Thursday, 5 March 2015

DUTA AMERIKA SYARIKAT DI KOERA DICEDERAKAN




Amerika Syarikat di benci oleh umat manusia yang inginkan kedamaian. Mereka tidak mahu dijadikan kambing hitam, dipaksa berbunuh-bunuhan. 

Amerika Syarikat mendajal kemudian ia melemparkan tahi-tahi busuknya kepada negara-negara yang dijadikan sasarannya. Ia baling sesuatu menyembunyikan aksi-aksinya. Ia bukan sahaja dibenci oleh rakyat negara yang inginkan kedamaian tetapi dalam negaranya sendiri pun di Amerika Syarikat inginkan kedamaian.

Sebagai bukti tentang bencinya rakyat  negara yang inginkan kedamaian ialah seperti yang berlaku kepada dutanya di Korea Selatan. Daripada aksi serangan itu walaupun berskala kecil tetapi ia bertujuan untuk membunuh seperti sifatnya mengelar di leher atau kalau istilah kerasnya menyembelih dileher. 

Ingat itu adalah amaran!

Di Semenanjung Korea seluruh dunia mengetahui bahawa negara tersebut akan merujuk kembali dua negara Korea itu untuk disatukan, tetapi Amerika Syarikat berperanan tidak mendamaikan sebaliknya meuar-uarkan mengadakan latihan ketenteraan selama enam minggu untuk menunjukkan bahawa Amerika Syarikat kini terancam di kawasan Asia terutamanya di Timur Jauh yang bersempadan dengan China, Jepun dan Korea.

Negara-negara Asia Tenggara sifatnya ZOPFAN, zon berkecuali, mula dipulas oleh Amerika Syarikat menggunakan alasan pengganasan sebagai ruang baginya untuk membunuh konsep zon berkecuali kedamaian di rantau sini. Setelah berlalu 44 tahun sejak tahun 1971 seperti ada bunyi-bunyi berkomplot dengan Amerika Syarikat sebagai penampan di kawasan sini. Ia bukan sahaja menggunakan alasan-alasan dangkal tetapi yang menyedihkan nahas MH370 disorok. Maka melambai-lambailah penumpang-penumpang nahas MH370. 

Ia buka suatu perancangan terkini ketika pejuang-pejuang Daulah Islamiyah menghadapi gerombongan Ahzab yang diketuai oleh Amerika Syarikat tetapi Amerika Syarikat juga sedang menghadapi Eropah yang diketuai oleh Rusia dan di Asia oleh China.

Amerika Syarikat wajib bersikap pendamai jangan jadikan diri sebagi pencatur untuk orang lain berperang tetapi negara Amerika Syarikat bebas daripada peperangan. Ia hanya berlaku pemberontakan dalaman negeri kerana rakyat tertekan akibat tidak puas hati dengan peraturan-peraturan negaranya.






Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
















































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )