Akan kuikrarkan diriku menjadi bayi suci bersih seperti
anak-anak dilahirkan oleh ibu-ibunya tersayang
Jika aku hidup lagi,
Akan ku peluk orang tersayang seerat-eratnya, akan
kulepaskan rindu-denadam itu kepadanya
Jika aku hidup lagi,
Akan kuserahkan jiwa ragaku untuk berbakti dengan
kerja-kerja kebajikan, membantu golongan susah
Jika aku hidup lagi,
Akan kuceritakan perkara-perkara sebenarnya mengapa aku dihukum
sebegitu.
Jika aku hidup lagi,
Akan kucatatkan cerita-cerita nostalgia semalam tentang
keindahan kehidupan dua alam; alam duni dan alam kubur
Jika aku hidup lagi,
Akan kuingati segala kisah-kisah kehidupa semalam supaya
dapat direkodkan sejarah harmonisnya
Jika aku hidup lagi,
Akan keceritakan tentang dajal-dajal yang suka membunuh
orang-orang yang tidak berdosa
Jika aku hidup lagi,
Akan kukongsi cerita-cerita yang benar untuk dikhabarkan kepada
umatku.
Jika aku hidup lagi,
Akan didengar perkataan yang benar daripada golongan yang
membenarkan
Jika aku hidup lagi,
Akan kutunnjuk muka-muka kedajalan yang suka berselindung dibelakang
tembok
Jika aku hidup lagi,
Akan kuluahkan segala isi hatiku kepada Allah s.w.t. bahawa
aku ingin mati dalam Islam
Jika aku hidup lagi,
Akan kumohon kepada Allah menunjukkan golongan sesat mencari
jalan keluar kepada kebenaran
Akan kubisik-bisikan hidup dan matiku dalam Islam.
Amin.
No comments:
Post a Comment