Friday, 15 August 2014

AS DAN RUSIA MAHIR MENGESAN OBJEK TERBANG



Wenesday, 6 August 2014

Amerika Syarikat (AS) dan Rusia adalah antara negara yang memanfaatkan penggunaan teknologi, yang berupaya mengesan objek-objek  yang bergerak di udara terutamanya objek-objek itu telah dikenal pasti radiusnya. Dari arah mana datangnya, dan hendak ke mana, termasuklah di kawasan mana objek tersebut dijangka mendarat. Sama ada bergerak secara normal atau dikawal pandu oleh sesuatu. Pengesanan objek-objek bergerak di udara itu telah diketahui oleh Amerika Syarikat dan Rusia melalui pembangunan teknologi yang telah dipertingkatkan, manakala satelit Inmarsat mencari pesawat MH370 pula memaling-malingkan isu. Pelik sungguh.

Pergerakan objek-objek pula sama ada pengesanannya ketika bergerak secara semula jadi atau memiliki udara panas, haba yang mengiringinya. Berkelajuan tetap atau kelajuannya semakin meningkat setiap kilometer kerana dibantu oleh daya tarikan graviti bumi. Bergerak pada waktu siang hari atau pada tengah malam ketika ramai insan mulia sedang nyenyak tidur di peraduan. Semua itu boleh dikesan dan dianggarkan melalui ilmu yang terbatas setelah dipertingkatkan.

Di Ukraine, pada 17 Julai 2014 (Khamis), pada kedudukan ketinggian selesa di ruang udara Donetsk, pesawat MH17, terbakar di udara, lalu hilang kawalan, menjunam di tanah lapang Donetsk, kawasan pertempuran antara tentera Ukraine dengan pihak pemisah yang inginkan kemerdekaan daripada Ukraine. Sampai di bumi, pesawat MH17 meletup, membunuh semua penumpangnya. Beg-beg pakaian kelihatan elok tetapi diusik selongkar kemudiannya seperti mana peristiwa bas penumpang di Malaysia mengalami tragedi,  dajal-dajal datang menyelongkar beg-beg milik mangsa, yang tidak membantu menyelamatkan mangsa-mangsa malang itu.


Pengesanan objek-objek berprofil rendah

Bila berlaku provokasi di sana, Amerika dan sekutunya (NATO-EU), menuduh pihak pemisah menembak pesawat MH17 dengan peluru berpandu yang dibekalkan oleh Rusia. Mereka menyalahkan Rusia. Bagi menangani serang-serangan provokasi itu, pihak Rusia telah mengemukakan bukti dengan lakaran berlatar belakangkan warna hijau, data-data penerbangan pesawat MH17, bahawa terdapat pergerakan pesawat tempur Ukraine berhampiran lokasi pesawat MH17 sebelum ia terhempas, meletup di bumi.

Susulan penjelasan Rusia, beberapa hari selepas itu, AS pula mengemukakan lakaran-lakaran berlatar belakangkan  warna hitam putih yang telah diplotkan bagi menunjukkan pergerakan peluru berpandu menembak pesawat MH17. AS menuding pihak pemisah menembaknya yang dibekalkan oleh Rusia. Rusia dipersalahkan kerana membekalkan peluru berpandu kepada pemisah.

Dua kuasa besar sedang berperang diplomasi secara terbuka. Manakala sekutu pula melakukan provoke. Kenapa perkara tersebut berlaku? Kerana Rusia telah memeluk bayi comel. Tahniah kepada Rusia kerana memiliki bayi comel, cium dia, cute!!


Pengesanan objek-objek berprofil tinggi disenyapkan

Cuma bezanya, kedua-dua negera tersebut, AS dan Rusia menyembunyikan potensi mengesan objek-objek yang berterbangan di udara dan hanya didedahkan jika ada unsur kepentingan di sana,  mendedahkan sesuatu isu dengan mendapat manfaat daripadanya, menarik perhatian kepada isu-isu yang berbangkit, mengambil bahagian menjelaskan sesuatu isu dan ada sesuatu kepentingan hendak diprovokkan dan dijelaskan. Itu pun tidak diperjelaskan sangat kerana masih dalam kerahsiaan teknologinya dan penyiasaatan oleh PBB atau pendakwaan EU belum dilakukan. Hebat PBB.

Isu di sini ialah, siapa menembak pesawat MH17 tidak berbangkit, tetapi yang dibangkitkan ialah AS dan Rusia memiliki teknologi mengesan objek-objek yang bergerak di udara, terutamanya objek-objek tersebut telah dikenal pasti membawa muatan bertan-tan yang amat bernilai, diuar-uarkan tentangnya melalui muatan pesawat MH370 yang disorok itu. Itu isunya.

Isu tentang pesawat MH370 yang dilari sorok oleh dajal  lalu dijadikan umpan untuk sesuatu kemaslahatan. Persoalan di sini, mengapa pesawat MH370 dijadikan sandarannya? Banyak pengusaha-pengusaha penerbangan swasta yang berhempas-pulas menggunakan orang kerdil kenit merai sesuatu, tidak didajalkan. Mengapa tidak didajalkan pesawat China, atau pesawat Amerika Syarikat, atau pesawat Australia, atau pesawat British, atau pesawat Rusia, atau pesawat negara-negara Eropah atau pesawat negara-negara kaya? Kenapa pilih MAS? Kerana ada isunya. Dajal oh dajal.

Islam mengajar hikmah. Sesuatu pakatan memang dijangkakan, pelbagai cara melakukan kedajalan, mendiamkan diri dan terlibat secara aktif membantu menyelongkar, kadang-kadang melalui tender makanan asasi pun dipergunakan untuk dimenangi, sebab itu, walaupun telah diikat dengan perjanjian tetap berwaspada, kerana ada dajal yang mendajal. Berhati-hati. Seperti suami berwaspada dengan isterinya dan isteri pula berwaspada dengan perangai suaminya, tetapi tetap berkasih sayang.


Jati diri bukti sukarnya untuk dibuli

Dajal tahu bagaimana mempergunakan negara-negara bermasalah dari segi politik dan ekonomi, mereka tahu keinginan dan hala tuju negara-negara kurang jati diri,  mereka tahu potensi untuk menyelongkar maklumat sulit, kerana mereka tahu jati diri mereka. Mereka tahu jati diri Korea Utara, mereka tahu jati diri Jepun, mereka tahu jati diri Taliban dan mereka tahu jati diri Khalifah Islam di Raqqa yang kini sedang menghampiri Baghdad. Mereka tahu. Sebab mereka tahu itulah protokolnya amat teliti. Jika silap langkah kepala akan disembelih. Bertaubatlah dajal.

Tanda-tanda jati diri:


1. Bahasa ibunda menjadi teras negara.
2. Bahasa rasmi negara syarat persuratan dan komunikasi.
3. Bahasa rasmi negara pertuturan perbincangan dengan negara luar.
4. Bahasa rasmi negara suatu kewajiban dalam sidang akhbar
5. Bahasa rasmi negara adalah jati diri bangsa itu.


Dalam era teknologi yang berkembang, negara umat Islam wajib memilikinya, memanfaatkan, mengguna dan berkongsi supaya teknologi itu berangkaian dan berkembang maju. Lagi banyak kita dedahkan, lagi banyak penemuan-penemuan baru kita perolehi. Ilmu Allah s.w.t.  luas. Amat penting, elakkan mendapatkan penasihat yang berkhidmat berterusan di sektor-sektor yang berpotensi untuk didajalkan, penasihat yang tidak terlibat secara langsung dalam merangka, menyusun, mengoperasikan sektor yang berpotensi untuk dieksploitasi pada masa akan datang. Sebagaimana seseorang pegawai tidak mempercayai pegawainya tentang sesuatu tugasan, bolehkah meyakinkan diri tentang penguasaan penasihat dalam sektor berpotensi?


Menarik rambut dalam tepung; rambut tidak putus tepung tidak berselerak

Masa itu emas, dalam suasana gawat di pelbagai penjuru, sewajarnya kita manfaatkan sisa-sisa waktu yang ada, sebelum terlambat berurusan dengan dajal-dajal untuk membebaskan penumpang-penumpang MH370. Ceria dan elok, itu lagilah mudah, berbanding benda yang telah terhempas dan berkecai. Yang penting keyakinan dan protokol yang kita tonjolkan bukan mengikut telunjuk. Jangan dah terlondeh, baru berkokok, sudah tidak berguna lagi. Nasi telah menjadi bubur.

Merujuk kepada berita, bahawa,  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, denga mudah menyelesaikan  isu MH17, berurusan dengan puak pemisah Ukraine, berbeza dengan negara-negara lain, kebuntuan dan kesukaran mencari penyelesaiannya. Jika masalah yang gawat boleh diatasi, inikan pula air tenang yang berbuaya, semak samun berular dan angin taufan akan melanda. Lagilah mudah. Ambil peluang. Ahli politik cerdik orangnya, tidaklah sesukar berurusan dengan dajal yang memiliki rangkaian yang mantap tetapi difahami maksud tersirat. Kita lebih sukar jika berurusan dengan orang-orang dungu dan berpsikiatri tahap merbahaya.


Keyakinan dengan ilmu menjanjikan kejayaan

Hari ini, isu MH370 seperti disenyapkan, kurang diutarakan, bahkan dalam dada-dada akhbar, radio, televisyen dan ucapan-ucapan orang-orang kerdil berjiwa rakyat jarang dikumandangkan, barangkali kerana isunya diawang-awangan yang tidak kelihatan tetapi dirasai oleh waris-waris dan mereka yang merasainya. Jangan berpilih-pilih isu. Ini adalah maruah. Kuli walaupun menurut perintah, jangan jadikan ia satu kesempatan untuk menekannya. Insan yang teraniaya. Ingat, jangan berpilih-pilih jika ingin berjiwa besar.

Hidup ini perlu kepada penghormatan, walaupun kita manusia kerdil, jangan menyediakan ruang kepada dajal untuk melakukan kedajalan. Jangan buka ruang. Ikut hikmah, sebagaimana ibu bapa menginginkan supaya anak-anak mereka menjadi cerdik, membela agama dan bangsa. Bebaskan penumpang-penumpang MH370.   

Hiduplah sebagai manusia yang dihargai.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )