Monday, 4 November 2013

Doa Akhir Dan Awal Tahun


Marilah tuan/puan kita bersama-sama berdoa memohon kepada Allah s.w.t. suatu keberkatan dan keazaman yang padu supaya dapat akal, fikiran dan hati naluri kita berdampingan dengan amalan-amalan praktikal yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para penganutnya sehingga akhir zaman.
                                                                                                                                 

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali selapas salat Asar pada akhir waktunya atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa  yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah s.w.t. dari fitnah, tipu daya syaitan dan mendapat keampunan dosa yang lalu, Insya Allah.

Allah s.w.t berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Aku telah melaku kannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melaku-kan dosa-dosa itu semuanya. Se-sungguhnya aku memohon keampunan Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian dari-pada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai yang Maha Pemurah! Maha Agung dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
  

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas salat Maghrib pada malam 1 Muharram ( malam ini ). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas salat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Allah s.w.t. berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu 

Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
  
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad Nabi s.a.w. yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )