Jumaat, 22 Ogos 2014
“SAYA MAHU JADI
TELEFON PINTAR”
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan
anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang
pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan
buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
‘Kenapa menangis ni?’
‘Lihatlah karangan budak ni..’
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah Telefon Pintar
“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu
yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar.
Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar.
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan
ibu.. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu
menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin
menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.
Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat
kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa,
bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak
berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan
kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang
saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak
meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada
setiap masa.”
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
‘Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya
terlalu teruk!’
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
‘Abang, itu karangan anak kita!’
Jika diperhatikan skrg ni, suami & isteri masing2 dok
sibuk belek dan fokus handphone masing-masing, layan email, facebook, whatsapp,
wechat. Kadang-kadang anak-anak dok tengok saja dari jauh sambil main
mainannya.
Sama-samalah la kita berikan perhatian pada insan-insan di
sekeliling terutama anak-anak yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita.
Tingkah laku kita adalah contoh buat mereka.
Sanggupkah kita (sebagai ibu bapa) terima jika diperlakukan
dengan sikap yang sama bila kita dah tua nanti? Fikir-fikirkan.
Sumber : Facebook
No comments:
Post a Comment