Saturday, 7 February 2015
MH370 PERSOALANNYA BELUM TERJAWAB
Pemerintah tergesa-gesa mengguna pakai Deklarasi Chicago.
Sepatutnya Malaysia mengarahkan Amerika Syarikat mencari MH370, jika Amerika
Syarikat enggan, minta bantuan Rusia pula, jika Rusia tidak boleh minta dengan
Australia kerana menterinya memberitahu terperosok didasar laut selatan Lautan
Hindi. Jika mereka tidak mampu minta pejuang-pejuang Daulah Islamiyah bagaimana
cara-cara yang tepat mengajar golongan-golongan dajal terutama yang bersekutu
melakukan kedajalan di muka bumi termasuk menyorok MH370.
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempoh empat bulan
dikejutkan oleh dua kecelakaan kepada pesawat-pesawatnya yang senentiasa
dipantau arah pergerakannya dan isyarat-isyarat awalnya memberitahu setiap
minit supaya pusat kawalan mengetahui perkembangan-perkembangan penerbangannya
sehinggalah memasuki ruang udara pihak lain terutama kawasan yang akan
didaratkan pesawat tersebut. Oleh kerana pesawat berlepas beberapa minit dan
hilang dari pengawasan radar, selepas 6 jam baharulah dihebahkan tentang
aktiviti pesawat tersebut.
Walaupun pesawat itu menghasilkan sensor sebagai ciri-ciri
keselamatan ia langsung tidak berfungsi kerana disedut oleh golongan dajal.
Suatu yang membanggakan kepada MAS ialah perkhidmatan yang
ditawarkannya mengatasi pesaing-pesaing diperingkat antarabangsa kerana
rekod-rekod terbaiknya, ketepatan penerbangannya, sumber tenaga mahirnya dan
keprihatinan kepada keselamatan-keselamatan pesawatnya. Barangkali kerana ia
dipimpin oleh anak-anak watan yang ingin melihat bangsanya dijulang
martabatnya. Tetapi yang menjadi masalah kepada MAS, ada tangan-tangan ghaib;
seperti tangan ghaib merosotkan MAS, menyorok MH370, TNB bergelap semalaman,
Peristiwa Memali, Kem tentera dirompak 5 minit dan Pengganasan Lahad Datu.
Di samping pesawat MAS, dibawa juga perbandingan kepada
pesawat lain sebagai memenuhi contoh perbandingan bagi memudahkan penelitian,
bukan untuk mendungu-dungu golongan cerdik. Manusia yang hidup era mellinium
maklumatnya mudah dicapai, bukan lagi hidup di zaman 60an. Tidak pastilah sama
ada Amerika Syarikat masih perfikiran era 60an atau tahun 40an dimana ia
mengetuai peperangan dan memenanginya. Tetapi kini Amerika Syarikat sukar
memenangi peperangan walaupun ia membawa konco-konconya, ada banyak sebabnya
kenapa ia sukar memenangi peperangan. Antaranya MH370 disorok.
Zaman ini adalah era manusia-manusianya celik teknologi
maklumat, termasuklah pengintipan dan pengawasan. Tolong jangan menjadi budak
Belalang dan bapanya dalam filem Nujum Pak Belalang, arahan Allahyarham Tan Sri
P. Ramlee. Era kini, jangan kabur-kaburkan maklumat teknologinya nanti menjadi
golongan dungu-dungu, kerana budak-budak sekolah rendah pun telah celik.
Golongan dewasa pun dipulasnya dan ditunjuk ajar olehnya. Ia mendahului aqil
balighnya. Tolong lihat persekitaran. Jangan mengikut telunjuk Amerika Syarikat
yang masih berfikir dalam kepongpong ilusi-ilusinya. Amerika Syarikat wajib
bertaubat dari kedajalannya jika ingin mengekakalkan kekuasaannya. Tolong
dengar. Tolong jangan mendajal.
Perbezaan-perbezaan sepintas lalu adalah seperti berikut:
Perkara
|
Pesawat 1
|
Pesawat 2
|
Pesawat 3
|
Penerbangan
|
MH370
|
MH17
|
QZ8501
|
Tarikh
|
8 Mac 2014
|
17 Julai 2014
|
28 Disember 2014
|
Masa berlepas
|
12.41 AM
|
12.14 PM (Belanda)
|
05.36 AM
|
Suasana laluan
|
Baik, malam kelam
|
Pusat perang, ditembak
|
Cuaca buruk, berawan
|
Destinasi
|
KLIA-PEK
|
KLM-KLIA
|
SURABAYA-SIN
|
Jumlah penumpang
|
239 orang
|
298 orang
|
162 orang
|
Situasi penumpang
|
Tidak pasti
|
Mati semuanya
|
Mati semuanya
|
Masa nahas
|
Tidak pasti
|
10.15 PM (
|
06.18 AM
|
Isyarat awal
|
Tidak pasti
|
Ditembak
|
Cuaca buruk
|
Puncanya
|
Nahas
|
Ditembak
|
Nahas
|
Pencariannya
|
Diteruskan walapun diisytiharkan nahas
|
Selesai
|
Melengkapkan carian saki baki pesawat dan mayat
|
Tempoh diketahui
|
Selepas 6 jam
|
Terputus radar diketahui serta merta
|
Terputus radar diketahui serta merta
|
Media menteri
|
02.40 PM
|
04.30 AM
|
|
Bukti-buktinya
|
Tidak pasti
|
Serpihan di daratan
|
Serpihan di lautan
|
Situasi semasa
Pengisytiharan
|
Tidak pasti
Berpandukan Deklarasi Chicago
|
Nyata
Nyata
|
Nyata
Nyata
|
Tindakan pemerintah
|
Isytihar nahas
|
Senyap
|
Nahas
|
Reaksi waris
|
Desak pemerintah cari
|
Akur
|
Akur
|
Pandangan umum
|
Komplot dajal
|
Ditembak oleh MIG-29 milik
|
Nahas
|
Ulasan keseluruhan
|
Minta Amerika Syarikat membantu
|
Amerika Syarikat mesti bertanggungjawab, ia proksi
|
Nahas
|
No comments:
Post a Comment