Dewan Rakyat kini, bergema
tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk lawatan isteri yang ayu dan
genit kepada Perdana Menteri Najib, ke Qatar baru-baru ini. Ramai yang meminta
saya memberikan komen tentang isu ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang
berjuta ringgit.
Komen saya mudah.
Sesungguhnya terbang dengan jet eksekutif itu adalah syurga bagi setengah
orang. Ramai yang keluar dari kampung sememangnya susah hendak di kawal kerana
mereka ini selalu akan mengusung sikap kekampungannya kemana-mana dia pergi.
Rosmah, hanya seorang
isteri dan menyibuk untuk melawat negara lain di atas nama lawatan rasmi itu,
tidak kena dan sangatlah gila tindakan itu. Kita mesti ingat, dan saya ulangi,
membawa keluar seseorang dari kampung itu kerja mudah, tetapi hendak
mengeluarkan kampung dari dirinya itu adalah satu usaha yang susah.
Bagi wanita kampung ini,
kalau hendak terbang mesti dengan jet eksekutif. Kalau hendak menginap di
hotel, hotel itu mesti bertaraf sepuluh bintang dan sewaan biliknya mesti
puluhan ribu ringgit semalam. Bilik sewaannya mesti besar-besar, bilik yang
boleh berlari-lari dengan suami atau dengan anak dan cucu. Bagi saya, besar
mana pun tubuh seseorang itu dia tidak lah perlu bilik yang sebesar itu.
Apa pun yang mereka seperti
ini lakukan, selalunya mereka akan terlupa duit siapa yang mereka belanjakan
itu. Bukan Rosmah seorang sahaja isteri Perdana Menteri di dunia ini. Dalam
dunia ini ada ratusan isteri Perdana Menteri, tetapi tidak pula kita mendengar
dengan isteri PM negara lain yang berbelanja seperti ini. Dulu ada kita dengar
isteri seorang Presiden yang bernama Imelda dari Filipina yang berbelanja
seperti membelanjakan harta mak bapak dia sendiri.
Kalau kita kaji dengan
teliti, Imelda datangnya dari sebuah perkampungan di utara Manila yang jauh
dari kawasan perbandaran. Rosmah pula datang dari kampung di Negeri Sembilan
dan bukannya dari bandar mana pun. Jadi persamaan latar belakang ini membuatkan
mereka berdua ini mempunyai ‘attribute’ yang sama. Mereka ini boros dan tidak
mempunyai had apabila membelanjakan wang orang lain terutamanya wang rakyat.
Seperti juga Imelda, Rosmah
tidak pula saya dengar yang beliau sememangnya terlalu biasa menaiki jet
eksekutif sejak kecil. Tetapi kalau kita tengok cara beliau melawat kemana-mana
negara lain, beliau menaiki jet eksekutif dan tidak menaiki pesawat nasional
kita MAS.
Kekerapan beliau berjalan
dengan jet eksekutif ini seolah-olah beliau, sejak lahir ke dunia ini
sememangnya terbang ke mana-mana dengan jet eksekutif dan tidak pernah menaiki
pesawat MAS, SIA atau pesawat tambang murah seperti Air Asia dan Malindo Air.
Tetapi kalau tidak salah
mata saya memandang, saya pernah melihat beliau ini pergi ke Kuala Lumpur
dengan menaiki bus Foh Hup sampai ke Foch Avenue dekat Jalan Silang Kuala
Lumpur. Saya sendiri berada dalam bas itu. Orang-orang muda sekarang tidak
pernah tahu di mana Foch Avenue itu. Hanya yang tua-tua seperti saya atau
Rosmah sahaja yang mungkin masih ingat di mana Foch Avenue itu.
Betul lah ramai orang yang
berubah kehidupan mereka dan menjadi kaya raya. Tiger Woods, salah seorang
daripada nya. Tetapi Tiger mendapat kekayaannya dengan kemahirannya bermain
golf sampai beliau berjaya menjadi pemain golf nombor satu dunia. Beliau
sekarang mempunyai jet eksekutif sendiri dan istananya sendiri sehingga beliau
mempunyai sebuah pulau untuk beliau berehat dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Tetapi yang seorang ini
hanya seorang isteri Perdana Menteri dan boleh pula memohon kabinet meluluskan
permohonan beliau untuk menggunakan jet eksekutif untuk keluar negara dan di
biayai oleh wang rakyat. Kabinet pula, kata Shahidan Kassim, telah meluluskan
permohonan ini. Persoalannya sekarang kenapa kabinet meluluskan permohonan
seperti ini dengan mudah sedangkan lebih banyak lagi permohonan rakyat belum
lagi di ambil tindakan oleh kabinet.
Jika tindakan Rosmah ini
menyalahi moral dan undang-undang kenegaraan maka kabinet keseluruhan wajar
mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini. Justeru itu seluruh kabinet wajar
meletakkan jawatan kerana mereka adalah kabinet yang tidak bertanggungjawab.
Nyata sekarang selain dari masalah ekonomi, pergeseran diantara kaum dan agama,
isteri Perdana Menteri menjadi masalah yang amat besar kepada negara ini.
Itulah bunyinya komen
pendek saya. Harap mereka yang mendesak saya memberi komen itu berpuas hati.
No comments:
Post a Comment