Tuesday 6 May 2014

ANAK BURUNG DAN MH370



Ghazali Taib dalam satu kuliahnya menceritakan tentang seorang tokoh kerohanian yang berpengaruh dan cerdik orangnya dari negara China masyhur di negaranya. Kemasyhuran dan kehebatan tokoh itu bukan sahaja tersebar ke serata tempat di China tetapi merentasi daratan benua dan lautan air sampai ke benua Amerika Syarikat; negara kaya, berteknologi hebat, antara negara mempunyai kekuatan tentera dalam senarai teratas, mempunyai pengkalan tentera di pelbagai negara, menggerakkan tenteranya berperang di luar negara dan cerdik mengambil peluang.

Tokoh kerohanian tersebut dikenali sebagai Tzen atau Zen.  Apabila cerita tentang kehebatan tokoh tersohor Tzen tersebar di seantero alam,  dan maklumat tersebut sampai kepengetahuaan cerdik pandai di Amerika Syarikat. Setelah melalui percambahan minda maka mereka pun mengambil keputusan untuk menghantar dua orang berstatus profesor yang mahir dari segi bidang keilmuan yang boleh berhujah dengan Tzen.  Tujuan mereka diutuskan adalah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat secara bersemuka dengan tokoh yang dianggap berkrisma itu.

Dunia ini memang dipenuhi oleh tipu helah,  tipu daya, licik, muslihat, sama ada dilakukan di antara suami isteri, anak beranak, adik beradik, keluarga, saudara mara, sahabat handai, kawan, kenalan  atau kepada musuh. Muslihat pula tidak semestinya berlaku peperangan, pertempuran, permusuhan, saling mendendam, cemburu atau  irihati di atas kehebatan seseorang. Tetapi sekurang-kurangnya ada pihak mengambil perhatian di atas perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku.

Diringkaskan cerita, maka dua orang profesor itu datang melawat Tzen di tempatnya di negara China. Di China, tokoh berkrisma itu tinggal di kawasan banjaran pergunungan. Kebiasaannya tempat yang  tinggi udaranya segar, persekitarannya selesa, suasananya nyaman, pemandangannya menarik, bunyi-bunyian didominasi oleh kicauan burung-burung, penduduk-penduduknya berhati suci bersih dan mereka bebas dari pelbagai komplot dajal. Ilham, ilmu dan kerohanian yang diterimanya  pun suci bersih.

Semasa dua profesor menaiki gunug-ganang maka mereka ternampak seekor anak burung cit-cit di dalam sarangnya. Salah seorang profesor mengambil anak burung itu lalu meletakkannya di dalam baju ‘bush jaketnya’. Mereka meneruskan perjalanan ke gunung untuk bertemu ahli filosofi Tzen yang dikagumi itu.

Barangkali jika semasa orang-orang tua nakal itu mengambil anak burung dan ibunya berada di situ nescaya dipatuknya mata profesor kerana mengganggu anaknya yang tidak berdaya itu.

  1. Ketika dua profesor itu bertanya kepada  Tzen beberapa pertanyaan dan persoalan, maka, dengan mudah dijawab dan diulasnya soalan-soalan yang dikemukakan dengan mudah, menarik dan memuaskan hati profesor. Apabila kedua-dua profesor itu melalui jalan buntu untuk melemahkan hujah Tzen, maka berkatalah salah seorang daripada profesor itu:
                                                                                                         

“Di dalam  saku  saya  ini  ada seekor anak burung. Jika awak cerdik, cuba teka sama ada anak burung ini hidup atau mati?” Tanya professor sambil memasukkan tangannya ke dalam saku berisi anak burung itu.

Tzen senyum sambil menjawab:

“Seandainya saya katakan ‘ya’, awak akan bunuh ia, seandainya pula bila saya katakan ‘tidak’, awak akan lepaskan ia, oleh itu anak burung tersebut di bawah pengawasan tuan.”


  1. Dalam sebuah buku karangan Indra Gunawan dengan tajuk: Kisah-Kisah Kebijaksanaan Zen Melalui Cerita Mencapai Pencerahan, di bawah tajuk: Satu Lingkaran Penuh, pada muka surat 18, dalam kisah 3, seorang murid berjumpa dengan Zen:


"Seorang anak lelaki menangkap seekor burung kecil dan menyembunyikannya di belakang punggungnya. Dia lantas mendatangi gurunya dan bertanya: “Guru, apakah burung yang ada di tanganku ini hidup atau mati?” Dia berfikir inilah kesempatan bagus untuk melakukan tipu daya terhadap gurunya. Bila sang guru menjawab ‘mati’, maka ia akan melepaskan burung itu ke udara.  Sebaliknya, bila si guru menyahut ‘hidup’, maka ia tinggal mencekik leher burung tersebut. Sang guru mengunci dengan kata-kata: “Jawabannya ada di tanganmu”


  1. Kisah Nabi Ibrahim a.s.  berdebat dengan Raja Namrud  yang menolak konsep ketuhanan dan kuasa mutlak Allah s.w.t, dinyatakan di dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 258, berbunyi:


 A258


“Tidakkah engkau ( pelik ) memikirkan ( wahai Muhammad ) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim ( dengan sombongnya ) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan." Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan." Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu ( lalu diam membisu ). Dan ( ingatlah ), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.”


Ketiga-tiga contoh di atas menjelaskan bahawa kekuasaan Allah s.w.t. menghidup dan mematikan mengikut kehendakNya. Mengemukakan bukti dan dalil yang jelas, logik yang bijak, menangkis hujah yang takbur atau degil supaya mereka bertaubat. Golongan yang berakal memikir, semasa berdialog menggunakan cara bijaksana, tinggi adabnya, sentiasa bersabar, menjawab secara terbuka, tetap di atas kebenaran dan mempunyai tujuan yang bersih. Betapa sempurnanya kehendak Allah dan kasih sayangNya kepada manusia supaya berbuat apa sahaja yang dikehendakiNya.  Hanya kepada Allah s.w.t. dimuliakan, dimartabatkan dan diagongkan. Allahu Akhbar.


Oleh itu, penumpang-penumpang MH370 menurut teori ini masih hidup. Doakan untuk mereka supaya dibebaskan daripada penyorokan dajal kerana mereka adalah manusia suci seperti anak burung yang tidak berupaya dan tidak berdosa.

Ya Allah, selamatkan penumpang-penumpang MH370 dan maafkan dajal yang silap itu.























































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )