Saturday 17 May 2014

KEKUATAN DISIA-SIAKAN



Umat Islam memiliki kekuatan. Kekuatanya banyak, pelbagai, merentasi sempadan; lautan dan benua tetapi ia tidak dimanfaatkan semaksimumnya. Pengeraknya kurang. Kekuatan bukan sahaja dari segi hasil bumi dan kawasan strategik tetapi juga kekuatan akal, tenaga, ekonomi, rohani, kepakaran dan sumber manusia. Kekuatan yang ada sukar digarap sebaik-baiknya kerana masing-masing ‘berakal’. Akhirnya dimanfaatkan oleh orang lain untuk memperkasa diri. Maka kefakiran mendatang kerana kealfaan dan kesalahan diri sendiri. Terimalah seadanya.




Allah s.w.t. mengingatkan kita melalui Al-Quran supaya kita menjadikan ia panduan hidup.


A110


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." ( Q.S. Ali-Imran: 110 )


A019


"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka." ( Q.S. Al-Hasyr: 19 )


A002
A003


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." ( Q.S Ash-Shaf: 2-3 )


A045


"Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan)." ( Q.S. Al-Hajj:  45 )


A153


"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." ( Q. S. Al-An’am: 153 )


A089


"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim." ( Q. S. Al-A’raf: 89 )


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )