Thursday, 21 May 2015

MUKTAMAR AGUNG PAS MEMPERTEGUHKAN PARTI



PUBLISHED: May 20, 2015 02:36pmUPDATED: May 20, 2015 02:36pm

Muktamar Agung PAS bukan medan singkir ahli ‘sekular’

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan muktamar kali ini sebenarnya boleh dianggap sebagai medan bagi pemilihan sahaja bagi memperteguhkan parti. - Foto Facebook Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU, 20 Mei:

Muktamar Agung PAS yang bakal berlangsung tidak lama lagi bukannya medan bagi menyingkirkan golongan `sekular’ di dalam parti itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan muktamar kali ini sebenarnya boleh dianggap sebagai medan bagi pemilihan sahaja bagi memperteguhkan parti.

“Muktamar juga bagi memperkukuhkan pendirian ahli dengan dasar-dasar PAS supaya lebih jelas dan terus hadapi cabaran serta istiqamah dengan dasar.

“Soal pemilihan kita serahkan kepada ahli dan itu semua kita tidak boleh membuat andaian,” katanya ditemui selepas majlis Kelantan Mendepani Cabaran di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Katanya, pada muktamar itu memang ada pertandingan dan pemilihan kerana PAS memang mengamalkan demokrasi dalam parti.

Muktamar Agung PAS kali ini adalah tahun pemilihan bagi menentukan barisan kepimpinan parti berkenaan untuk penggal 2015-2017.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Hikmat itu barang kepunyaan mukmin yang hilang, di mana didapatinya, maka dia yang berhak atasnya.” ( H. R. Imam At-Tirmizi )