Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa
negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu...
Pasukan penyiasat antarabangsa
dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia
Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak
berakhir di Lautan Hindi.
Laporan New Straits Times yang
memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan
baru yang sedang diteliti.
Ia memandangkan pencarian yang
dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat,
lapor akhbar itu.
Sumber-sumber yang tidak
dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu
lokasi terpencil.
Bagaimanapun, pencarian di
selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan,
kata sumber tersebut dalam laporan NST.
Selain itu, pasukan penyiasat
juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam
pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.
Menurut laporan berkanan,
pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah.
“Kita mungkin terpaksa berkumpul
semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh
beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti
diteruskan.
“Sangkaan bahawa ia mendarat di
satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang
serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa
terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara
mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.
Sumber berkenaan turut menimbulkan
kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang
memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.
“Satelit komunikasi hanya
dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.
"Penyiasat terpaksa mengguna
algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada
sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan,”
kenyataan sumber itu dipetik.
-------------------------------------------------------
Menurut sumber yang belum
disahkan pasukan pencari telah menjumpai lokasi di mana kotak hitam pesawat MH370
dipercayai berada.
Isyarat dari kotak hitam
berkenaan dipercayai semakin lemah..
No comments:
Post a Comment