Thursday 15 May 2014

RAHSIA MH370 DIBONGKAR





Direkodkan dalam catatan sejarah bahawa pada 8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadilawal 1435 ( Sabtu ), pesawat MH370, penerbangan Kuala Lumpur - Beijing, yang membawa penumpang dan anak kapal seramai 239 orang daripada 15 buah negara dilari dan disorok oleh dajal. Sehingga catatan ini disiarkan kelibat penyorokan dajal belum dimuktamadkan kerana ada nilai harta dan kuasa di sana. Dajal akan terus bermain-main sorok-sorok dan membaling batu sembunyi tangan kerana ia adalah anjing kurap yang memerlukan perubatan. Bila masa terus berlalu ia akan menjadi tua kerepot dan nyanyuk, akan menceritakan segala-galanya peristiwa tersebut. Jika dajal-dajal tidak menerima habuan, Insya Allah dalam tempoh terdekat rahsia melari dan menyorok MH370 akan terbongkar dan dibongkar. Pada ketika itu muka kerepot hendak disorok di mana?


 Baik;


  1. Rahsia MH370 masih dirahsiakan. Dilari dan disorok oleh dajal. Di sana ada nilai kuasa dan harta. Orang pengecut seperti dajal memang suka baling batu sembunyi tangan. Ia pura-pura tidak tahu. Ia lakukan, ia tidak mengaku. Dajal tidak layak jadi ketua. Ia tidak layak kerana kredibelitinya merudum. Ia hanya layak memimpin anjing-anjing kurap.

  1. Manakala feri Sewol penyebab karamnya telah didakwa di mahkamah. Kesilapan besarnya kerana tidak mengikuti tatacara kendalian piawaian ( SOP ) dan indeks pencapaian utama (  KPI )nya yang dilihat tidak mengikuti piawaian yang dikehendaki. Walaupun ia  tidak mengikuti SOP dan KPI tetapi sekurang-kurangnya dia anak jantan tidak melakukan baling batu sembunyi tangan seperti MH370 dilari dan disorok dajal.

  1. Ukraine telah ditumbangkan oleh prodemotrasi. Tumbang kerana diasak berbulan-bulan, setiap hari tanpa henti. Pihak berkuasa seperti tiada taring. Bila berlaku pertempuran yang meragut jiwa baharu pihak berkuasa  berhempas pulas merelaikan  situasi yang gawat itu dengan pertukaran  prodemotrasi diangkat menerajui Ukraine.

  1. Thailand seperti mengikuti jejak Ukraine. Prodemontrasi mengasak berbulan-bulan. Pimpinan Thailand agak liat barangkali kerana ia dipimpin  oleh seorang wanita kurang bertindak agresif. Ia menyerahkan soal keselamatan  kepada pihak polis dan tentera. Sejarah Thailand amat menarik apabila berlaku krisis dan sukar diselesaikan maka pihak tentera adalah penyelesainya.

  1. Pejuang-pejuang Syria terus mengasak pimpinan  Bashar Assad. Asakan pejuang-pejuang dapat dipatahkan oleh tentera Bashar. Tentera Bashar dilengkapi dengan persenjataan terkini daripada pakatan Rusia, Iran dan Hesbollah. Pada satu peringkat tentera Bashar menggunakan gas beracun untuk mempertahankan kuasa. Manaka pejuang-pejuang  dengan pakatan Amerika Syarikat, NATO dan Arab Saudi teragak-agak menyalur persenjataan terkini. Mereka dijanjikan dengan air liur.

  1. Pejuang-pejuang Boko Haram berjuang secara gerila menentang pimpinan pusat Nigeria. Walaupun pejuang-pejuang Boko Haram menggunakan persenjataan ringan tetapi ia boleh melumpuhkan kerajaan Nigeria, menggerunkan pihak awam dan mencederakan pihak tentera,  dan ini membahayakan kepada kapitalis-kapitalis yang mengadakan urusniaga di Nigeria di samping membahayakan negara-negara jiran.

  1. Pejuang-pejuang Al-Shaabab terus bertapak di Somalia, dan sekali sekala mengegarkan Uganda kerana terlibat menghantar tentera membantu kerajaan Somalia menentang pejuang-pejuang Al-Shaabab yang semakin meningkat pengaruhnya dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran padang pasir dan hutan-hutan di Somalia dan Uganda.

  1. Pejuang-pejuang Al-Qaeda yang bertebaran di benua Afrika sukar dibendung oleh  Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai falsafah hidup: Tidak mengalah sebelum mati, pantang berundur sebelum ajal, kami dilahirkan sekali, kami dilahirkan oleh ibu-ibu yang merdeka, kami tidak terikat dengan penipuan dan kami adalah manusia yang ingin hidup aman tanpa provokasi.

  1. Pejuang-pejuang Taliban masih menyengat walaupun mereka menggunakan persenjataan ringan usang. Kehebatan pejuang-pejuang Taliban sehingga hari ini mereka tidak pernah mengangkat bendera putih. Walaunpun mereka fakir dari segi material tetapi mereka kaya dengan kerohanian, jati diri, agama dan mereka tidak pernah menjadi pelarian yang meminta sedekah kerana mereka adalah manusia yang terbilang, kuat dan tahan lasak.

  1. Iraq terus tidak aman kerana Amerika Syarikat menyerang negara  tersebut. Apabila ia hancur Amerika  Syarikat membiarkan rakyat Iraq menjadi hina, kucar-kacir, saling mendendam dan bermusuh-musuhan di antara mereka. Permusuhan di antara penduduk Iraq tidak akan berkesudahan kecuali mereka dipimpin oleh manusia ikhlas mencari perdamaian.

BAB 1    AMERIKA SYARIKAT DAN PAKATAN SERANTAU

  1. Amerika Syarikat Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Peranan Amerika Syarikat Di Arena Antarbangsa
  3. NATO Di Bawah Penguasaan Amerika Syarikat
  4. NATO Memiliki Kekuatan
  5. Eropah Dan Hubungan Baik Dengan Rusia

BAB 2    AMERIKA SELATAN DAN PAKATAN SERANTAU

  1. Amerika Selatan Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Peranan Amerika Selatan Di Arena Antarbangsa
  3. Pakatan Berpotensi Amerika Selatan
  4. Meningkatkan Dagangan, Saling Bertolak Ansur
  5. Hubungan Baik Dan Mengelak Provokasi

BAB 3    RUSIA DAN PAKATAN SERANTAU

  1. Rusia Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Perana Rusia Di Arena Antarabangsa
  3. Kekuatan Pakatan Rusia
  4. Rusia Dalam Isu Ukraine
  5. Rusia Dan Hubungan Baiknya Dengan Negara Jiran

BAB 4    ARAB SAUDI DAN KESATUAN SERANTAU

  1. Arab Saudi Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Peranan Arab Saudi Di Arena Antarabangsa
  3. Arab Saudi Tidak Membina Kekuatan Militer
  4. Arab Saudi Bersahabat Dengan Semua Negara
  5. Arab Saudi Dan Hubungannya Dengan Negara-Negara Masakin

BAB 5    CHINA DAN PAKATAN SERANTAU

1   China Dalam Hal Ehwal Semasa
2   Peranan China Di Arena Antarabangsa
3   China Dan Ekonominya Yang Terbaik
4   China Dan Pengaruhnya Dalam ASEAN dan Timur Jauh
5   Potensi China Memimpin

BAB 6    MESIR DAN PAKATAN AFRIKA UTARA

  1. Mesir Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Peranan Mesir Di Arena Antarabangsa
  3. Mesir Berpotensi Memimpin Afrika Utara Melalui Ikhwanul Muslimun
  4. Perbedaan Pemerintahan: Antara Tentera Dengan Ikhwanul Muslimun
  5. Potensi Mesir Yang Terbantut

BAB 7    AFRIKA DAN PAKATAN SERANTAU

  1. Afrika Di Antara Perbedaan Dan Kerahmatan Persefahaman
  2. Cara-Cara Menyatukan Negara-Negara Berbeda Ideologi Dan Budaya
  3. Ekonomi Yang Meningkatkan Kuasa Tawaran
  4. Kekuatan Yang Terhijab Kerana Persengketaan
  5. Manfaat Setiakawan Dan Aku Janji

BAB 8    INDIA DAN SEKUTU SERANTAU

  1. India Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Peranan India Di Arena Antarabangsa
  3. India Sepatutnya Berpakat Dengan Jiran-Jirannya
  4. Membina Hubungan Strategik Saling Mempercayai
  5. Pakatan Pelbagai Ekonomi Yang Boleh Dimanfaatkan

BAB 9    MALAYSIA DENGAN ISU MH370

  1. Malaysia Dalam Hal Ehwal Semasa
  2. Peranan Malaysia Di Arena Antarabangsa
  3. Motif MH370 Dilari Dan Disorok Dajal
  4. Kepentingan MH370 Dalam Isu-Isu Semasa
  5. Kesan MH370 Potensi Malaysia Memimpin

RUMUSAN

Kejayaan dan keruntuhan sesuatu pakatan dan sekutu, bergantung kepada keikhlasan dan persefahaman yang menjanjikan suatu keharmonian, pulangan dan ekonomi untuk manusia sejagat. Jika ia dilakukan untuk kepentingan peribadi, ia hanya dapat bertahan bagi tempoh tertentu selepas itu akan bercerai-berailah ia, kerana matlamat asalnya bersifat peribadi; kuasa, harta dan memimpin. Kerajaan-kerajaan yang wujud sebelum ini runtuh disebabkan oleh unsur-unsur tersebut. Lalu kita bagaimana? Meneruskan penyorokan MH370 akhirnya pemain silap mata akan tersungkur.

Kenapa Malaysia masuk perangkap dajal? Pimpinan Malaysia sewajarnya membuat suatu pertimbangan supaya Malaysia menjadi negara hebat bukan menjadi bahan ujian. Kuasa dan harta tidak kekal. Maruah diri penting untuk survival bangsaku.































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )