Dari Anas bin Malik r.a.
berkata:
“Sangat jarang Rasulullah
sa.w. berkhutbah di hadapan kami kecuali beliau bersabda di dalamnya:
“Tidak ada iman orang yang
tidak mempunyai amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati
janjinya.” ( H.R. Imam Ahmad )
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan
tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk
memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);
dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup
memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan.
(Dengan kesanggupan manusia
memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang
munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang
musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima
taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang
beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Q.S.
Al-Ahzaab: 72-73 )
Dari Abu Hurairah r.a. dia
berkata:
“Ketika Nabi sa.w. berada
dalam sebuah majlis dan berbicara kepada sekelompok orang, ada seorang Arab
Badui yang datang lalu bertanya:
“Bila hari kiamat?”
Tapi Rasulullah sa.w. terus
saja berbicara. Setelah beliau selesai berbicara, beliau bertanya:
“Dimanakah orang yang
bertanya tentang hari kiamat tadi?”
Dia menjawab:
“Saya di sini wahai Rasulullah.”
Baginda s.a.w. bersabda:
“Jika amanah telah ditelantarkan maka tunggulah hari kiamat.”
Dia kembali bertanya:
“Bagaimana amanah ditelantarkan?”
Baginda s.a.w. menjawab:
“Jika urusan sudah diserahkan kepada selain ahlinya maka tunggulah hari kiamat.” ( H.R. Imam Al-Bukhari )
No comments:
Post a Comment