Posted on Thursday,
January 29 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk
paparan oleh PenjualCendol
Komentar
SHAH ALAM – Sekian
lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul
semula selepas kes membabitkan model Mongolia , Altantuya Shaariibuu
menemui titik noktah.
Bercakap kepada
sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu
menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke
tahap tidak masuk akal.
"Spekulasinya
lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita
sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit
kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia ,” ujarnya.
Pada 2008, Abdul
Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit
Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah
Persekutuan baru-baru ini.
Abdul Razak mengakui
bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut
undang-undang.
Beliau juga dipetik
sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia
maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan
polis.
"Hanya dua
anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud
kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.
Beliau turut
mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti
menyokongnya.
"Masih ada
orang di luar sana
yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai
orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008
dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"
soalnya.
No comments:
Post a Comment