Bukti bahawa MH370 telah terhempas
meragukan. Ia bukan sahaja meragukan kepada saudara-mara penumpang tetapi juga
kepada golongan dungu-dungu dan tidak menggunakan akal yang Allah kurniakan
kepada mereka. Bahkan jika kita bertanya kepada kanak-kanak sekolah rendah,
mereka akan bertanya balik soalan di mana pesawatnya? Maksudnya di mana
serpihan MH370 jika ia mengalami tragedi.
Bukti adalah perkara-perkara yang
menjelaskan tentang sesuatu isu. Tanpa penjelasan dan pembuktian sama ada secara
nyata, bukti kejadian atau sesuatu yang menjelaskan bahawa sesuatu perkara itu berlaku.
Bukti mestilah berdasarkan kepada perkara yang dinyatakan dan dibuktikan, hujah
tepat, dalil yang sahih supaya perkara itu boleh dipertanggungjawabkan - dikatakan tepat, yakin dan
benar. Tiada keraguan mengenainya. Walaupun ia suatu penipuan tetapi dibuktikan
tepat dan meyakinkan bahawa sesuatu
tanpa keraguan, ia boleh diterima kerana
jawapan tragedi MH370 berpandukan teropong malam yang kabur, meragukan, samar-samar
dan tidak boleh dijadikan hujah untuk pembuktian tetapi diterima seadanya
selagi ia belum dibuktikan.
Islam memberi kita pengetahuan
tentang peristiwa Yusuf ketika dianiayai oleh abang-abang kandungnya yang
berkomplot untuk mencelakakannya. Jika adik beradik pun sanggup melakukan
komplot jahat, inikan pula kepada yang tiada hubungan tauhid. Al-Quran
menjelaskan:
“Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai
ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal
sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?
Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan
minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya
dengan sebaik-baiknya."
Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama
sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh
serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya."
Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami
ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang
rugi."
Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka
sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang
demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya: "Sesungguhnya engkau (wahai
Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan
mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi)."
Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu
senja sambil (buat-buat) menangis.
Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi
berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang
kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya
kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar."
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf
dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu
memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau
demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan
pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." ( Q.S. Yusuf: 11-18
)
Setelah berlalunya tiga puluh
hari selepas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak bahawa pesawat MH370 mengalami tragedi di Lautan Hindi, kawasan
dajal, setelah menerima bisikan dari penguasa satelit Inmarsat, Britain yang
sehingga kini tidak dibuktikan kebenarannya. Ada beberapa teori boleh
difikirkan sebagai pemutihan isu MH370, walaupun teorinya bukan seperti ini,
antaranya:
- Dajal melarikan pesawat ke Lautan Hindi supaya kedajalannya tidak dihidu oleh insan mulia, atau
- Dajal bersiar-siar terlebih dahulu di pulau-pulau perhentian sebelum mendajalkan pesawat, atau
- Dajal melakukan transit di pulau-pulau untuk menghiburkan penumpang berholiday sebelum tragedi, atau
- Dajal menjamu penumpang dan dilenakan dalam kesejukan malam kemudian diugut sebelum ditragedikan, atau/dan
- Dajal walaupun memiliki rangkaian tetapi ia takut dengan CCTV lalu diringkaskan plotnya ditragedikan.
Persoalanya ialah:
- MH370 adalah komplot yang tersusun dirancang rapi bertujuan ….
- Rasional dilakukan kerana ….
- Objektifnya adalah untuk ….
- Visinya ….
- Misinya ….
- Fokusnya ….
- Plan-plan yang dirancang berdasarkan:
- Plan A ….
- Plan B ….
- Plan C ….
- Plan D ….
- Plan E ….
- Plan F …..
- Plan G ….
- Nilai tambah diperoleh melalui komplot tersebut adalah:
- Kuasa …
- Wang …
- Politik ….
- Pengaruh …
- Menjinak-jinakkan ….
- Mengalih perhatian …
- Rancang masa hadapan.
- Risikonya:
- Tohmahan masyarakat.
- Imej politik merudum.
- Diboikot.
- Akan ada menjadi kambing hitam.
- Penutup
Selagi dajal
berselindung disebalik tabir dan bergerak waktu malam dalam keadaan jerebu,
manusia sedang tidur dan mempunyai
rangkaian, maka sampai bila-bila pun isu MH370 tidak akan terlerai, kerana:
- Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri
- Harapkan pagar, pagar makan padi.
- Malaysiaku dalam isu MH370
Oleh itu pembuktian tentang
sesuatu perkara mempunyai banyak kategori sama ada dari segi jumlahnya atau
penjelasannya, kerana teori-teori kini telah pun berlaku beribu-ribu tahun
dahulu, bezanya menurut zaman dan perkembangan teknologinya. Pada asasnya
pembuktian itu mestilah:
- Perakuan/ikrar.
- Syahadah/saksi.
- Bersurat/bukti.
- Petunjuk/tanda
- Pengamatan hidup/petunjuk
- Sumpah/niat ihlas
Contoh pembuktian, Firman Allah
s.w.t.:
“Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan
diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga
perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan
berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan
perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan
Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".
Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia:
"Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan;
sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya”. ( Q.S. Yusuf: 26-28
)
No comments:
Post a Comment