Thursday 22 May 2014

PANDA MENDARAT MASTAUTIN DI MALAYSIA



Panda China telah mendarat di Malaysia hari ini bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama tempoh 10 tahun. Malaysia tidak memilik haiwan jenis panda. Haiwan tersebut hanya wujud dan ditemui di kawasan-kawasan beriklim sejuk terutamanya di China. Ia tidak sesuai dengan iklim di negara ini. Tetapi oleh kerana ia dijangka memberi pulangan yang baik, maka semua prasarana yang diperlukan, termasuk suasana iklimnya sejuk akan disesuaikan keadaannya dengan iklim asal sepasang panda itu di sini.

Kini pelbagai teknologi boleh dicapai, dipertingkatkan, diubahsuai dan disesuaikan kegunaannya, yang penting modal pendahuluan untuk menjayakan sesuatu projek itu disediakan.

Berbeza dengan MH370 yang dianggap canggih itu ‘collapse’, dibina teknologinya dengan ciptaan oleh pakar-pakar dari pelbagai bidang; radar, satelit, transponder, aeroaspace, pergerakan objek-objek yang boleh dikesan sehinggalah kepada manusia yang celik mengaku buta, makhluk yang berakal menjadi cacat terencat, orang fasih bercakap menjadi bisu dan insan pendengarnya baik terang menjadi pekak. Kita khuatir orang yang sihat walafiat mengaku cacat kekal lalu datanglah malaikat mengaminkan, maka dilaknat golongan yang mengetahui, memahami dan sihat anggotanya kerana bersekongkol dengan dajal yang merosakkan keharomian dan masa hadapan insan-insan mulia. Nabi s.a.w. mengajarkan kita doa ini:


''Ya Allah, perlihatkan kepada kami yang hak sebagai hak, dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya. Perlihatkanlah kepada kami yang batil sebagai batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya (melawannya).''

Semoga kita terus berada dalam kebenaran.

Pasangan panda yang menjadi warga Malaysia untuk tempoh tertentu itu, akan berkembang-biak dengan jayanya jika bakanya baik dan kurang gangguan.  Sebagai  satu penanda aras bahawa jika kita sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk mendapatkan pasangan panda itu dan tentunya kita juga mengharapkan suatu pulangan berlipat ganda daripada modal yang telah dilaburkan.


Pelaburan berikut juga akan memberi pulangan yang berlipat ganda , iaitu:-


1. Mempertingkatkan pertahanan negara dengan pelbagaikan persenjataan terkini terutamanya rekacipta pertahanan dalam negara supaya kita tidak mudah dibuli. Kelebihan,  Keupayaan dan ketepatannya sukar difikirkan dan tidak diketahui oleh musuh.

2. Mempertingkatkan pendapatan  isi  rumah,  secara  tak  langsung meningkatkan produktiviti ekonomi negara khususnya ekonomi domestik.

3. Melatih usahawan-usahawan tempatan menjadi tauke-tauke  berjaya dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 50 usahawan yang berurusan secara langsung dengan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  sebanyak 163 negara. Ini bermakna 50 usahawan X 163 negara = 8,150 usahawan akan bertebaran di sekurang-kurangnya  di luar negara untuk tempoh-tempoh tertentu. Pihak berwajib wajar menyalurkan bantuan sama ada dalam bentuk teknikal, khidmat nasihat, lawatan kerja meneroka peluang-peluang perdagangan, peluang-peluang kurang berisiko dan keutamaan dalam sektor-sektor  yang boleh dimanfaatkan di negara ini. Pihak berwajib juga menyediakan geran penerokaan dan potensi, pengembangan kepada usahawaan-usahawaan yang terlibat. Begitulah setiap tahun sentiasa meningkat jumlah usahawan-usahawan negara.  Jika negara tersebut besar, maka, jumlah usahawan yang berurusan dengan negara tersebut dilipat gandakan lagi di samping syarikat-syarikat gergasi dan GLC yang sedang berurusniaga dengan Negara-negara anggota.


Semoga pasangan panda yang hadir di bumi bertuah ini, menjadi saksi tentang keupayaan dan terlaksananya hukum-hakam Islam dikuatkuasakan di negara kita.

Kita mesti ada kehebatan bukan untuk dibuli. Kita mesti yakin dengan janji Allah s.w.t. Ibu-ibu merdeka melahirkan anak-anak mereka supaya kuat, cerdas, hebat bukan pengecut yang menjadi abdi dan kuli. Hanya orang yang berani akan berjaya dan mereka yang sihat memimpin negara.



























































































































































































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )