.jpg)
Direkodkan dalam catatan sejarah
bahawa pada 8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadilawal 1435 ( Sabtu ), pesawat MH370, penerbangan Kuala Lumpur - Beijing, yang
membawa penumpang dan anak kapal seramai 239 orang daripada 15 buah negara
dilari dan disorok oleh dajal. Sehingga catatan ini disiarkan kelibat
penyorokan dajal belum dimuktamadkan kerana ada nilai harta dan kuasa di sana.
Dajal akan terus bermain-main sorok-sorok dan membaling batu sembunyi tangan
kerana ia adalah anjing kurap yang memerlukan perubatan. Bila masa terus
berlalu ia akan menjadi tua kerepot dan nyanyuk, akan menceritakan
segala-galanya peristiwa tersebut. Jika dajal-dajal tidak menerima habuan,
Insya Allah dalam tempoh terdekat rahsia melari dan menyorok MH370 akan
terbongkar dan dibongkar. Pada ketika itu muka kerepot hendak disorok di mana?
Baik;
- Rahsia MH370 masih dirahsiakan. Dilari dan disorok oleh dajal. Di sana ada nilai kuasa dan harta. Orang pengecut seperti dajal memang suka baling batu sembunyi tangan. Ia pura-pura tidak tahu. Ia lakukan, ia tidak mengaku. Dajal tidak layak jadi ketua. Ia tidak layak kerana kredibelitinya merudum. Ia hanya layak memimpin anjing-anjing kurap.
- Manakala feri Sewol penyebab karamnya telah didakwa di mahkamah. Kesilapan besarnya kerana tidak mengikuti tatacara kendalian piawaian ( SOP ) dan indeks pencapaian utama ( KPI )nya yang dilihat tidak mengikuti piawaian yang dikehendaki. Walaupun ia tidak mengikuti SOP dan KPI tetapi sekurang-kurangnya dia anak jantan tidak melakukan baling batu sembunyi tangan seperti MH370 dilari dan disorok dajal.
- Ukraine telah ditumbangkan oleh prodemotrasi. Tumbang kerana diasak berbulan-bulan, setiap hari tanpa henti. Pihak berkuasa seperti tiada taring. Bila berlaku pertempuran yang meragut jiwa baharu pihak berkuasa berhempas pulas merelaikan situasi yang gawat itu dengan pertukaran prodemotrasi diangkat menerajui Ukraine.
- Thailand seperti mengikuti jejak Ukraine. Prodemontrasi mengasak berbulan-bulan. Pimpinan Thailand agak liat barangkali kerana ia dipimpin oleh seorang wanita kurang bertindak agresif. Ia menyerahkan soal keselamatan kepada pihak polis dan tentera. Sejarah Thailand amat menarik apabila berlaku krisis dan sukar diselesaikan maka pihak tentera adalah penyelesainya.
- Pejuang-pejuang Syria terus mengasak pimpinan Bashar Assad. Asakan pejuang-pejuang dapat dipatahkan oleh tentera Bashar. Tentera Bashar dilengkapi dengan persenjataan terkini daripada pakatan Rusia, Iran dan Hesbollah. Pada satu peringkat tentera Bashar menggunakan gas beracun untuk mempertahankan kuasa. Manaka pejuang-pejuang dengan pakatan Amerika Syarikat, NATO dan Arab Saudi teragak-agak menyalur persenjataan terkini. Mereka dijanjikan dengan air liur.
- Pejuang-pejuang Boko Haram berjuang secara gerila menentang pimpinan pusat Nigeria. Walaupun pejuang-pejuang Boko Haram menggunakan persenjataan ringan tetapi ia boleh melumpuhkan kerajaan Nigeria, menggerunkan pihak awam dan mencederakan pihak tentera, dan ini membahayakan kepada kapitalis-kapitalis yang mengadakan urusniaga di Nigeria di samping membahayakan negara-negara jiran.
- Pejuang-pejuang Al-Shaabab terus bertapak di Somalia, dan sekali sekala mengegarkan Uganda kerana terlibat menghantar tentera membantu kerajaan Somalia menentang pejuang-pejuang Al-Shaabab yang semakin meningkat pengaruhnya dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran padang pasir dan hutan-hutan di Somalia dan Uganda.
- Pejuang-pejuang Al-Qaeda yang bertebaran di benua Afrika sukar dibendung oleh Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai falsafah hidup: Tidak mengalah sebelum mati, pantang berundur sebelum ajal, kami dilahirkan sekali, kami dilahirkan oleh ibu-ibu yang merdeka, kami tidak terikat dengan penipuan dan kami adalah manusia yang ingin hidup aman tanpa provokasi.
- Pejuang-pejuang Taliban masih menyengat walaupun mereka menggunakan persenjataan ringan usang. Kehebatan pejuang-pejuang Taliban sehingga hari ini mereka tidak pernah mengangkat bendera putih. Walaunpun mereka fakir dari segi material tetapi mereka kaya dengan kerohanian, jati diri, agama dan mereka tidak pernah menjadi pelarian yang meminta sedekah kerana mereka adalah manusia yang terbilang, kuat dan tahan lasak.
- Iraq terus tidak aman kerana Amerika Syarikat menyerang negara tersebut. Apabila ia hancur Amerika Syarikat membiarkan rakyat Iraq menjadi hina, kucar-kacir, saling mendendam dan bermusuh-musuhan di antara mereka. Permusuhan di antara penduduk Iraq tidak akan berkesudahan kecuali mereka dipimpin oleh manusia ikhlas mencari perdamaian.
BAB 1 AMERIKA SYARIKAT DAN
PAKATAN SERANTAU
- Amerika Syarikat Dalam Hal Ehwal Semasa
- Peranan Amerika Syarikat Di Arena Antarbangsa
- NATO Di Bawah Penguasaan Amerika Syarikat
- NATO Memiliki Kekuatan
- Eropah Dan Hubungan Baik Dengan Rusia
BAB 2 AMERIKA SELATAN DAN
PAKATAN SERANTAU
- Amerika Selatan Dalam Hal Ehwal Semasa
- Peranan Amerika Selatan Di Arena Antarbangsa
- Pakatan Berpotensi Amerika Selatan
- Meningkatkan Dagangan, Saling Bertolak Ansur
- Hubungan Baik Dan Mengelak Provokasi
BAB 3 RUSIA DAN PAKATAN
SERANTAU
- Rusia Dalam Hal Ehwal Semasa
- Perana Rusia Di Arena Antarabangsa
- Kekuatan Pakatan Rusia
- Rusia Dalam Isu Ukraine
- Rusia Dan Hubungan Baiknya Dengan Negara Jiran
BAB 4 ARAB SAUDI DAN KESATUAN
SERANTAU
- Arab Saudi Dalam Hal Ehwal Semasa
- Peranan Arab Saudi Di Arena Antarabangsa
- Arab Saudi Tidak Membina Kekuatan Militer
- Arab Saudi Bersahabat Dengan Semua Negara
- Arab Saudi Dan Hubungannya Dengan Negara-Negara Masakin
BAB 5 CHINA DAN PAKATAN
SERANTAU
1 China Dalam Hal Ehwal Semasa
2 Peranan China Di Arena Antarabangsa
3 China Dan Ekonominya Yang Terbaik
4 China Dan Pengaruhnya Dalam ASEAN dan Timur Jauh
5 Potensi China Memimpin
BAB 6 MESIR DAN PAKATAN AFRIKA
UTARA
- Mesir Dalam Hal Ehwal Semasa
- Peranan Mesir Di Arena Antarabangsa
- Mesir Berpotensi Memimpin Afrika Utara Melalui Ikhwanul Muslimun
- Perbedaan Pemerintahan: Antara Tentera Dengan Ikhwanul Muslimun
- Potensi Mesir Yang Terbantut
BAB 7 AFRIKA DAN PAKATAN
SERANTAU
- Afrika Di Antara Perbedaan Dan Kerahmatan Persefahaman
- Cara-Cara Menyatukan Negara-Negara Berbeda Ideologi Dan Budaya
- Ekonomi Yang Meningkatkan Kuasa Tawaran
- Kekuatan Yang Terhijab Kerana Persengketaan
- Manfaat Setiakawan Dan Aku Janji
BAB 8 INDIA DAN SEKUTU SERANTAU
- India Dalam Hal Ehwal Semasa
- Peranan India Di Arena Antarabangsa
- India Sepatutnya Berpakat Dengan Jiran-Jirannya
- Membina Hubungan Strategik Saling Mempercayai
- Pakatan Pelbagai Ekonomi Yang Boleh Dimanfaatkan
BAB 9 MALAYSIA DENGAN ISU MH370
- Malaysia Dalam Hal Ehwal Semasa
- Peranan Malaysia Di Arena Antarabangsa
- Motif MH370 Dilari Dan Disorok Dajal
- Kepentingan MH370 Dalam Isu-Isu Semasa
- Kesan MH370 Potensi Malaysia Memimpin
RUMUSAN
Kejayaan dan keruntuhan sesuatu
pakatan dan sekutu, bergantung kepada keikhlasan dan persefahaman yang
menjanjikan suatu keharmonian, pulangan dan ekonomi untuk manusia sejagat. Jika
ia dilakukan untuk kepentingan peribadi, ia hanya dapat bertahan bagi tempoh
tertentu selepas itu akan bercerai-berailah ia, kerana matlamat asalnya
bersifat peribadi; kuasa, harta dan memimpin. Kerajaan-kerajaan yang wujud
sebelum ini runtuh disebabkan oleh unsur-unsur tersebut. Lalu kita bagaimana?
Meneruskan penyorokan MH370 akhirnya pemain silap mata akan tersungkur.
Kenapa Malaysia masuk perangkap dajal? Pimpinan Malaysia sewajarnya membuat suatu pertimbangan supaya Malaysia menjadi negara hebat bukan menjadi bahan ujian. Kuasa dan harta tidak kekal. Maruah diri penting untuk survival bangsaku.
Kenapa Malaysia masuk perangkap dajal? Pimpinan Malaysia sewajarnya membuat suatu pertimbangan supaya Malaysia menjadi negara hebat bukan menjadi bahan ujian. Kuasa dan harta tidak kekal. Maruah diri penting untuk survival bangsaku.
No comments:
Post a Comment