.jpg)
Kini pelbagai teknologi boleh
dicapai, dipertingkatkan, diubahsuai dan disesuaikan kegunaannya, yang penting modal
pendahuluan untuk menjayakan sesuatu projek itu disediakan.
Berbeza dengan MH370 yang
dianggap canggih itu ‘collapse’, dibina teknologinya dengan ciptaan oleh
pakar-pakar dari pelbagai bidang; radar, satelit, transponder, aeroaspace,
pergerakan objek-objek yang boleh dikesan sehinggalah kepada manusia yang celik mengaku buta,
makhluk yang berakal menjadi cacat terencat, orang fasih bercakap menjadi bisu
dan insan pendengarnya baik terang menjadi pekak. Kita khuatir orang yang sihat
walafiat mengaku cacat kekal lalu datanglah malaikat mengaminkan, maka dilaknat
golongan yang mengetahui, memahami dan sihat anggotanya kerana bersekongkol
dengan dajal yang merosakkan keharomian dan masa hadapan insan-insan mulia. Nabi s.a.w. mengajarkan kita doa ini:
''Ya Allah, perlihatkan kepada kami yang hak sebagai hak, dan berilah
kami kekuatan untuk mengikutinya. Perlihatkanlah kepada kami yang batil sebagai
batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya (melawannya).''
Semoga kita terus berada dalam
kebenaran.
Pasangan panda yang menjadi warga
Malaysia untuk tempoh tertentu itu, akan berkembang-biak dengan jayanya jika bakanya baik dan kurang gangguan. Sebagai
satu penanda aras bahawa jika kita sanggup berbelanja jutaan ringgit
untuk mendapatkan pasangan panda itu dan tentunya kita juga mengharapkan suatu
pulangan berlipat ganda daripada modal yang telah dilaburkan.
Pelaburan berikut juga akan
memberi pulangan yang berlipat ganda , iaitu:-
1. Mempertingkatkan
pertahanan negara dengan pelbagaikan persenjataan terkini terutamanya rekacipta
pertahanan dalam negara supaya kita tidak mudah dibuli. Kelebihan, Keupayaan dan ketepatannya sukar difikirkan
dan tidak diketahui oleh musuh.
2. Mempertingkatkan
pendapatan isi rumah, secara tak langsung meningkatkan produktiviti ekonomi
negara khususnya ekonomi domestik.
3. Melatih
usahawan-usahawan tempatan menjadi tauke-tauke berjaya dengan mensasarkan sekurang-kurangnya
50 usahawan yang berurusan secara langsung dengan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 163
negara. Ini bermakna 50 usahawan X 163 negara = 8,150 usahawan akan bertebaran
di sekurang-kurangnya di luar negara
untuk tempoh-tempoh tertentu. Pihak berwajib wajar menyalurkan bantuan sama ada dalam bentuk teknikal, khidmat nasihat, lawatan kerja meneroka peluang-peluang perdagangan, peluang-peluang kurang berisiko dan keutamaan dalam sektor-sektor yang boleh dimanfaatkan di negara ini. Pihak berwajib juga menyediakan geran penerokaan dan potensi, pengembangan kepada usahawaan-usahawaan yang terlibat. Begitulah setiap tahun sentiasa meningkat jumlah usahawan-usahawan
negara. Jika negara tersebut besar,
maka, jumlah usahawan yang berurusan dengan negara tersebut dilipat gandakan
lagi di samping syarikat-syarikat gergasi dan GLC yang sedang berurusniaga
dengan Negara-negara anggota.
Semoga pasangan panda yang hadir
di bumi bertuah ini, menjadi saksi tentang keupayaan dan terlaksananya
hukum-hakam Islam dikuatkuasakan di negara kita.
Kita mesti ada kehebatan bukan untuk dibuli. Kita mesti yakin dengan janji
Allah s.w.t. Ibu-ibu merdeka melahirkan anak-anak mereka supaya kuat, cerdas, hebat bukan pengecut yang menjadi abdi dan kuli. Hanya orang yang berani akan berjaya dan mereka yang sihat memimpin negara.
No comments:
Post a Comment