Thursday, 17 April 2014

DIALOG: DETIK-DETIK MERUNGKAI MH370



“Prodemontrasi menjatuhkan kerajaan pimpinan Viktor Yanukovyck di Ukraine, setelah diasak berbulan-bulan,” laung Mansurah.

“Melalui demontrasi pun boleh tumbang,” celah Balqis

"Ganas kaaaaaan!" jawab Mansurah.

“Kawan-kawan mantan presiden, lambat baca rekod pentadbiran mereka, barangkali mereka pun dah tua-tua, kurang tenaga, stamina lemah, berfikir cara lama, masalah dalaman, ” jawab Uwaimir.

“Masing-masing ada agenda,” sambung Uwaimir lagi.

“Memanglah sebab kuasa besar bermain tabir,” sampuk ‘Iyash.

“Dalam keadaan kelam kabut sukar untuk pencerahan tentang isu-isu, tentang dajal-dajal, tentang semut-semut hitam bergerak waktu malam di samping gajah melindunginya. Saya yang melancong pun terpaksa berjimat cermat, khuatir kalau-kalau perbelanjaan luar jangka berlaku, saya terpaksalah mencari hotel bajet untuk berjimat cermat,” kata Umair yang tiba-tiba muncul memecah perbincanga rakan-rakannya.

“Bila Umair bercerita tentang hotel bajet, saya teringat satu teori tentang hotel bajet berkaitan isu MH370 yang misteri itu," ucap 'Iyash. 

"Apa teorinya?" tanya Balqis minta penjelasan.

"Teori itu menjelaskan bahawa:

Teori Hotel Budget: Mencari Pesawat MH370

Sinopsis

Teori ini adalah 15 teori yang dikemukakan melalui:  Teori Kejutan: Teori Mencari Pesawat MH370, bagi membantu pencarian misterinya pesawat MH370. Teori kesepuluh menjelaskan:

Teori Hotel Budget: Teori ini menjelaskan bahawa banyak hotel budget menawarkan harga penginapan semurah dua jam, bagi memudahkan orang awam berpendapatan rendah menikmati perkhidmatannya. Hotel tersebut diawasi oleh CCTV bagi mengelak perlakuan liwat yang boleh mencetuskan malapetaka. Moga-moga kita terhindar daripada golongan terbabit dan terkutuk itu.

Teori ini adalah respon kepada pelbagai teori yang sehingga kini belum dapat dibuktikan kebenarannya kerana teori-teori tersebut termasuk 15 teori ini kerap berubah-ubah dari saat ke saat, dari minit ke minit, dari jam ke jam, dari masa ke semasa dan dari hari ke sehari. Yang penting pencarian misterinya MH370 diteruskan.

Teori kejutan ini membawa kita kepada perlakuan yang spontan tetapi mengejutkan, terperanjat, tidak dijangka, tiada amaran awal bahkan amaran setelah berlalunya 6 jam baharulah dimaklumkan kepada dunia.

Teori tersebut boleh dirujuk di halaman berikut: http://jamiyah3.blogspot.com/2014/03/teori-kejutan-teori-mencari-pesawat.html,”  jelas ‘Iyash secara panjang lebar.

“Aku pun terbaca juga satu teori, berbunyi … :”

“Ahhh!!! Sudah, cukup satu teori sahaja hari ini! Esok-esok teori engkau pula. Cuma aku ingin pencerahan tentang teori itu,” 'Iyash menyampuk memintas percakapan Uwaimir.

“Uwaimir, jika hang ingin menjadi politikus yang aktif,  hang mesti sensitif dengan persekitaran, hang pandai baca kelibat lawan, perhati pergerakannya, dengan siapa ia berurusniaga, kan hang ramai kawan-kawan. Jangan lalai,” ujar 'Iyash.

“Aku tak berminat ‘Iyash, aku ingin melihat, betapa merdekanya orang merdeka, jati dirinya hebat,  makan sekadar kenyang tak tamak, riangnya orang gembira, keceriaan kanak-kanak jangan diragut. Negara kita kaya, sebab itu detik-detik pencarian MH370 belum dimuktamadkan. Aku janji dajal telah dibaca dan ditenyeh. Pitis banyak menggunung, peti karun hitam ditenggelamkan dilubuk dajal, terperosok di lubang-lubang ular menyebabkan ia sukar di bawa keluar. Ular-ular itu adalah peminta sedekah, nafasnya dihirup perlahan-lahan, mimik muka dan matanya bercahay-cahaya kerana mereka tahu telur di hujung tanduk.”

“Macam berkias-kias aje?” soal 'Iyash sambil memuncungkan mulutnya.

“‘Iyash, kita perlu berkias-kias sebelum menjelaskan maksudnya, seperti pembentangan bajet tahunan, cerita-cerita dahulu kemudian dinyatakan jumlah peruntukannya,” jelas Uwaimir.

“Pening, pening.”

“Hidup ini  mesti pening-pening, jika tidak jawapannya segar-segar.”

“Banyak juga peruntukan untuk mengangkat harta kotak hitam itu, ya?” soal 'Iyash sambil matanya berkenyit-kenyit.

“Mestilaaaaah,” jawab Balqis memberi respons.

“Banyak, bukan senang nak angkat kotak itu kerana dikatakan menjunam, terjunam ke dasar laut, laut dalam, bergelora, ombak berbukit-bukau, kawasan dajal dan dikawal oleh ular-ular.”

“Ular-ular berbisa, besar-besar pula itu, sekali terjahan maut!”

“Alaaa hai macam-macam, senjata pemusnahlah! Itulah! Inilah!”

“Kalau di daratan pemangsanya singa, kalau di udara mestilah naga, ya tak?” soal Balqis.

“Mana ada naga lagi, dah pupus!” tegas Umair menyanggah penjelasan Balqis.

“Tapi aku lihat di TV, lautnya tenang sahaja, berbeza dengan laut Hitam,”

“Hidup ini mesti ada tawar-menawar.”

“Setelah urusniaga beres, MH370 akan mekarlah ia, nampaklah pucuk-pucuknya, bunga-bungaan, daun-daunan, berguguran seumpama musim luruh.”

“Memandangkan aku pun ada hal, bolehlah disimpulkan:

  1. Politikus komtemporari mahir baca buku dan menginap di hotel budget kerana berjimat cermat.
  2. Kapal hilang jangan cari jauh-jauh cari dekat-dekat. Duit tuuuuu.
  3. Seseorang yang kehilangan anak, bercahaya wajahnya kerisauan.
  4. Ular-ular akan membelit kecuali ia kekenyangan atau ada agenda melebarkan kawasannya.
  5.  Panglima datang buat urus niaga untuk dimuktamadkan.

Sekian jumpa lagi. Jangan banyak cakap,” ucap Mansurah sambil beredar dari situ.









































































































































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )