dengan pemilik tunggal kerana lesen itu telah menjadi hak mutlak baginya. Pemilik tunggal itu pula, bukan jenis perniagaan khusus lesen sementara, bukan jenis perniagaan bergerak ke sana sini jualan langsung, bukan jenis pernigaan tetap peruncitan, bukan pula jenis perniagaan trading enterprise, bukan juga jenis perniagaan sendirian berhad atau jenis perniagaan berhad. Tetapi pemilik tunggal itu milik negara, kerajaan.

Pemilik-pemilik tunggal yang telah dikhaskan oleh kerajaan, sewajarnya berkembang maju, berinovasi, proaktif dan setanding dengan negara-negara atau badan yang aktif mengusahakan perniagaan tersebut, kerana ia adalah badan rasmi kerajaan, disokong sepenuhnya seratus peratus oleh kerajaan, sumber dananya dari kerajaan dan pegawai-pegawainya juga penjawat-penjawat awam kerajaan. Mercu negara. Penanda aras kerajaan. Hak mutlak negara. Semua sumber termasuk pemikir-pemikir, perancang-perancang cemerlang dan tersohor berada dalam penguasaan agensi kerajaan. Anak-anak watan apabila dipanggil membantu menjayakan sesuatu projek kerajaan akan bersegera dengan semangat membara menyahut panggilan tersebut kerana cintanya kepada negara, Malaysia.


RTM dipimpin oleh menteri yang berhormat berinovasi melangit

Pada suatu peringkat RTM dipantau oleh seorang menteri dengan pegawai-pegawai yang cerdik-cerdik beribu-ribu orang daripada pelbagai peringkat bertugas di sana. Dengan struktur pentadbirannya kukuh, RTM sewajarnya telah distrukturkan semula, dinaik taraf, dilebarbesarkan agensi-agensi dan jabatan-jabatannya, dinilai semula konsep penyiarannya, kursus-kursus wajib diwujudkan untuk mengembangkan potensinya, supaya akan ramai lahir daripadanya produksi-produksi, penerbit-penerbit, juru kamera-juru kamera, krew-krew, pelakun-pelakun, pemberita-pemberita dan koresponden-koresponden dalam dan luar negara yang berwibawa menjadi duta-dutanya dan sekaligus mewakili suara negara, Malaysia.

Filem-filem pula boleh di sewabeli daripada negara-negara luar di samping mengutamakan penayangan hasil-hasil karya penerbit-penerbit tempatan, berunsur budaya setempat, pemudahcara kepada cara-cara pembikinan filem, drama dan dokumentari, memperbanyakkan siaran kehidupan masyarakat dari segi realitinya, menolak cerita-cerita tahyul dan rekaan khayalan merosak akhlak masyarakat, menghadirkan pemikir-pemikir Islam membantu mengelokkan penghasilan karya dan penapisan filem-filem bagi mengurangkan cerita-cerita ilusi khayalan menguasai pasaran perfileman negara.

Merangkaikan siaran-siaran langsung antarabangsa dengan RTM yang akhirnya menjulang konsep Malaysia yang hendak ditonjolkan dalam bidang penyiaran nanti bertaraf dunia (walaupun sebenarnya kita memang hidup di dunia). Jika wajar diwujudkan 5,000 saluran sebagai merai hari kemerdekaan yang ke-57. Sebagai menyokong penuh dan meraikan kehadiran lebih 5,000 pegawai-pegawai awam memeriahkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen mengibar serta mempamirkan Jalur Gemilang 2014 di Dataran Putrajaya, pada 18 Ogos 2014 (Isnin), yang dilancarkan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Maka, dengan itu menyatakan kedewasaannya, menjelaskan matlamatnya, membuktikan keunggulannya dan itulah dia cita-cita memartabkan bangsanya. Visi dan misinya. Anak jantan yang mengetuai badan penyiaran itu mesti buktikan bahawa RTM boleh, Malaysia lagilah boleh.

Penyusunan penstrukturan wajar dilakukan sebagaimana agensi-agensi lain berkembang seperti Polis, Imigresen, Kastam, LHDN dan tentera.


Antara pemilik-pemilik tunggal aset-aset negara

Ada beberapa pemilik tunggal di negara kita yang kerajaan telah tetapkan untuk memiliki ‘de facto’ ini, seperti lesen yang diberikan secara mutlak kepada RTM. Pada ketika ini, antara nama-nama pemilik tunggal tersebut, nama-nama terkini mereka, adalah:-


RTM: Radio dan Televisyen Malaysia.
MAS: Sistem Penerbangan Malaysia.
TNB: Tenaga Nasional Berhad.
TMB: Telekom Malaysia Berhad.
KTMB: Keretapi Tanah Melayu Berhad.


RTM mesti berkembang sejajar dengan penyiaran antarabangsa

Apabila teknologi dunia berkembang, lesen pemilik tunggal sewajarnya juga berkembang; mengeluarkan lesen-lesen, sama ada untuk tujuan pengembangannya, pertambahan operasinya, perstrukturan agensi-agensi dan jabatan-jabatannya, mempertingkatkan kualitinya, mencari ruang dan peluang-peluang baru dalam dan luar negara, menambah baik dan menaik taraf kapasiti-kapasiti yang sewajarnya dilakukan olehnya. Membuktikan bahawa tanah air tanah tumpah darahku. RTM untuk semua.

Jika dalam bidang perniagaan diistilahkan sebagai anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat berhad, subsidiarinya di bawah satu pengawasan induk, yang lesennya dikeluarkan olehnya.

Sebagai contoh; sepatutnya RTM telah memiliki rangkaian penyiaran antarabangsa dengan koresponden-korespondennya berada dilokasi-lokasi seperti Palestin, Syria, Iraq, Libya, Mesir, Ukraine, Liberia dan di serata dunia, yang mereka beraksi di sana dan menyiarkan secara langsung berita-berita kejadian terkini untuk maklumat penduduk Malaysia, berjumlah 30 juta itu di samping perkembangan-perkembangannya dapat diikuti oleh warga luar yang berada di negara ini dengan jumlah jutaan orang juga. Bagi memudahkan mereka menekan punat siaran RTM yang mereka percayai dan yakini kredibilitinya berbanding siaran oleh penyiaran luar, untuk merai sokongan pendapat umum atau masyarakat di negara mereka.


Maklumat yang dipaling-palingkan untuk digula-gulakan kepada umum

Contoh penyiaran dipersoalkan, yang difokuskan di utara Iraq, kononnya penduduknya berlarian kerana disembelih oleh pejuang-pejuang Khalifah Islamiyah yang hebat itu, daripada kaum Yazidis mencari perlindungan di kawasan bukit-bukau atau pergunungan Sinjar:-


  1. Beberapa kerat pelarian-pelarian (untuk menunjukkan ramainya mereka) membawa tilam bantal dengan memimpin anak kecilnya tetapi orang ramai yang berada di sekitarnya melihat telatahnya.
  1. Pelaraian-pelarian berbaris melalui jambatan tidak lebih 50 orang dengan berjalan berlenggang-lenggok manakala penumpang-penumpang/pemandu kenderaan yang melalui jambatan yang sama menegok perangai mereka.
  1. Pelarian-pelarian berjalan kaki dan sekali-sekala berlari seperti ada mengarahkan mereka berbuat sedemikian, seolah-olah di padang pasir tetapi kenderaan yang berhenti di tepi jalan pemandunya berada di situ memerhati lakunan mereka.

Tuan punya paten, dirai alih oleh tangan-tangan lembut nakal

Persoalan di sini, mengapakah pengeluar-pengeluar lesen pemilik-pemilik tunggal negara itu, seperti bukan lagi pemilik tunggal, berkuasa mengeluarkan lesen dan memansuhkan lesen-lesen yang tidak mematuhi piawaan antarabangsa atau standard negara, sebagaimana SPAD berkuasa mengeluar dan memansuhkan lesen-lesen yang diluluskan oleh Parlimen melalui menteri memberi kuasa kepadanya?


Senario 1:

Pernah suatu ketika dahulu, pemohon lesen penyiaran kerap berulang-alik menemui menteri dan pegawai-pegawai atasan RTM untuk tujuan melobi mendapatkan lesen penyiaran, sehingga satu peringkat mereka yang hendak berurusan diarah oleh pengawal-pengawal meletakkan kenderaan di bawah bukit bangunan Angkasapuri. Maka mendakilah mereka dengan semangat untuk mengharapkan mendapat lesen bernaung di bawah RTM. Bukan menelan RTM.

Tetapi kini keadaan telah berubah, RTM terpaksa berpaut di bawah ASTRO, kerana jika tidak melanggan ASTRO siaran-siaran yang dipancarkan oleh RTM yang gagah hebat dahulu itu, kini, menyakitkan mata memandang siarannya. Kabur. Termasuklah TV3, siaranya juga kabur. Dimanakah silapnya perkara tersebut? Badan penyiaran yang suatu ketika dahulu disegani dan dihormati bukan sahaja pengawal-pengawalnya dihormati tetapi pegawai-pegawainya yang cerdik-cerdik dan ramai menerima anugerah pingat-pingat sebagai pengkhidmat cemerlang memimpin RTM, termasuklah menteri yang berhormat sebagai ketuanya, merudum siarannya?

Adakah itu suatu penunjuk aras bahawa pentadbiran yang diketuai oleh menteri yang berhormat kurang menyegat berbanding dengan konsep penswastaan merai keuntungan duit di sana sini, yang mereka itu mengharapkan sokongan menteri yang berhormat, lebih menyerlah? Dua soalan dengan maksud berbeza.

Walaupun asalnya pemilik tunggal yang menjaminnya adalah kerajaan Malaysia. Bezanya pertukaran pengurusan. Menteri yang mengawasinya adalah orang yang sama.


Senario 2:

Bagaimana negara luar akan respek kepada kita, untuk mengurus aset-aset negara pun terpaksa diswastakan? Dajal merancang dari dalam, kerana para cerdik pandai, anak-anak watan tersembunyi kecerdikan kehebatan mereka, bersifat tawaduk, patuh, taat, senyap, buntu sehingga boleh dipergunakan oleh dajal seperti pesawat MH370 disorok oleh mereka. Amerika Syarikat tidak menganggap negara kita hebat, jika golongan-golongan berkomplot dengan dajal menyorok MH370.

Itu adalah dua contoh gagalnya penswastaan.


Agensi-agensi kerajaan berpotensi difaraid, swastakan

Apabila agensi-agensi kerajaan yang berpotensi difaraidkan, manakala pemilik-pemilik tunggal dipaksa bersaing bukan lagi sebagai perai keuntungan daripada anak-anak syarikat, subsidiari-subsidiarinya dan pelabur-pelabur yang ditentukan olehnya atas persetujuan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak seperti KWSP, kerajaan terlibat secara langsung dengan pelaburannya.

Walau bagaimanapun, agensi-agensi pemilik tunggal itu seperti bersaing dalam perniagaan ‘terikat dan diikat’ dengan syarikat-syarikat yang lesen diberikan olehnya, kerana dajal berperanan di sana, menjadikan RTM tercorot.

Sesungguhnya RTM, di sini lahirnya sebuah cinta.














  
  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )