Tuesday 20 May 2014

RAGUT




Tuesday, 20 May 2014


Islam mengambil berat terhadap jiwa, harta dan kebebasan individu. Mereka dilahirkan di dunia ini bukan untuk dilarikan, disorok dan dijadikan tebusan. Orang merdeka tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Orang merdeka juga  tidak boleh menerima perlakuan golongan dajal tersebut walapun ia  dilakukan oleh bapa-bapa mereka sendiri. Melari, menyorok, dijadikan tebusan kepada individu yang tidak berdosa lalu ia dilibatkan dalam isu MH370 yang dianggap terpencil, isunya kecil kerana kecerdikan Inmarsat dikhayalkan, dan golongan sindrom down tidak terlibat langsung dalam isu-isu yang kecil itu kerana ia tiada kepentingan tentang, sedang dan akan berlaku untuk harta dan kuasa. Yang penting baginya ceria.

Allah s.w.t. memberi amaran kepada golongan dajal melalui firmanNya, dirakamkan dalam surah al-Maidah ayat 33 dan 34:



A033
A034


Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Hukum-hakam dalam Islam sungguh teliti. Hukuman sabitan bersesuaian dengan perlakuan dan tindakan pelakunya. Ada beberapa perlakuan melibatkan hukum-hakam yang wajar diteliti kerana perlakuan ringan tidak melangkaui sabitan berat. Demikian juga sabitan yang berat dibuang tanpa proses tatacara kendalian piawaian yang ditetap. Isunya ialah siapa berkuasa akan mempengaruhi pasaran saham, tetapi dajal memainkan peranannya:-


  1. Melakukan Bersendirian

Perlakuan ini dilakukan oleh individu. Dilakukan atas kapasiti peribadi. Oleh diri sendiri. Perlakuannya sama ada terdesak atau apa alasan pun ia dilakukan kerana tabiat peribadinya.


Contoh:

    1. Mencuri gula-gula.

    1. Mencungkil tabung masjid.

    1. Meniru tandatangan untuk tujuan tertentu.


  1. Melakukan dua orang atau berkumpulan

Perlakuan dilakukan oleh dua orang atau lebih. Dilakukan secara berkumpulan. Perlakuan dilakukan atas dasar bersama, bersekongkol, berpakat untuk merancang masa hadapan dan manfaat bersama. Risikonya ditanggung bersama. Yang penting mereka adalah pelakunya. Mereka melakukan sama ada secara spontan, dirancang atau telah difikirkan kesan akibatnya daripada tindakan tersebut.


Contoh:

    1. Serangan pengganas World Trade Centre di Amerika Syarikat.

    1. Merompak senjata di kem tentera Grik, Perak Darul Ridzuan.

    1. Serangan pengganas Lahad Datu, Sabah Bawah Bayu.


  1. Melakukan berkumpalan terancang dan berangkaian

Perlakuan dirancang rapi oleh mereka yang tahu mengaburi pandangan, menentukan masanya, dalam keadaan  berlaku isu-isu yang menguntung dan merugikannya, merapat dan meruangrangkaikan aktivitinya walaupun terpaksa berbelanja daripada terus ‘kosong’. Kerana hidup ini wajar digunakan untuk merebut peluang seperti dalam strategi pengurusan menggunakan pendekatan:  S W O T.


Contoh:

      a. Abang-abang Yusuf melakukan kecelakaan kepadanya dengan merancang melalui permintaan terhormat kepada bapa mereka, Yaakob untuk membawa Yusuf bermain-main lalu Yusuf dihilangkan di tanah gersang berpenghuni jin ( keterangan lanjut sila lihat al-Quran, surah Yusuf ).


      b. Bank Maybank Cheras, pernah dipecah masuk dan dilarikan wang dan harta-harta berharga miliknya dan penyimpan di bank tersebut. Pada hari kejadian bertepatan hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tempoh masa tiga hari telah digunakan semaksimumnya oleh dajal melakukan penggalian dan penggerudian terowong sehingga sampai ke lokasi bank tersebut. Banyak harta wang yang dibawa lari.

      c. Pada pagi 8 Mac 2014, pihak MAS mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 hilang kerana tidak mendarat ke destinasi yang dituju, Beijing. Kenyataan dikeluarkan selepas berlalunya 6 jam. Sehingga catatan ini ramai terpinga-pinga kerana sumber-sumber yang tepat sukar menjelaskan seperti:

               i.   Siapa dajalnya.
               ii.  Bagaimana perancang melakukannya.
               iii.  Kenapa pilih MAS.
               iv.  Di mana pesawat MH370 sekarang.
               v.  Apa motifnya.
               vi. Yang penting Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
                    Biarkan! Biarkan!


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan dan tindakan pulihkan semula dan bebaskan penumpang-penumpang MH370. Sebelum lakunan-lakunan dajal dibocorkan.


























































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )